Wednesday, January 29, 2014

2014 yang mengujakan...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Moga baik - baik sahaja tau.

2014 yang mengujakan katanya! Hahahaha.. Okeh, here nak share apa yang dirancang. Ala - ala azam tahun barulah katakan. Hehehehe.. lantaklah tahun baru dah nak habis bulan 1 pon. Pedulik hapa kan?

Yang pertama:
Berazam dengan housemate, tahun ni nak bangun awal dari biasa. Dan siapkan bekal setiap pagi bawa ke pejabat. So far, kira boleh lah. Sebab berjaya bangun pagi dan masak untuk breakfast like buat donut, masak spaghetti, masak nasi goreng, buat cekodok tak kiralah cekodok bawang ke, ikan bilis ke, atau cekodok carrot, buat pancake juga dan macam - macam lah.

(Pancake buatan sendiri adunan sendiri bukan guna yang readymade punya tepung okeh! hahaha)


Yang kedua:
Baca Al - Quran lepas solat subuh, dan antara maghrib dan isyak. Alhamdulillah so far untuk antara maghrib dan isyak ada kemajuan walaupun tidak hari - hari. Still working and In Shaa Allah akan direalisasikan seboleh mungkin. Cuma selepas subuh, jarang sangat dapat membaca. Mungkin kena begini, cuba sebelum subuh.

Yang ketiga:
Nak bangun awal atau bangun subuh dah tak mahu tidur jika hari cuti like weekend. Yang ni macam kurang kemajuan sikit. Asyik la tido balik dan bangun nak dekat tengahari. Hadoi!!!

Yang keempat:
Nak masuk ofis awal. Hadoi, tak menjadi setakat ini. Biasanya gerak dari rumah 8.15 pagi jugak. Dah tu sampailah ofis dalam 8.28, 8.27, 8.29, 8.30 plus beberapa saat. Hadoi. Kenkadang lepas jugak 8.32 pagi. Hmm, perlu nasihat kawan - kawan nie.

Yang kelima:
Gigih dengan usaha bercucuk tanam. Hahahaha. Nampak kelakar kan? Kenkadang wondering, y bonda main tabur benih je kat tanah, dan benih bercambah, tumbuh dan segar - bugar aja sayurnya? Sedang daku menaman, siap prepare lagi tanah dan kompos, baja dulu tanah tu seminggu dua, baru tanam tapi tak tumbuh - tunbuh? Tanganku panas kah? Wondering kenapa bondaku menanam senang sangat. Kenkadang tak payah jaga sangat pokok - pokok tu tapi elok je dorang membesar? Huhuhu. So kena gigihkan lagi usaha. Korek rahsia dengan bonda pasal hal ini. Now berangan nak menanam kancang panjang dan kacang bende dalam pasu. Biar dorang nanti leh duduk sebaris dengan pokok lada unguku itu. hehehehe.

Yang keenam:
Nak mula fokus membaca dan siapkan beberapa critique papers. Semalam jumpa my mentor. She serves Uniten sekarang. Since last year dia mintak proposal. And semalam she asked me again. Huhuhuhu. Jadi kena serius membaca, buat comparison dan produce critique papers. Yang ini memang perlukan kegigihan...

Yang ketujuh
Berjimat - cermat dalam perbelanjaan. Tahun 2014 terasa banyak sangat barang naik harga. Macam - macam kan? Hanya kangkung aje yang turun harga kan? Jadi perlu berjimat - cermat dengan berhemah. No more beli kasut dua pasang dua dua bulan, no more beli handbags almost every month dan perlu berjimat makan luar. So masak - masak dirumah adalah alternatifnya dan daku mohon kalian sokong untuk kasut dan handbag itu ye. Azankan sikit kat telinga.

Yang kelapan:
Ekoran dari perkara ketujuh diatas, kena ikhtiarkan sesuatu untuk tambah pendapatan. Barang - barang naik harga (except kangkung), dengan perbelanjaan sekolah my anak buah lagi, dan disebabkan nak juga pergi berjalan - jalan naik flight setahun sekali jadi sekaranglah masanya untuk work out a business. Start with small in scale, in shaa Allah, boleh bantu juga kan? 

Cookies for sale



Green Velvet for sale..

Yang kesembilan:
Nak jenjalan naik flight ke mana - mana tempat perlancongan di Malaysia yang aman damai ini. Target nak ke Langkawi. Bawa keluarga. Kira macam family vacation. Berhasrat juga kalau tak mampu ke Langkawi boleh juga support budak - budak (anak buah i) merasa naik flight. Let say dari Kuantan ke KL @ naik Firefly Kuantan - Penang. Jadi, sila menabung wahai moksu Laura ye!. So kalau nampak I macam nak shopping menda ntah hapa - hapa. Azankan eh kat telinga!

Yang kesepuluh:

Nak pastikan result students tip top!!! huuhu... Mari berusaha sama - sama.  Selalu beritahu students:

Miss Lecturer (ML): We are in one team. We have common objective in this class. All must participate to ensure we achieve our objective.

Students (ST): Yeah! 

ML: I do my part. You do your part. Is that deal?

ST: Okeh! Deal!

ML: Remember, we have our objective. One common objective, that is to pass this subject with minimum C+. We work together. We sacrifice many things. We work very hard. Okeh!

ST: Okeh. We will work hard.

ML: Okeh. Promise okay?

ST: Promise!!!

Begitulah... 

Recently, they have done their Test 1, hmmm kena polish lagi nie. Mungkin kena polish dengan berus sabut!!! (Anda faham maksud saya?) 

Nevermind, I akan usaha bersungguh - sungguh.. 


Okaylah. Cukuplah saya senaraikan 10 dulu impian ku disini...
Tada.. jumpa lagi....

  


2 comments:

  1. oh wow sis! 10 got to do list for 2014. and there are many more to come? seriously...dah lama xblogging, byk btol yg I dah miss. tang bangun pagi ni...give me five gal. I'm joining da club. tapi bila certain2 hari terlajak bangun aje...parah!!! satu umah xberbekal. hihihi. neway, you sgt rajin...good for you. and wish you all da best for 2014. go go chaiyyo!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah i suka yang number 2 tu, tengah work on it jugak, yang ke lapan tu i dah cuba, it worked. All thr best, inshaAllah boleh.

    ReplyDelete