Sunday, January 18, 2009

RINDU PADA ABAH



Al-Fatihah.

Acap kali aku terlupa bahawa Abah sudah tiada. Pernah aku berjaya melakukan sesuatu, lantas terus terdetik di minda bahawa aku ingin menelefon abah menyatakan bahawa aku sudah berjaya melakukan hal yang paling sukar aku lakukan. Namun sekelip mata perasaan teruja ingin meluahkan keseronokan hati terpadam bila akhirnya akal memberitahu bahawa abah telah tiada. Aku lantas beristighfar dan lantas ku alunkan surah Al-Fatihah buat rohnya.

Hati tiba-tiba berbunga-bunga beberapa hari lepas dan aku juga ingin berkongsi kegembiraan dengan Abah. Ku capai telefon dan mencari nama Abah di phonebook. Puas aku cari lantas selepas beberapa kali mencuba, barulah aku teringat bahawa Abah telah tiada dan nombor telefon Abah telah aku gantikan dengan nama Bonda. Sekali lagi, perasaan pilu menghantui hati. Hilang sudah segala kegembiraan. Sekali lagi aku beristighfar. Ya Allah.

Sesungguhnya kehilangan Abah menjadikan aku kehilangan sebahagian besar tempat mengadu. Bukan hanya gelisah jiwa namun tentang segalanya. Aku memang rapat dengan Arwah Abah. Kalau boleh setiap perkara yang terjadi pada diri, ingin aku adukan padanya.

Aku rindu nak mendengar suaranya. Aku rindu nak melihat senyumannya yang manis. Aku rindu nak bercerita dengannya dan mendengar kisahnya yang pelbagai. Aku rindu benar nak menatap wajahnya yang tenang.

Ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah abah di tempat yang tertinggi bersama-sama roh orang-orang yang taat dan beriman. Ya Allah, rahmatilah roh abah.

Sungguh, abah sejati tiada gantinya.....

Dimana kan ku cari ganti,
Serupa denganmu................

Laura Azura Zainal

Monday, January 12, 2009

Abah dalam kenangan


Kasih abah membawa ke syurga.........
Moga tenang abah di alam sana...........
Al-Fatihah....