Tuesday, July 28, 2009

Saya berasa risau...

Assalamualaikum...

Banyak yang saya risaukan kebelakangan ini. Pagi tadi saya ketika saya sedang bersiap ke pejabat, saya sempat mendengar radio mengenai kematian keempat warga Malaysia disebabkan oleh pelunaran wabak H1N1. Risau betul saya apabila mengetahui status di Negeri Pahang yang saya sayangi ini juga sudah berada pada tahap berjaga-jaga. Malah sudah ada beberapa sekolah dan IPT yang ditutup disebabkan wabak ini. Saya semakin risau juga bila mengetahui ada pelajar saya yang sedang sakit kala ini. Moga-moga sakit yang menimpanya bukanlah berpunca dari virus H1N1. Ya Allah, jauhkanlah wabak tersebut....

Di pejabat keadaannya kecoh sungguh beberapa hari ini. Dan menurut senior saya keadaan kecoh ini belum ada sebarang perubahan positif. Ini yang paling saya risaukan. Apa juga, saya berdoa agar naluri pendidik itu ada dalam diri semua kakitangan akademik dan mempertimbangkan langkah tersebut dengan rasional sekali lagi. Ini semua untuk masa depan negara kita juga. Moga-moga ada insan berhati mulia yang mampu bertolak ansur kali ini.

Saya risau akan keadaan anak buah baru saya. Yang namanya saya sendiri belum ketahui. Kata kakak saya dia mahukan nama Aqil Muizzuddin namun abang ipar saya mahukan nama Aqil Naqiuddin. Tak kesahlah apa jua nama yang diberi namun saya benar-benar mengharapkan anak buah saya itu sihat sejahtera. Moga-moga dia mampu melawan kesakitan dan menjadi cerdas seperti yang diinginkan. Alahai tak sabar rasanya nak pulang menemui ahli baru dalam keluarga saya itu.

Saya rIsau juga dengan tahap kemampuan pelajar saya. peperiksaan akhir semester pendek hanya tinggal satu minggu sahaja namun, masih ramai yang berada dibawah par. Saya bermohon, agar mereka melakukan lebih banyak latihan disamping memahami konsep dengan teliti. Moga-moga mereka berolah kefahaman dan mampu melakukan yang terbaik pada hari peperiksaan nanti...

saya risau juga dengan tahap kecergasan diri yang semakin hari semakin lemah. Saya seakan hilang skill belajar dan seakan-akan hilang skill menjalankan tugas. Bagaimana ini? Kadang-kala saya merasakan bahawa saya seperti hilang semangat untuk meneruskan amanah bangsa ini. Ya Allah, saya bermohon agar Kau tetapkanlah pendirian hambaMu ini.

Apa jua, moga yang baik-baik sahaja berlaku dalam hidup kita semua...Amin.

Tulus dari hati saya,
LAURA AZURA ZAINAL

No comments:

Post a Comment