Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Mohon diberi motivasi. Iya, saya tidak bermaya benar kala ini.
Mohon sedikit kekuatan. Iya, saya langsung lemah kala ini.
Mohon sedikit peringatan. Iya, saya sering tidak peduli.
Mohon sedikit kasih sayang. Iya, saya ingin diberi perhatian.
Mohon sedikit dorongan dan sokongan. Iya, saya perlukannya sekarang.
Kadang kala diri sering sahaja ingin lari dari segala kekusutan. Namun saya percaya itu bukan jalan penyelesaian terbaik. Kadang kala juga diri rasa langsung tiada rasa nak meneruskan. Tetapi saya tahu, andai dihentikan, diri sendiri akan binasa. Kadang kala saya merasakan ini bukanlah pilihan terbaik bagi saya. Namun, pilihan apakah lagi yang saya ada. Kadang kala saya merasakan saya sudah berubah menjadi yang lain.
Kawan-kawan, doakan saya mampu bertahan. Doakan saya mampu melakukan yang terbaik. Doakan saya boleh membuat sedikit perubahan. Doakan saya kembali menjadi diri saya yang dahulu. Doakan saya kembali bersemangat meneruskan hidup. Doakan saya kembali memiliki kemahiran itu. Doakan juga saya agar tidak mudah lupa diri. Dan. doakan saya sentiasa berada dalam Kasih Sayang Allah.
Laura Azura Zainal
No comments:
Post a Comment