Assalamualaikum dear friends. Moga - moga kita diberi kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas. Saya sekarang, dalam dewan utama Kompleks Yayasan Pahang. Ada seminar dua hari. And I take this empty lunch times to chart some updates on my day recently.
Sekarang, kerja semakin membukit. Balik seminar ni pun memang akan terperangkap dengan projek yang bakal dilaksanakan selama maybe hampir setahun akan datang. Aduyai kan? However, have to admit, kerja itu ibadah. Jadi mesti buat sebaik mungkin kan?
Dan Alhamdulillah, saya dapat ke seberang laut baru - baru ini. Kerja. Tetapi dapatlah jalan - jalan sekitar hotel. First time naik flight, berdebar juga saya. But then, rasa berdebar tu hilang sebaik sahaja take off for the first time. Ya Allah, bila berada jauh beriku kaki dari paras laut, indah benar suasananya. Tak tercapai dek akalku rasanya betapa indah ciptaan Allah.
Okay, saya betulkan. I am not out from country. Just out from peninsular Malaysia. Saya pergi Sarawak dan Sabah sahaja selama seminggu dan dalam seminggu tu saya naik flight 5 kali. Ambik kau! Tapi okay je.
Ke Sarawak dan Sabah atas urusan kerja mungkin rasanya tak sama dengan jika pergi atas sebab bercuti. Apapun, rasa jugalah seronok.
Sila layan sahaja gambar di bawah okay:
As my boss said: Jangan Makan kat Airport. So I mengikut kata dengan hanya minum kopi yang sedap di Kopi Time.
Bilik kat Sarawak for two people but I slept there alone. Bilik ni sangat besar. We stayed at Grand Margherita Hotel.
View dari bilik: Sg Sarawak. Hotel ni area Waterfront.
Satu hari kami pergi makan setelah dicadang oleh receptionist di Shopping Mall bersebelahan Hotel untuk try Kedai Raja Ayam Bakar. We were so impressed with the menus. Semua menunya ada nama Raja. Yang I makan ni namanya Nasi Goreng Raja. Even sup kicap pun rebranded as Sup Raja. Memang tak ada menu kadam la.
Sutera Harbour Sabah. Cantik sangat.
View dari bilik di Sabah. Kami stayed di hotel yang baru 5 months beroperasi.
Dengan rakan sepasukan. Kita makan2 di Philippines Market. Makan sempoi - sempoi je as ku tak lalu sebenarnya. I ordered Soto tapi lain benar dr Soto yang biasa ku makan. Daku kan Jawa! Lain benar...
Interior hotel di Sabah. Lampu bentuk payung yang cantik.
Big boss Marketing belanja makan. Ni seekor ikan yang tak ku tahu nama disuruh dihabiskan seorang satu. Humang ai! Sudahnya mintak kicap, mintak cili padi, mintak gula sikit, buat sambal kicap sendirik. Baru boleh dihabiskan ikan diatas ye tuan - puan.
View dr bawah. Nak tunjuk hotel. Ada sebenarnya gambar I yang duduk di tembok itu. Nanti kalau I dapat dr my fren, I'll upload.
Gambar ketika tidak ready. Ni kat Airport Sabah.
Disinilah kami (semua ahli rombongan yang berempat) beli perfumes. Humang ai, beli perfumes kat Airport? Berkoyan duit kau? Tak. The price was so attracting. Dan disebelah kedai inilah daku beli Kek Lapis Sarawak. Sebab terkilan di Sarawak tak beli. Mahal sikit lah.
Ini bila dah landed di bumi Kuantan. Tengok beg I tu. Penuh kan? Hahahahhaa. Tu belum tengok luggage lagi. Aduhai...
Okay, till we meet again. Next trip is LANGKAWI! Yeay! Hamboi!