Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Assalamualaikum..
May Allah bless us always.

Hari ni tarikhnya cantik. 12.12.12. sekarang jam di laptop baru 11:51.. Mungkin nanti bila entry ni dah siap ditulis akan melewati jam 12:12. Hahaha. Everyone is like wanna jot down something about this date. Yelah, tarikh cantik dan hanya hari ini sahaja. Next kena tunggu another 100 years baru tarikh 12.12.12 ni akan muncul semula kan?

So, daku mencari la sekeping atau berkeping - keping gambar sebagai hiasan utk entry kali ini. Cari punya cari yang daku sangat terbekenan hari ini adalah:


Bunga pemberian seorang kawan...

Kenapa gambar bunga ini yang saya pilih utk dihubungkan dengan tajuk entry 12.12.12? Entah. Sebab agaknya tadi godek hard disk cari gambar, saya teringat pula insiden yang membolehkan saya diberi bunga seperti gambar diatas.

Okay, sempena 12.12.12 hari ini koi a.k.a kas a.k.a saya hendak kabo beberape perkare (loghat pahang dah masuk dah. Punoh blake la ni karang. Bak kate org kampong kas, jazzzzzzzzzzzz) hahahahahaha... Ni saya highlight perancangan/ keluh kesah untuk beberapa hari ni.

1. Petang nanti nak pergi birthday party anak kawan. We'll go there straight after office hours. Terfikir lunch sekejap lagi nak mencari hadiah. 

2. Malam ni sepatutnya ada dinner dengan kawan - kawan MBA. Free lagi sebab ada yang hendak belanja. Tetapi kerana perkara 1 di atas, saya terpaksa menarik diri. Again, terima kasih kakak yang hendak belanja makan di New Horizon. Bukan saya sombong tetapi memang ada hal yang telah saya persetujui dan janji terlebih dahulu. 

3. Semalam saya dapat kad undangan perkahwinan kawan saya. Perasaan saya bercampur - campur. Seharusnya saya happy kan? 

4. Yang di idam kan dari celcom nampaknya seakan bukan rezeki saya. Package yang saya inginkan sudah tamat tempoh dan gadget yang inginkan juga sampai sekarang belum ada stok baru. Apakah? 

5.  Sabtu nanti college saya ada buat family day and I still not in the mood. Coz, daku teringin pulang ke rumah di kampung sebenarnya.

6. Esok budak - budak akan mendaftar untuk semester baharu. Sesi 1213-2. Maksudnya waktu berjimba akan dihentikan sehingga mereka tamat semester ini.. Huhuhuhu..sedey! But then, rindu juga dengan mereka.

7.  Disebabkan perkara 6 di atas, Isnin dan Selasa depan, kami akan berbengkel di UTM Jalan Semarak. Wahhhhhhhh.. tak sabar sebenarnya nak ke sini sebab nanti stay kat hotel lain dari yang biasanya. Hotel yang biasa kami tidur tu, just okay. Cuma jauh dengan lrt. Yang ada (selain teksi/bas) adalah monorel. Itupun kena menapak jauh jugak. Tapi nanti akan stay di Vistana. So agak mudah sikit kerjanya nak merayau kan? Nampak tak permainannya di situ. Terasa nak berjalan sakan on Monday. Nak pergi Shopping katanya. Hmmm, Cik Laura, Cik Laura! Ahaks.

8. Mengenai perkara 3, I wished to have one special friend to accompany me. But then, I have no special friend. SO pergi ajalah seorang diri. Kalau tak confident, ajak jelah kakak sekeluarga. Tapi rasanya daku boleh pergi seorang diri. Cik Laura kan tabah dan kuat orangnya. Tak gituh! (sian Cik Laura kan?)

9. In Shaa Allah, kalau jadi weekend terakhir tahun ini, nak ke Kuala Terengganu. Melawat kawan yang baru bersalin dan tentulah berjalan - jalan. Sebenarnya plan nak jalan - jalan dengan housemates ni dah tertangguh banyak kali. Dari kawan yang bersalin tu bujang lagi. Seingat saya, hujung tahun 2011 pernah rancang nak pergi Cameron Highlands dan Melaka pada Januari dan Februari 2012 tetapi tak menjadi. Postpone punya postpone sampailah sekarang. And I really hope this plan will work out. 

10. Cik Laura dah kena mula membaca buku psychology semula. Sungguh la dah outdated info yang ada dalam kepala. Hopefully can manage or perhaps understand the concepts easily.

11. Cik Laura akan usaha berkali - kali walau payah untuk cari semua skill belajar Cik Laura. Rasa nak jadi Cik Laura yang dulu. Yang tengah berkobar - kobar semangatnya nak memajukan diri dan kampung halamannya. Iya, Cik Laura yang dulu.

12. Hari ini tarikh lawa, harap2 encik yang memberi bunga seperti gambar di atas ajak dating! (tunggu kucing bertanduk kot, dulu) Dah, sengal. Eh encik, tak yah la nak sentap sangat. Cik Laura kan suka bergurau! 

Last but not least, moga hari ini lebih baik dari semalam. 

Dari saya yang menaip entry ini dan berhenti beberapa kali bermula jam 11:50 pagi sampai sekarang sudah 4:07 petang.

Sekian, terima kasih.

p/s: Sila layan gambar diatas untuk memahami kerinduan pada kampung halaman kala ini!


No comments:

Post a Comment