Sunday, July 21, 2013

Perubahan Lalulintas di Bandar Kuantan



Asaalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Salam Ramadhan. Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, hingga ke hari ini, saya masih berpuasa. Moga - moga hingga ke hujungnya.


Last week saya balik ke kampung dan bercuti Hari Isnin dan Selasa. Saya menghantar ibu dan ibu saudara serta suami ibu saudara mengerjakan umrah di Tanah Suci. Mak naik Air Asia X. Jadi kami ke LCCT. Akhirnya hasrat mak nak berpuasa di Tanah Suci termakbul. Alhamdulillah.


Sejak beberapa minggu yang lalu, kami warga Kuantan dah sedia maklum akan perubahan lalulintas yang akan berlangsung. Tetapi baru semalam saya menjengah peta yang dilampirkan untuk meninjau beberapa perjalanan penting iaitu:


a) Perjalanan dari rumah Kubang Buaya untuk keluar dari Bandar Kuantan

b) Perjalanan dari luar Kuantan ke rumah Kubang Buaya

c) Perjalanan rumah Kubang Buaya ke lokasi tumpuan seperti ECM, Megamall dan Kuantan Parade

d) Perjalanan balik dari lokasi tumpuan tadi ke rumah Kubang Buaya.


Bagi perjalanan dari rumah Kubang Buaya untuk keluar dari Bandar Kuantan tiada sebarang perubahan cuma mesti mengekalkan laluan sebelah kiri.


Perjalanan dari luar Kuantan (seperti dr kampung halaman) berlaku sedikit perubahan iaitu perlu melalui Jalan Gambut dan masuk Jalan Beserah. Kemudian barulah masuk ke Jalan Telok Sisek menghala ke Kubang Buaya.


Perjalanan ke lokasi tumpuan:

1) ECM - perlu melalui Jalan Beserah, masuk Jalan Lim Hoe Lek, susur mengikut Petronas depan Apartment Palm Court. Perjalanan Balik boleh ikut Jalan Biasa iaitu masuk Jalan Tun Ismail kemudian Jalan Beserah dan masuk Jalan Telok Sisek.


2) Megamall - boleh ikut jalan ke ECM atau masuk Jalan Besar laluan kanan, susur ke kanan memasuki Jalan Gambut. Perjalanan balik boleh ikut Jalan Gambut atau Jalan Tun Ismail.


3) Kuantan Parade - perjalanan pergi seperti biasa, perjalanan balik sperti perjalanan balik dari luar Kuantan ke rumah Kubang Buaya.



Perubahan laluan/ lalulintas ini adalah bersifat sementara/ percubaan (katanya) bermula hari ini 22 Julai 2013 sehingga 21 Oktober 2013. Laluan yang terlibat hanya sebahagian jalan sahaja iaitu :-

(1) Jalan Penjara

(2) Jalan Tun Ismail

(3) Jalan Beserah
(4) Jalan Teluk Sisek
(5) Jalan Besar
(6) Jalan Gambut
(7) Jalan Merdeka
(8) Jalan Wong Ah Jang

Bagi saya, tiada masalah besar sangat cuma saya mesti berhati - hati apabila mahu mohon laluan atau menukar lane (laluan). Tak mengapalah. Kita cuba dan lihat dulu bagaimana. InsyaAllah dalam waktu terdekat ini akan cuba melalui jalan - jalan yang telah berubah haluan itu.


Mengapa lokasi tumpuan saya semuanya shopping complexes? Aduhai cik kakak cik abang, tentulah mencari perbagai keperluan untuk hari raya. Dalam minggu ini saya mahu ke Bakemake berhadapan Megamall untuk membeli keperluan untuk membuat kuih raya jadi mungkin saya perlu melalui jalan - jalan yang dinyatakan diatas.


Lagipula, selain shopping complexes, mana lagi tumpuan warga Kuantan? Tak begitu?


Ini map perubahan jalan yang saya ambil dari fanpage Kuantan.







Tada... pening sekejap masa lihat peta ini pada mulanya. Yelah I kan pompuan. Women and map have been proven (by academiccally research) to not to be inserted in the same sentence. Kan?


Okaylah. Jujur saya kata saya mengantuk. Jadi saya nak marking tests. See u then, peeps.

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434 H



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and salam 1 Malaysia to all readers.

Alhamdulillah, it's Ramadhan people!. The month that we've been waiting for a year ago. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Last Ramadhan, I was so weak to do things especially after iftar but this year I hope the things can change. But then, Allah menguji daku semalam on our first day of Ramadhan 1434 H.

Semalam daku menggigil menunggu waktu berbuka. Maybe because of turun naik bangunan empat tingkat itu agaknya. Then, having meeting with the CEO till late evening. Dan sebaik sahaja minum segelas air sesudah buah kurma dua biji ditelan, kepala berdenyut kuat. SubhanAllah.

Mahu pitam. Sungguh mahu menghabis tahiyat akhir Maghrib ku rasa lemah benar. Mata sudah mahu tertutup rasanya.

Usai sembahyang, Ku telan ubat sebijik, terus tutup lampu dan tidur. Sedar - sedar jam sudah menjangkau pukul 10.30 malam. Waktu terjaga,  kepala sudah lega dan sudah bertahan.

Alhamdulillah. Hari ini baru selesai kuliah dari jam 8.30 pagi tadi. Ada rasa letih. Ku harap boleh bertahan dan tidak menggigil seperti semalam.

Last year I thought it was worse enough but this year, I really hope I can survive.

Salam Ramadhan seluruh muslimin dan muslimat
Panjangkan doa buat saudara mara kita di Palestin, Syria, Mesir dan Rohingia.
May Allah bless...


p/s: gambar di atas gambar kek carrot buatan sendiri. Mengapa gambar itu dipilih? Kerana ku teringin tapi umah kuantan tak de oven. Tak mengapa nanti ku balik kampung ku bakar kek ini. Bahan - bahannya mudah. Sedap ada buttermilk dan jus oren. Pernah sekali ku bubuh air sunquick. Menjadi juga. Buttermilk dari perahan limau mandirin pun ada juga ku pernah cuba. Tak perlu letak cream cheese topping pun tidak  mengapa. Sedap dimakan begini sahaja. Oh, sungguh ku teringin. Lebih - lebih lagi di bulan puasa ini. Apakah perlu daku ke kedai resepi rahsia?

P/s: p/s pun dah panjang. baik mengarang sahaja kan? Hahahahahaha... Jangan gelak, saya sedang berpuasa!

p/s lagi: gebu kan kek saya diatas? hehehehehehheheheehehehehe.