Kaifa halukum? May Allah bless us always.
1. Stressed is desserts! Very true. I kalau stress, memang kerjanya nak makan sedap - sedap aje. Entahlah apa yang secret recipe dah buat dalam ramuan dorang sbb I kalau stress melampau, selalu sangat nak reward myself dengan carrot cake secret recipe. Ataupun, I nak makan makanan manis like cakes (I prefer carrot cake, RV) atau I nak makan coklat (nak yang pahit sikit. Tapi coklat xdela pahit sangat kan), atau nak makan ice cream.
Now I know why my diet does not workout. Hahahahahaa.
2. I kalau stress, I selalu sangat terasa nak jenjalan - jenjalan. Biasanya I akan ajak my housemates makan luar atau jenjalan shopping complexes yang ada kat Kuantan ni. Tapi jarang sangat kalau tetiba ajak jenjalan zoo. Sebab I kan penakut. Lately I stres, lepas tu mulalah I tetiba meluap - luap nak pergi vacation. Dan entah kenapa I nak sangat pergi Cameron Highlands walaupun tahun ni sahaja dah dua kali I pergi. This time around I rasa macam nak pergi sensorang. Tak pun, I nak pergi lagi Langkawi walaupun dah pergi last year dua kali. Ada juga I nak pergi KK sebab ari tu nampak junior I update dorang g KK.
Tapi kalau over the sea, I tentulah nak pergi Mekan dan Madinah. Lepas tu barulah I nak pergi Bukit Tinggi, Pagar Ruyong dan sekitarnya. Kalau Indon, I nak sangat pergi pagar ruyong tu sebab nak melihat tanah asal.
I nak juga pergi Durham, UK. Sebab I tersangkut kat novel yang I baca. Lelain tempat I belum rasa nak pergi. Sebab bagi I, I nak pergi dulu semua negeri yang ada kat Malaysia ni.
3. I kalau stress, I nak suasana yang aman damai.
4. I kalau stress, I akan baca kamus bebanyak. Pelik kan? Nanti I tunjuk kamus - kamus yang I ada. Sekarang I tengah asyik nak mengkhatam 'Longman Intermediate Pocket Activator'. Tadi mengemas sbb nak pindah opis ni, I macam tertarik kat satu lagi kamus yang dah lama I tak khatamkan iaitu 'Oxford Marketing'. Tapi, satu tips I nak share, baca kamus kena ada minat. Minat mendalami bahasa. Dan tak boleh buat dalam masa yang panjang. Mesti ada break. I maksudkan BACA kamus bukan HAFAL kamus ye.
5. I kalau stress, I banyak diam. I banyak membaca.
6. I kalau stress, I selalu ajak kawan I shopping kain pasang. Pelikkan I?
7. I kalau stress, I akan menulis panjang - panjang. Buat karangan.
Tapi yang paling afdhal buat I dan semua orang adalah tak kira stress ataupun tidak, mestilah kembali pada Allah. Kalau stress, yang paling elok adalah baca Al - Quran dan perbanyakkan solat. I mungkin pernah lupa, tapi I akan dan sedang perbaiki.
Okay,
Next week audit. N now tengah preparing untuk pindah opis. Nak kata I stress, takdelah sangat. Tapi ada sesuatu yang I risaukan.
Tapi I agak stress memikirkan cermin mata I ni, macam dah kurang power. Pelikkan? Sebab masih baru. Kenkadang I rasa kalau I tak pakai lagi better. Sesiapa yang specky jugak, apa pendapat korang? lepas tu kan, selalu jugak mata I tetiba pedih yang amat hingga mengeluarkan air mata yang banyak. Like menangis terhiba - hiba. Kenapa ye? Ari tu jadi masa I tengah drive balik rumah. Tetiba je macam pedih sangat. I cabut cermin mata, then termenangislah I berderai - derai air mata macam sedih yang amat sangat. Nasib baik time tu, kereta stop kat traffic light. Puas I tahan2 atau paksa air mata tu berhenti tapi tak jadi jugak. Ada kot dalam seminit dua.
Paling terkesan, masa I emceeing perhimpunan bulanan ari tu. Elok je I announce suh semua kakitangan bangun, dan elok je muzik bunyi, terus I meleleh. Bukan meleleh yang perlahan tapi deras. Macam suasana yang sangat sedih. Nasib baik elok je lagu nak habis, I boleh kawal. Kalau tak memang my partner tulah yang kena buat penutup. Apa I kena buat ye? Bagi advice sikit ye...
Okaylah, I stop dulu entry random pasal stress nie...
Mari tengok gambar kek carrot kesukaan I:
Ni versi yang selalu I pergi makan di secret recipe.
Ini versi I buat sendiri. Yang ni belum bakar.
Ini versi dah siap bakar. Rasa sama macam gambar pertama. I jamin. Tapi umah Kuantan, xde oven. Jadi sebab tu I selalu sangat beli aje kat secret recipe. Ni I buat kat umah kat kg...
Huhuhu, how I miss my oven? Korang ade? hahahaha. ada orang rindu oven ye? hahahahahaha