Friday, March 21, 2014

LAMAN BONDA SAYA 1

Assalamualaikum semua.

Sihat? Lama tak menulis. Sibuk yang bermacam - macam. Tambahan pula kesihatan tidak memberansangkan dua tiga menjak ini.

Saya orangnya pelik sedikit. Bila stress dengan kerja, saya suka melihat kawasan rumah di kampung. Jangan pelik kalau melihat galery di iphone saya yang sememangnya penuh dengan gambar - gambar tanaman di sekitar laman rumah di kampung.

Bagi saya, dengan begitu, ia menyuntik sedikit semangat dalam diri. 

Kawasan rumah saya tidaklah terlalu luas. Kurang satu per empat ekar sahaja luasnya. Rumah saya rumah ketiga dari awal jalan. Menghadap sebatang anak sungai dihadapan rumah. Alhamdulillah dari kecil, bonda dan arwah abah saya memang selalu bercucuk tanam. Jadi kawasan rumah memang sangat menghijau dengan tumbuh - tumbuhan.


Species pokok ati - ati ni memang banyak ditanam dirumah. Baka senang hidup.





Pokok - pokok sawi bonda yang memang banyak sangat di rumah. Bonda sebenarnya dah tak tahu nak letak anak - anak sawi ni. Sebab asalnya bonda sangkakan benihnya dah tak elok jadi sengaja disemai banyak. Sekali semuanya bercambah. Ini lokasinya dihalaman utama rumah ye, tuan puan sekalian.



Pokok tenggek burung katanya. Ada sepokok. agak tinggi pokoknya. 


Daisy. Dolu - dolu banyak pokoknya.


Dah makin biak pokok ni. Ni pokok ajaib tau. Kalau masak daging yang susah empuk atau masak ayam kampung, letak dia tiga helai daun ni. In shaa Allah cepat empuknya.




Pokok sawi. Berbelas polybag kat sini. Setiap satu polybag menempatkan tiga atau empat pokok sawi.



Pegaga. Memang dah jadi seperti rumput di rumah.


Tak tahu pokok apa. 



Anak terung yang dibeli bonda dari kawannya. Sepokok = RM 1.


Anak cili api dan pegaga kerinting


Pegaga, salad dan sepokok kailan


Sawi tembakau. Kemain cantik lagi daunnya. Boleh tuai sebilah2 buat gulai


Anak terung rasanya.

okaylah. Tutup pasal pokok - pokok nie. 
Enjoy life people.

No comments:

Post a Comment