Monday, May 12, 2014

LAMAN BONDA SAYA 3

Assalamualaikum geng semua.

May Allah bless us always. May everything is in ease.

After being so busy for the last few months, I eventually managed to take 1 week leave! (put big smile here)! hoyeh! Jadi mari balik kampung halaman.

Memula bos ada telefon I untuk gantikan a person yg turut apply cuti untuk attend meeting di KL. I was like, hmmm, punyalah susah I nak bercuti sekali kena attend meeting plak. Lagi haru bila bos kata, nanti I Cancel cuti you. Lagilah I macam nak marah. Kenapa pulak cuti I yang hendak dicancelkan sedangkan sepatutnya cuti that person yang pertama tadilah yang sewajarnya dicancelkan kan?

BTW i tahu bos ada plan B. And kat sini I nak say thanks sekali lagi buat my koordinator yang sudi pergi meeting tersebut. Thanks kakak.

Okay, I balik kampung sahaja. Memang tak ada plan nak kemana - mana. Jadi marilah melawat laman bonda I lagi.






Deretan Pokok Puding di batas kolam. Memang cantik.




Hasil tanaman. Untuk di sambal tempoyakkan kecuali serai dan kacang

Untuk dijual kepada makcik yang berniaga kat pekan sari.



Dikebun kantan depan rumah. Adalah sedikit tanah rizab kami tanam pokok kantan

Mulberry.


Gambir Sarawak datangnya dari pokok ini...Ni kebun my mak angkat.

Seronok tak tengok laman yang bonda nie? Pokok - pokok memang banyak. Baru - baru ni I hangkut 3 polibag kacang panjang renek yang mana setiap polibag ada dua anak pokok kacang, I hangkut dua pasu mak tanam anak cili padi ungu dan cili padi kampung, I hangkut juga 2 pasu anak tomato ceri. Lepas tu mak housemate I pesan anak kantan dan anak mahkota dewa. Memang penuh kereta I dengan pokok - pokok aje.

Dijadikan cerita tuan rumah I datang melawat dan mengutip duit sewa plak terbekenankan pokok kacang panjang renek I tu. Siap mintak I simpankan benihnya sebab katanya first time jumpa kacang panjang yang tak memanjat.  Nanti ye I simpankan benihnya. Jiran I pon kemain da usha pokok kat rumah kuantan tu. Oh ya, pakcik tuan rumah kata tanamlah timun, biar menjalar kat pagar. Wahhhh dah dapat green light la. hehehe.

Lepas tu, nanti balik mak I nak g umrah, I nak hangkut lak baja t*** ayam yang ari tu lupa nak hangkut sama. Tiga guni kot kat rumah sebab abang I dapat percuma dari kawannya yang mengusahakan ternakan ayam daging. Alhamdulillah kan.

Okaylah... tutup dulu pasal laman rumah bonda I ni ye.

Live well people!



No comments:

Post a Comment