Wednesday, June 4, 2014

Liltle Updates 11

Assalamualaikum..

Sihat kengkawan? I? Alhamdulillah bertambah baik. Emosi juga semakin elok. Cuma perlu sentiasa fikir positif.

Kalau korang baca entry sebelum ini, I memang geram dan sedih. Itu kisah malam sebelumnya. Bila mesyuarat berlangsung memang bagai dijangka. Rasa segebuk batu besar jatuh atas kepala. Tetapi I nak fikir positif aja sebab bagi I, kalau I berusaha, In shaa Allah semua masalah akan selesai dengan baik.

So, kisahnya apa ye dua tiga menjak ini?

1.
Baru - baru ni I kena attend training Train The Trainers yang berlangsung selama 5 hari. Huh penat . Serius penat. Sebab pack giler schedulenya dan siap ada homework dan case studies analysis lagi. Hohoi! Penat sih. Bayangkan siang dah rasa nak pitam dengan lecture and activities. Malam kena mengadap homework. Rata - rata sepanjang lima hari tu I rasa setiap malam I tidur jam dua pagi. Malam ketiga tu pulak, I tidur jam 4 pagi. Memang tak sedar waktu berjalan. Dan hari terakhir ada assessment. Kena buat presentation. TAPI, walaupun penat, training tu best. Dan lepas assessment, the trainer akan beri comments pada trainees. Ketar weh tunggu markah.

Nak tahu apa katanya:
- You have good command in English.
- Very good Ice Breaking Session
- Good in deliberating points
- Honest and pleasant presentation
- You got audiences to stay focus on your presentation but
- I believe you still have something to show but you did not do that.

Gitulah. Jadi berapa markah I dapat? Idokler the highest. I cuma dapat 90/100 je. Syukur da tu.
Kira sekarang dah qualified la nak jadi trainer. Trainer apa tungguuuuuuuuuu...... sampai masanya I akan bagitahu kursusnya ye.

Free hair = Trainer, Cekak Pinggang = Yg dpt highest mark.


2.
Semalam kisahnya I kesedihan. Kena marah (read maki) dek orang lain. Dia marahkan orang lain, I plak yang kena. Sedih. Sangat. Sebab I memang jenis anti keganasan. Serius. Apatah lagi bila orang tu keluarkan kata - kata kesat. Walaupun bukan I yang dimarahkan, balik ke bilik I di opis, I nangis you. Tersentak agaknya. I bercakap elok - elok dimakinya I. Hmmm, beginilah. Pesan I, jangan biasakan mulut menyebut kata - kata kesat ataupun kata - kata yang tidak senonoh walaupun untuk bergurau. Inilah padahnya. Lancar aja dimulut jadinya. Dan, kalau tertekan pon, fikir dahulu baik buruknya jangan terus memaki/ memarah orang. Kalau diam itu lebih baik, berdiamlah.

3.
Jadi bila sudah kesedihan, I pon hendaklah mencari my comfort food. Apalagi ke cafe favorite la I semalam. Jangan tak tahu, the owner dah kenal I. Siap ingat lagi my favorite menu iaitu Chicken Sandwich with sweet and spicy sauce. I dtg bertiga. Ada seorang kawan yang baru first time datang, jadi I suggest dia try seafood spaghetti. Dia memang puas hati. For desserts, I pilih Choc Chip Cookies Cheese Cake. Memang sedap. Nak tengok gambar? Ni ha kat bawah. Okay.

Spaghetti Joe nama diberi. List Price = RM 8.90. Discount = 20 %. Net price = ???

Sliced Pizza diorder dek kawan I.

I nak makan Lemon Cheese Cake tp xde plak ritu.


4.
Update tanaman I.
Pokok Kacang Panjang Renek -
kemain berbunga. Alhamdulillah dan ada yang kembang dan dh ada berbuah.

/
Anda nampak buahnya?

Buah baru berputik


Pokok lada kampung -
Ada tiga pasu. Alhamdulillah semakin membesar. Mungkin I kena pindahkan ke bekas yang lebih besar sebab I rasa pembesarannya macam terganggu sikit.

 



Pokok lada ungu -
Ingat tak I pernah blogkan pasal pokok lada purple I dulu. Yang kemain berbuah tu. Sekarang pokok tu mati tapi alhamdulillah I sembat simpankan benihnya dan sekarang anaknya semakin membesar. Meronta - ronta dah tu mintak pasu baru. Oh pasu besar I dah beli cuma belum berkesempatan nak alihkan sebab balik kerja je cuaca tidak mengizinkan. Thunderstorm melanda Kuantan these recent days.

I tahu pasu tu dh x sesuai. 


Pokok kangkung -
Asalnya ada sepasu sahaja tetapi I berjaya menanam sepasu lagi. Tapi kesian kurus sangat. Kurang berbaja. Dan, layu kekuningan. Hmmm...Tapi bolehlah sekali menggulai. Iya kan?



Pokok serai -
Yang dalam pasu semakin hari semakin menguning. Hmm, I rasa sebab pasu dah tak dapat menampung pembesarannya kot. Yang dalam polibag, Alhamdulillah. Segar nampaknya.

 


Pokok Kunyit -
Alhamdulillah dan keluar tunas baru. Tapi tengok gayanya macam kena pindahkan beberapa pokok ke polybag lain sebab I rasa dah tak de ruang ia hendak membesar disitu.


Pokok Sawi Tembakau
Alhamdulillah pembesaran sangat memberansangkan. Boleh da tu buat masak goreng pedas.


Pokok Tomato
Tomato yang ada dirumah I adalah jenis baka tomato cherry. Cuma buahnya bulat dan kecil. Ada dua pokok. Satu pokok alhamdulillah membesar bagai juara dan pagi tadi masa I menyiram, dah kembang dua bunga. Tak sabar plak nak petik tomato nie! Hehehe. Satu lagi pokok terbantut dan ada masalah. 




4.
I follow group pencinta bunga dan pokok hiasan di facebook. Dan terbeli (memang terbeli sbb I saja beri comment sekali dapat pm. hehehe). Terbeli batang mulberry. Tapi I suka je. Memang I teringin nak tanam mulberry kat umah Kuantan. Kebetulan pasu ada yang ready. Pasu pokok lada ungu I yang sudah tamat usia tu. Jadi bila dapat parcel, I pon main cucuk - cucuk je kat situ. Sebab I ingat nanti baru nak alihkan. Tengoklah keadaan bagaimana. I posted dalam fb, kemain la otai2 tu komen. Siap I sentap okay! Tapi okay je. Orang bagi pandangan, kita jangan sombong kan.



5.
I bought new gadget for myself. A new laptop. Sebab laptop lama ada masalah. Dan I memang terdesak. Boleh la. I suka sebab  manage beli yang color merah. hehehe.

6.
Balik kampung baru - baru ni tapi tak sempat langsung nak capture pokok - pokok kat laman my bonda. Dah tak leh buat entry dengan tajuk Update Kebun My Bonda. hahahaha. Banyak ngat aktivitinya balik baru ni. I cuma sempat mendonut aje. Sian bebudak kan? Dorang request pizza, tak tersempat nak buat.

Selfie kat umah kwn dgn anak kakak I.  Nak pergi kenduri kahwin ni. 


Mendonut jam 11 malam. Goreng separuh masak sebab esok nak goreng lagi. sampai ke petang masih lembut tau!

Okay, panjang dah update kali ini.

I semakin sibuk sekarang. Jadi, maybe I akan jarang update. Tapi jangan bimbang, I akan cari masa untuk update dan blogwalking blog you all ye.

Okay, see u again.. Ilal liqa'.
Assalamualaikum.