Wednesday, July 9, 2014

Menu Raya untuk Raya Tahun Ini

Assalamualaikum...
Apa khabar? May Allah bless.

Wah, puasa baru beberapa hari, kemain dah berangan tentang kueh raya. Hahahaha..
Nway, 15 Julai nanti cuti Nuzul Quran dan disebabkan itu I apply la cuti on Monday. Jadi dapatlah cuti 4 hari bermula Sabtu. In Shaa Allah, petang Jumaat tepat jam 4.30 petang, I akan memandu dengan berhemah ke kampung yang ku cintai.

Jadi cadangnya hendak memulakan pembuatan kueh raya. So angan - angannya begini. Tengoklah yang mana sempat.

Menu kueh raya:

1. Almond London.
Ini permintaan anak - anak saudara yang kemain suka coklat. TAPI, badam belum berbeli. Coklat masakan juga. Senang cerita bahan - bahan nak buat kueh raya ni memang belum dibeli. DAN, belum jumpa resepi coklat yang sedap. Dah banyak tahun buat tapi coklatnya susah keras. Memang kena menunggu lama. Sifu - sifu tolong bagi resepi? Pleaseeeeeeeeeee


2. German Cookies
Ini juga permintaan anak - anak saudara. Yang ni bahan utamanya adalah menggunakan Potato Flour. Yang ini seingat I dirumah memang ada stock. Tapi better check dulu due datenya kan? Ia mudah sangat. Dah tak perlu guna penerap atau sawa. Just bulat - bulatkan. Letak atas tray, tekan sikit dan basahkan sudu lepas tu tekan pada adunan. Then bakar. Siap.


3. Choc Chip Cookies
Sementelahan choc chips masih berlambak kat rumah sebab asyik beli jadi mencookies lah kita. Kira ini my specialty la. Hahaha. Anak - anak buah kemain suka sampaikan kengkawan dorang yang datang pon mesti tanya: Moksu punya coklat chip mana? Ha, begitulah. Best friend anak buah I yang ada seorang tu namanya Lokman, kalau dia datang, sebalang tu dia sorang aje abiskan. Alhamdulillah, I jumpa resepi yang mudah dan sedap. Credits to the recipe owner.


4. Kuih Kacang Mazola.
Ini pon antara biskut yang senang hendak dibuat. And I believe kat umah kampung, bahan - bahannya ada. Kot - kot xde, boleh je pergi kedai kat kampung tu.


5. Biskut Samperit aka Kuih Bintang
Ini resepi my mom. Bukan samperit susu ye. Yang ni resepi samperit turun temurun. Dan kami biasanya guna penerap bintang. Letak ceri sikit. Sebab itu anak - anak buah panggil kuih bintang. Yang ini favorite semua orang kat rumah. Dan kawan - kawan I kalo datang pon, suka biskut ni. Dan memang kena buat beberapa adunan. Sebab, kena simpankan siap - siap untuk rumah Kuantan, rumah abang I, rumah kakak I dan untuk simpanan selepas raya di rumah bonda I.


6. Kuih Lidah Buaya.
Yang ni senang sangat. Gulung - gulung bila dah letak adunan tepung + minyak. Potong kecik - kecik. Gelek. Panaskan minyak dan goreng . 


7. Eh sampai tujuh da. hahahaha...
Maybe I repeat Samperit Susu.
Sejak percubaan pertama yang katanya memang cair di mulut, jadi I rasa In shaa Allah I akan buat untuk raya. Yang buat ari tu memang dah habis ye tuan - puan. In Shaa Allah, I nak pinjam acuan samperit kakak ipar I. Nak juga buat bentuk bunga banyak kelopak tuh. Hahaha.


8. Biskut Kelapa.
Yang ini along I punya specialty. Dia memang rajin buat biskut nie. 


9. Teringin nak try rainbow cookies
Hahahaha. Terpengaruh jugak dengan FB Resepi Ringkas tu. Hadoi. Jadi meh kita try jadi ke tidak.


10. Dah sepuluh? Hadoi. Maybe I nak buat Kuih Gunting.
Sebabnya dah lama tak makan. N my kuih gunting is without udang kering coz I akan allergik segala jenis udang nie.

Okay, itu untuk Kuih Raya.


Now Menu di pagi raya pulak:

1. Kuah Lontong + Nasi Impit
Ini kira menu wajib la kat rumah. Favorite my bonda. N disebabkan ini we all selalulah kengkonon mengaku jawa. Memang ada la sikit berdarah jawa dari arwah datuk tetapi takdelah jawa mana pon kitorang nie. My bonda suka letak terung. N tempe.

Nasi impit biasanya beli yang segera aje.

2. Lemang + Rendang Ayam + Rendang Daging + Rendang rusa
Disebabkan tahun ini keluarga abang dan kakak akan beraya di rumah Bonda jadi I rasa kebarangkalian untuk masak lemang itu sangat besar. Dan rendang tu pula, kalaupun tiada lemang ia tetap akan dibuat. Dan untuk ini I rasa I akan dapat kembali watak picisan yang mana hanya jadi tukang hiris bawang, blender lada ataupun mesin kelapa sebab kan ramai orang kat rumah. Last year, disebabkan keluarga kakak dan abang beraya di rumah mentua, I dinaikkan pangkat oleh along menjadi watak utama buat rendang. Memang buku resepi tak lari dari sebelah I! hahahaa.

3. Laksa @ Mee Kari.
Ini mungkin menu sampingan yang ada.

4. Kuah Kacang.
Dah kata jawa kan? hahahaha.

Okay, untuk kek, I ingat nak bake Kek Gula Hangus dan Kek Orange aje. RV maybe tak sebab my mom particular jugak dengan cream cheese yang hendak digunapakai. 

Jadi inilah aje. Ia wishlist ye. Belum tentu dibuat.

Nway, korang bagaimana?  


BTW, mari doakan saudara kita di Gaza. Ya Allah, bebaskan mereka. Berilah kemenangan kepada mereka.

Gambar tak de. Sebab dibimbangi boleh menyababkan tuan blog kelaparan. Kang gastrik lagi. Susah. Yes, I ni ada gastrik. Dah dua hari berturut - turut rasa sakit melampau. Sampai nak bangun pun tak larat bila ia menyerang.

Jumpa lagi. Thanks for reading.

3 comments:

  1. Wahhahaaa kemain check listnya!! Cam nak dtg raya kt rumah auntie laura jer (huuu kalaulah dekat..)..nak pau kuih raya mcm si lokman tu hiihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemain kan? hahahaha. nway, mai la datang umah. Hahaha macam Lokman. memang dia akan tanya siap2 lagi Moksu buat tak kueh choc chip? Lepas tu, angkat sebekas, mmg dia tak kasik org lain da. Pastu my anak sedara akan top up beberapa kali sebab bekas letak kuih dah kosong.

      Bila ada yang suka makan apa yang kita masak, rasa seronok sangat.

      Nway, jangan percaya sangat daku mampu nak bake kueh raya itu semua...

      Delete
  2. Wah... dah ada checklist.... biskut raya... kemain berjela... hehehehe

    ReplyDelete