Sunday, December 21, 2014

Musim Banjir di Kuantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Harapnya semua dalam lindungan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Penyayang, Allah yang satu.

Umum mengetahui kawasan Pantai Timur Semenanjung sekarang dilanda musim banjir. Dan daerah tempat saya tinggal sekarang juga tidak terlepas dari ancaman tersebut.

Secara amnya sudah 8 hari hujan turun di bumi Kuantan tanpa henti. Cuma kadar air hujannya tidak terlalu lebat kebelakangan ini. Ianya bermula lebat hanya sejak malam Ahad lalu. Dan boleh saya ketakan sudah lebih 24 jam hujan lebat turun di bumi Kuantan sekarang.

Dan pagi tadi Jabatan Meterologi telah meningkatkan amaran jingga ke amaran merah seperti dalam gambar dibawah:



Dan hari ini ditambah angin kencang, hujan mencurah - curah turun. Ada kawasan sudah banjir. Bimbang benar saya jika kesannya seperti banjir tahun lepas.

Untuk makluman semua, kawasan rumah saya tidaklah mengalami banjir. Walaubagaimanapun, untuk sampai ke rumah, ada jalan - jalan yang dinaiki air yang terpaksa saya tempuh. Itu membimbangkan saya.

Apa jua, semoga Allah melindungi kita semua.

Oh ya, sekarang sudah mula kuliah. Jadi saya agak sibuk. In shaa Allah, ada masa saya akan kemaskini blog ini.

Till we meet again.

Assalamualaikum...

Thursday, December 4, 2014

Liltle Updates16

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kaifa halukum?
Ana Alhamdulillah. Bi khair.

Long time no update!

Okay, korang mesti dah tahu kan sebabnya.

Ya, Acik Laura kebizian. Huhuhu. Idok menyempat nak mengupdate.

Okay, Mari Acik Laura kisahkan perihalnya serba sedikit.

1. Sibuk ulang alik.

Hari tu dah bagi tahu kan yang Acik Laura kena pindah opis baru. Dan tempat lama Acik Laura dah ada orang lain masuk kan? Letih tau ulang alik. Sebab apa? Sebab kat opis baru tu facilities masih belum lengkap. And no internet facility lagi. Susah juga nak buat kerja especially perkara - perkara yang urgent. Oh ye benar Acik Laura ada Wifi sendiri and ada data package sendiri TAPI kat opis baru tu coverage sangatlah tidak elok.

Jadi biasanya memang kena ulang alik. Normally, pagi - pagi pergi opis baru lama untuk punch in. Kemudian, settlekan kerja yang perlu menggunakan khidmat internet. Then arrange meeting with my unit. Lepas tu gerak ke opis baru. Kemudian, nanti around 5.15 gituh, gerak semula ke opis lama untuk punch out.

Bukannya tak de tempat langsung untuk buat kerja di opis lama tapi tak selesa sangat. Opis masih tunggang terbalik dengan ada barang - barang yang sepatutnya dah dibawa ke opis baru tapi belum berangkat. Lepas tu nak stay student center kang penuh ngan student. Jadi berkelanalah ke opis baru yang jauhnya menyebabkan nangis setiap kali kena isi minyak kereta. Huhuhu, sedihkan?

2. New Semester is coming
Yang ini keletihan tak habis - habis. Maklomlah diberi 2 portfolio dalam fakulti yang mana belom abis semester dah kena kejar untuk portfolio yang pertama and belom pon lega dengan portfolio yang pertama dah kena mulakan kerja - kerja untuk portfolio yang kedua. Lepas tu karang, selesai portfolio yang kedua, mula balik semula portfolio yang pertama tadi. Nangis! Tu belum lagi pasal Postmorterm Result. Nangis berganda - ganda!

Bos, I is penat. I am tired. Aci tak, bagi portfolio yang pertama tu kat orang lain?

3. Cuti Sekolah
Hohoi, Acik Laura tak bercuti ye. Tapi sebagai Moksu yang baik hati lagi menyayangi anak buah ini, kena juga allocate masa untuk dorang especially:

- Hujung tahun ari tu, apply cuti untuk pergi sign buku rekod dan bawa balik barang - barang yang duduk asrama.
- Tengah dorang cuti ni, moksu haruslah apply cuti barang sehari samada Jumaat atau Isnin untuk bawa dorang beli barang - barang sekolah.
- Moksu juga perlulah amik cuti sehari dua balik kampung sebab anak - anak buah ada balik kampung duduk dengan nenek sepanjang cuti ni. 

Jadi begitulah. I tak pernah pon rasa renyah dengan hal - hal anak - anak buah I ni. I suka dan I tahu tanggungjawab tu ada pada I dan family. Lagipon, dorang nak belajar kan?


Jadi, begitulah kisahnya kebizian Acik Laura dua tiga menjak ni selain busy occupied dengan hal - hal kerja yang sedia ada atau tiba - tiba jatuh dari langit.

Anyway, I merasakan akan jarang update blog ini pada masa hadapan. Kalau ada yang rindu (ada ke?), carilah kat instagram. Sila search lauraazura. Ia private tapi request aja. In shaa Allah lambat atau cepat I akan approve.

Till then, 
May Allah bless our works and accept our ibadah.

See you again.
Assalamualaikum.