Assalamualaikum. Okaylah time mood kelaut ni biarlah aku cerita tentang kisah antara aku dan housemates.
Tadi petang. Aku punch out dari pejabat jam 6.10 petang. Sampai rumah dalam 10 minit kemudian. Sudah tiga hari kerjanya melepak di rumah. Jumaat lepas MC kerana tidak tahan sakitnya 'sakit perempuan'. Aku memang pesen sakit sangat kalau tiba masanya tu. Dan doktor ku (macam doktor aku seorang gayanya. Hahahaha), agak arif dengan sakitku ini. Paling kerap dua bulan sekali aku pasti menemuinya. Apa lagi, mohon ubat penahan sakit dan MC. Kadang kala diberinya cuti sehari tetapi biasanya dia beri cuti dua hari. Balik cerita hari ini, aku teringin ice cream. Sampai - sampai sahaja di rumah, dia dulu menyapa.
Miss Housemate (MH) : Apasal balik lambat?
Miss Laura (ML): and you apasal balik awal?
(Mengekeh dia ketawa sekejap. Aku duduk. Sambil mengeluarkan laptop.)
MH: Maybe hari ini Isnin kot.
(soalan aku tadi dia jawab.Dan aku jawab ringkas soalannya)
ML: Tadi buat skrip. That Script! Dah siap. Dah berjaya ku emel pada encik bos.
MH: Wahhhhh tahniahhhhh.
(Dia maklum skrip apa aku kena buat. Skrip yang pada dasarnya aku tak mahu buat. Tapi mengenang encik bos sedang revise markah KPI, aku turuti sahaja.)
ML: U, jom teman. Nak beli ice cream. Nak makan ice cream.
(tiba - tiba aku merengek. Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa aku mahu ice cream dikala sejuk ini.)
MH: Ala I dont want. Sejuk. Tapi nak minum air panas.
ML: Tak kira. Nak ice cream jugak. (dlm kepala dah terbayang nikmat ice cream coklat)
MH: Tapi dah lama tak makan ice cream McD. Jom lah.
(Serius aku ketawa sekejap. Pandang muka MH riak aku tak percaya.)
ML: Weh, bukankah kita boikot? (MH ketawa pula. Mengakui agaknya keterlanjuran kata.)
MH: kawan saya la ni! Tapi jom ah.
Lalu kami keluar rumah. Masuk kereta dan aku memandu ke McD TC. Tapi Allah selamatkan kami. Mesin ice cream di kaunter drive thru rosak. Akhirnya tanpa buat pesanan kami balik.
ML: Nak ice cream jugak!!!
(aku merengek lagi. Tapi di roundabout nampak dua orang budak perempuan berjalan lenggang kangkung, cepat aje aku mengomel.)
ML: Adik balik! Balik sekarang! Apa nih maghrib hari duk lenggang kangkung tepi hutan ni. Balik sekarang!
(MH ikut ketawa kemudian. Adoi, itulah nak ice cream tapi tak dapat habis semua orang lalu lalang diomelkan. Sampai pertengahan jalan menghala balik ke rumah, aku tiba - tiba beriak nakal.)
ML: U, jom shopping. I tak rasa tak rasa nak balik rumah sekarang.
MH: Tak mahulah. Tapi jom pergi Bata.
ML: Okay.
(Bulan lepas MH suarakan hasrat nak beli kasut sukan baru. Nak buat jogging. Aku memandu ke kedai Bata di Jalan Beserah. Ikut shortcut seperti selalunya. Maklumlah kedai ni belakang rumah sahaja.Jalan punya jalan. Cuba tiga pasang heels, wedges dan flats. Mula - mula dah terpaut pada satu wedges. Tapi bila try saiz 8, rasa longgar. Try saiz 7, masih longgar. Try saiz 6 masih longgar. Apakah? Kakiku mengecil? Haih, luar alam dah nie. Akhirnya bangun. Jenguk MH. Dia pun dah geleng - geleng kepala. Maknanya tak ada yang dia berkenan. Entah kenapa aku terus down berganda - ganda.)
Cerita ni sedih korang!!!
(Akhirnya kami buat keputusan. Ke 7e lah kita. Memandulah aku ke 7e. Lalu berkisahlah kami sepanjang perjalanan.)
ML: I down sangat hari ni.Pagi - pagi mood dah dirosakkan dek kawan. Letih nak dengar benda yang dah I dengar. Jumaat lepas dah call. Dah mesej. Tak payah la hari ni nak ungkit lagi. Bosan. Bukan I ada jawapan pon.
MH: Dia cerita benda baru atau the same?
ML: Sebijik sama. Macam mana nada dia benggang hari Jumaat tu, hari ini dia ungkin benda yang sama. Dengan nada yang sama.
MH: I pon down hari ini. Mungkin sebab suasana. Kat office tadi tak ramai orang. Sebab cuaca kan?
ML: Perhaps yes. Cuaca suram. Tambah - tambah dalam tengah 'sakit perempuan
ini. (Kebetulan kami sama ABC.)
MH: Betullah tu. Rasanya macam putus cinta. Rasa down entah kemana. Rasa macam ditinggalkan.
ML: Betul. Rasa macam putus cinta. Emo bagai. Rasa macam nak lari.
MH: Yes.... (MH teruja) Rasa macam nak lari dari rumah. Entah... Tapi tak tahu nak lari kemana.
ML: Yup. rasa tak keruan. Tak betah. Tengok orang pon rasa nak marah. Rasa emo.
MH: faktor umur agaknya. (sempat MH buat lawak)
(Aku tergelak sambil memusing stereng kereta menghala ke deretan kedai dimana 7e berada. Ia sepelaung dari rumah. MH nampak gerai burger lalu mencadang menu dinner kami. Aku tekad, kita ke 7e dulu. Aku mahu ice cream.)
(Dalam 7e, aku cepat dapatkan ice cream coklat yang aku inginkan sejak tadi tapi hampa. Ice cream yang selalu aku beli tiada stock tapi aku malas pusing memikir mana lagi mahu mencari ice cream. Hari sudah lewat maghrib. Kemudian, ke fridge. Kononnya mahu mencari air kopi sedap tapi di depan fridge aku mengomel kuat. Mahalnya! Sudahnya aku beli ice cream sahaja. Keluar dari 7e MH pesan burger. Kemudian kami tunggu burger siap dari dalam kereta. Aku makan ice cream sambil otak melayang ke perkara entah apa. Layan perasaan layan emo) (eh jap. Perasaan dengan emo tak sama kan? layan jelah korang)
ML: Your family, jenis yang ambil berat?
MH: Depends on situation. Mostly tak. Cuba bagi satu contoh.
ML: Macam kita tengok dalam tv. Emak tengok anak menung, lalu dia datang tegur, whats happened dear. Mai share dengan mom. Macam tu?
MH: Nope. Family I, typical malay. Mana nak layan begitu. Kebanyakan hal buat pandai - pandai engkau lah nak hidup.
ML: I experience the same. I selalu rasa I tak dihargai. Tak ada orang nak tanya I okay ke tidak. Dan I tak pandai dah besar - besar ni nak luah apa yang I rasa sebab I dah diasuh dari kecil untuk simpan.
MH: I rasa family I begitu juga. Tapi bila arwah my mom meninggal barulah I rapat dengan arwah ayah. Masa tu baru I faham. Masa tu I baru rasa dihargai. Sebab I rasa I tersepit dengan dua generasi. I rasa orang tak faham I.
ML: Dari kecil, bila I hendak perhatian, family I selalu marah I balik. Menasihati dengan memarahi. Mintak I belajar dengan memarahi. Jadi loud. Sampai dah besar, I selalu simpan apa yang I rasa. Mungkin fobia takut kena marah lagi.
MH: Family I macam tu juga. Marah untuk menasihati. Menasihati dengan memarahi. Kadang - kadang apa yang abang dan kakak I fikir itu penting tapi bagi I itu benda biasa sahaja. Bila I object, kena marah. Yang I fikir penting, bila di suarakan, ianya remeh bagi mereka. I kelam kabut juga kadang - kadang nak suarakan sesuatu.
ML: Macam sekarang, I sebenarnya hendak orang tanya I. Okay tak? I nak orang concern I tapi bila I call family I, I tak berani nak cakap apa - apa. Bila my mom tanya hows working? Dah makan? Sihat? I akan cakap nothing much to worry mom. Everything's OK here. Walaupun I tengah MC. I tak kan bagi tahu I sakit. Then, all is history. Actually I tak tahu nak luah bagaimana. Entahlah kan. Takkan I nak cakap: Mak, koi kat sini rasa macam putus cinta. Rasa macam nak lari rumah. Rasa macam entah mood asyik ke laut. Mahunya my mom terperanjat besar. Lepas tu dia akan kata: Tebiat aok ni!
(MH ketawa. Aku juga. Sengal tiba - tiba. Ice cream dah tinggal sikit.)
MH: Tak apa. Kita bertahan jelah kan?
ML: Yelah. Doa yang baik - baik sahaja.
Thanks sebab baca sampai bawah. Ada dua issue sebenarnya kisah MH dan ML.
1. Time 'sakit perempuan' korang bagaimana? Ada rasa macam kami yang seperti orang putus cinta, atau seperti orang nak lari dari rumah?
2. How your families treat you?
Bagi I. Mood kelaut tu normal. Mengidam ice cream itu normal. Sebenarnya I mengidam handbag juga. Hahaha. Kemudian, jangan salah faham dengan keluarga kami. I tahu sebenarnya my family jenis ambil berat tapi tak selalu ditunjukkan. Dan salah I juga sebab tak reti nak beritahu apa yang sebenarnya yang I rasa. Anggaplah ini kisah orang buang tabiat, mengidam ice cream dalam suasana musim hujan ditambah dengan kerja berlambak di pejabat. SEKIAN.
Thanks for reading. And yes, pray for our 'jalan - jalan utara naik keretapi' next week.