Tuesday, May 26, 2015

Little Updates 18

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan2? Semoga sihat2 selalu.

I, alhamdulillah sihat.

Lama kan tak update. I busy sungguh lately. Dan masih busy lagi untuk beberapa minggu lagi.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Sekarang I berdebar nak mengadap our MD. Harapnya tenang sahaja I menjawab semua yang ditanyanya.

Walaupun begitu, I akan usaha lagi. In shaa Allah boleh juga bantu kawan - kawan I. Doa ye semoga semuanya dipermudahkan.

In shaa Allah, sampai masa I akan ceritakan tentang kesibukan I sekarang ni. Mungkin apabila prosesnya sudah selesai nanti.

Stress tu memang ada. Tak tertanggung kadang - kadang. Cuma I harap I mampu bertabah. Mampu nak harungi masa - masa tertekan sekarang. I doa I sentiasa sihat. I doa I mampu hadapi karenah orang yang macam - macam. I harap I mampu bertabah.


Sekarang boleh la I katakan saat getir bagi I dan rakan - rakan di fakulti. Apa jua, kami akan terus bertabah dan paling pentingnya kami akan usaha.

Oleh itu, I harap, doa2lah kami baik - baik sahaja di sini.
May Allah bless..

Sunday, May 10, 2015

Bercuti di Cameron Highlands (Bahagian 4)

Assalamualaikum kawan - kawan.

Lama tak menyambung menulis tentang percutian dikala sibuk itu kan?
Anyway sekarang masih sibuk juga.

Marilah kita sambung cerita tentang kami ke Cameron Highlands baru - baru ini.

Ini kisah kami ke Cactus Point dan Time Tunnel Museum.

Okay selepas dah berjimba di Lavender Garden, kami meneruskan perjalanan ke Cactus Point. Jalan - jalan tengok cactus. Lagipon bukan selalu boleh tengok cactus ya. Anyway, Cactus Point bukan hanya ada cactus tetapi macam - macam pokok ada semua.

Okay, Cactus point ni berdekatan dengan S Corner. Sebenarnya nak pergi Cactus Valley tapi tak jumpa pulak jalannya.

rumput yang dijual RM 5 seberkas

Bunga raya skala besar. Bunganya sama saiz dgn pokoknya.



Unik. Tapi tak terasa nak beli

sorry housemate. Blur pula muka u.

bunga kekwa. Yang ni terasa nak beli sbnrnya.

lawanya. My fav shade of yellow

warna warni. 


sila nyanyi lagu Hafiz tu. Matahari

The S - Corner


 Kemudian kami ke Time Tunnel. I sekejap je dalam ni sebab I boring. Mungkin barang - barang dalam museum tu kebanyakannya bukan barangan zaman kanak - kanak i kot. Entah. Atapun I memang dah datang sini dulu kot. Hehehe. Anyway, mari tengok apa ada dalam Time Tunnel ni.

aceli I tak berani nak duduk atas kerusi tu. 






sapa ada tabung ayam ni dolu2?



toaster zaman dolu2.


Sebenarnya banyak sangat artifak dalam time tunnel museum nie. Tapi ada beberapa perkara je yang I tak berapa berkenan sikit. Tak banyak perubahan. I datang tahun 2013 dan sekarang, sama je keadaannya. Lagi satu di ruang bawah tanah. Gelap. Kurang pencahayaan. Gelap pula tu. Menambah seram. Hehehe..

Okaylah. Stop dulu.

Nantikan bahagian seterusnya. In shaa Allah akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Tada...
May Allah bless.