Assalamualaikum kawan - kawan. Selamat Hari Raya semua. Mohon maaf banyak - banyak ye.
Hari ini hari mula bekerja semula. Mood memang ke laut. Rasa bukan berada je kat office. Layan la update raya Acik Laura dan Keluarga ye. Oh raya, tahun ini seperti selalunya kami sekeluarga berhari raya di Jerantut, Pahang. Tahun ini bonda tidak berapa sihat jadi kami tak kemana - mana pon. Dan nenek di Kedah. Jadi tidak ke Negeri Sembilan seperti biasanya.
Menu Raya kali ini:
1. Lemang (dibakar malam raya setelah sah esok raya)
2. Rendang ayam dan Daging dendeng
3. Lontong dan Kuah Lodeh
4. Kuah kacang
Tapi 1 je nak complain, kalaulah ada org PAIP baca blog i ni kan. Tolonglah pastikan bekalan air sentiasa ada time raya. Since hari melemang hingga ke hari raya ketiga tak de air paip. Kalau muncul pon tengah - tengah malam dalam 3 jam je. Huhuhuhu. Nangis!!! Nasib la my bonda tu ada menadah air juga dalam besen dan tong tapi apalah sangat simpanannya. Do you feel me? Raya tak air maksudnya apa? Azab tahu tak!!!
Okay, layan jelah gambar raya tahun ini.
My Along dan anak - anak |
My Angah sekeluarga |
My kakak sekeluarga kecuali anak no 2 nya yang tak mahu bergambar. |
Korang perasan tak kitorang punya genetic similarity? Tak perasan? Tengok mata. Gen sepet memang banyak. Ini baru my family, Belum lagi korang jumpa saudara mara sebelah bonda I. Semua sepet tau. I perasan dr my Arwah Atok dan Nenek. Kemudian, adik beradik dorang. Kemudian anak - anak dorang (sepupu my bonda). then cucu - cucu dorang (my cousins, second cousins) kemudian cicit - cicit dorang (my nephews and nieces and cucu - cucu my uncles and aunties). Memang semuanya ada gen sepet ni. My bonda once said, kesepetan ni dr my great grandfather who is a Chinese mualaf. I pernah pergi raya di Segamat, kampung asal my arwah Datuk. I jumpa sepupu - sepupu bonda dan I dapat sahkan dorang pon sepet jugak. I pernah jumpa adik nenek I dan anak - anaknya di Negeri Sembilan, dan I dapat sahkan dorang dan keluarga dorang sepet juga. So I conclude, this is our genetic similarity and this is our family identity.
Okay, sila layan lagi gambar raya.
Sebahagian tetamu |
Newest Sepet in Family. 7 months plus. Ammar Zhafran. |
The Tupperware collection. Dalam tu kuih raya. 18 jenis? kuikuikui |
Bila Moksu, Maklong and lil Amien Zuhaily berselfie |
Kanak - kanak riang datang beraya. With my nieces, my along and my bonda. Oh ya kami hidang air anggur ye bukan sekadar air putih seperti dlm gambar. |
Eldest Nephew's friends: Haris, Mustakim and Shafiq |
Kemudian buah - buah mulai masak. Rambutan dan manggis terutamanya. Rambutan baru menguning kami belasah sahaja.
Dalam kawasan rumah jiran kerana dahan dalam pagar kami masih hijau. Rambutn anak sekolah. |
Aksi my along memetik manggis. Pokok manggis ini rendang. Kebanyakan buahnya boleh dipetik tanpa perlu memanjat. |
Salak. Bulan puasa hari itu masak serumpun. Yang ini belum masak lagi. |
First batch of rambutan gading yang masak. Yang lain masih hijau lagi |
Hasil utk bawa balik Kuantan. Rambutan anak sekolah, rambutan jarum mas, rambutan keembong @ cik kembung dan rambutan gading. Tak kelihatan di bawah baldi adalah manggis. |
Lagi aksi selfie dari telefon my eldest nephew. Layankan aje aksi dorang sepupu sepapat dan anak - anak dan cucu jiran kami.
Dirumah jiran kami. Rmah kami nun yang nampak kereta warna putih tu. |
Raya is a blast. Alhamdulillah.
Nanti I update tentang Laman My Bonda pula. Maklumlah laman my bonda meriah juga...
No comments:
Post a Comment