Monday, November 2, 2015

Sessi Throwback: SPM

Assalamualaikum semua.

Sihat? Me, kurang sihat. Diserang selesema. Dah dua hari. 

Hari ni SPM kan? Sapa ada anak - anak yang SPM? 

Dalam keluarga, rasanya anak sepupu saya, Banglong Hakim seorang sahaja yang ambil SPM tahun ini. Good Luck Banglong. 

Kisah Throwback. Campak Belakang. Acik ambil SPM tahun 2000. Tahun pertama sijil terbuka digunapakai. Acik ketika itu ambil 9 matapelajaran. 6 matapelajaran asas + 3 elektif iaitu Sains Tambahan, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas. 

Asalnya ada satu matapelajaran lagi iaitu prinsip akaun. Tapi dh gaduh dengan cikgu, masa form 5, drop. Korang jangan sesekali gaduh dengan cikgu tau. Acik Laura ni nak cakap, sampai sekarang ni belajar akaun tak pandai - pandai tau! Menyesal tak sudah jadinya. Huhuhuhu.

Okaylah mari imbas balik apa yang terjadi masa SPM. Dari form 1, memang dah duduk asrama. Bila minggu SPM, ramai pula kawan - kawan yang tak duduk asrama, menginap di asrama. Huh, letih juga nak bagi aman. Hahaha. Yelah kita yang dah biasa duduk asrama ni kira 'fasih' la jugak dengan keadaan asrama kan? Tapi no hal lah. Agak - agak tak ikut piawaian, kita kasi sound la sedas. Ganas ek dedulu? Maklumlah acik kan ketua aspuri!

Time esoknya nak exam BI. Tak ingatlah kertas apa, malam tu my best friend ni ajak study sesama. Okay, kita pun turun la study. Malam tu study sampai pukul 3 pagi rasanya. Jadi bila nak exam tu baru tahu kawan yang ajak study malam tadi pagi tu sakit. Sampai bawa ke hospital. Sungguh tak ada orang bagitahu awal pun. Cikgu - cikgu pun tak nak ganggu kita. Tahu - tahu kawan yang seorang tu dah dibawa ke hospital dan jawab exam dalam bilik kuarantin. Sungguh tak tahu pada mulanya!


Paling tak boleh lupa, malamnya nak exam Sains, budak kat asrama kena Histeria. Huhuhu. Kan dah cakap awal jangan kacau - kacau kawan. Jangan main tutup lampu time orang tengah mandi. So malam tu teruk jugaklah kisahnya terjadi. Al kisahnya Acik Laura macam biasalah, turun study pass isyak. Turun study kat bilik bacaan sensorang. Tiba - tiba dengar lah bebudak yang baru masuk asrama tu bergelak sakan kat bilik air atas. Acik Laura pandang aja dulu. Kemudian dengar ada suara menjerit diikuti suara orang ketawa. Time tu dah tak sedap hati. Apa lagi Acik Laura sound sedas. Lepas tu dengar pulak lagi dorang balas balik. Hadoi! Sekali dengar lagi dorang menjerit. Tak lama lepas tu lain macam pulak jeritannya. Sah ada yang terkena ni. 

Jadi malam tu semua pakat study kat kelas. Fuhhhh... seram weh. Kawan yang kena tu teruk juga keadaannya. Tak mahu lah ingat.

Kemudian tibalah masa paper Sains Tambahan. Paper ni kira macam target lah nak dapat A. Sekali dapat kertas soalan. I was like... Apa kebenda ni? Selak satu muka surat, pun tak tahu nak buat. Selak lagi muka surat pun tak tahu. Dugaan betul. Macam blank. Serious. Muka dah nak jadi hijau dah masa tu. Kemudian, kerling orang depan, orang depan pun geleng kepala. I was hmmmm.... akhirnya ambil masa bertenang. Duduk diam sekejap. Kemudian mula semula setelah membaca segala doa dan ayat - ayat hafalan. Dapatlah buat sikit demi sikit. Sambil - sambil jeling kawan kiri kanan jugak! Hahaha.

Kemudian paper Ekonomi Asas. Ini pun paper target A. Target 1A lagi sebenarnya. 1A = A1 = A+. I dont remember dia ada Kertas 1 dan Kertas 2 tapi I can remember it had 2 sections. 1 for multiple choice questions and another one for essay questions. So I guess memang ada dua kertas. Kertas 1 Alhamdulillah rasanya dah habis semak dah semua. Kertas 2 pun rasanya dah buat betul - betul dah. Seeloknya habis exam, terus dipanggil dek my ayahanda aka cikgu ekonomiku aka warden asramaku. Duduk la dengan dia semak satu - satu jawapan. Memang dia pesan tanda jawapan dlm kertas soalan. Dan hasil semakan cikgu membuat kesimpulan bahawa Kertas 1 (Multiple choice questions) salah 1 soalan. Yang lain betul. Dan soalan yang I jawab salah tu, cikgu kata soalan mudah je. Orang lain boleh tanda betul. Entahlah, mungkin over confident kot. Kertas 2 (essay questions) cikgu kata in shaa Allah betul semua melalui short steps atau pon keypoint yang I sempat tulis. Cuma cikgu kata doa agar apa essay yang kita tulis tu seperti yang dikehendaki. 

Paper paling azab? Add math. Yang betul - betul boleh jawab pun tak banyak. Ku berdoa agar cukup - cukup kredit je sebenarnya. Alhamdulillah dapat result, lulus sahaja. Tak kredit, Huhuhu.

Paper paling senang mengikut turutan:
1. Ekonomi Asas
2. Sains
3. Matematik (Modern Math)
4. BM
5. Sejarah
6. Agama Islam
7. BI
8. Sains Tambahan
9. Add Math


Tips Acik Laura nak bagi ni:

1. Malam exam, jangan nak pulun habisan - habisan. Ni sepatutnya buat dari awal tahun. Malam exam, kita review je mana yang penting. Ulang baca point - point penting. Dan jangan study terlalu lewat. Cukuplah kalau mula lepas Isyak sampai paling lewat pun jam 2 pagi. Berhentilah.

2. Sembahyang. Sempatkan masa untuk baca Al - Quran

3. Jauhi anasir - anasir tak elok atau aura yang tidak baik. Jangan gaduh dengan kawan - kawan apatah lagi gaduh dengan cikgu - cikgu. Be positif.

4. Study ikut kemampuan. Jangan ikut orang. Dan kalau tak ada orang nak teman study, SILA study sorang - sorang. Inikan korang punya peperangan. Jangan mengalah. 

5. Masuk dewan exam dengan niat yang betul. Nak belajar kerana Allah.

6. Tenangkan diri. Yakin. Korangkan dah usaha?

7. Bangun awal setiap pagi sebelum subuh dan buat recap sikit. 

8. Janganlah nak semak - semak jawapan dengan kawan - kawan kalau korang jenis yang tak tahan stress. Karang ganggu pulak yang lain. Dalam kes Acik Laura diatas, ekonomi asas tu macam makanan, I confident I boleh jawab dengan baik. Jadi bila ayahanda kata acik laura salah jawab 1 soalan objektif, Acik Laura okay aje. Tapi untuk subjek yang Acik Laura tak yakin sangat seperti add math ataupun sains tambahan memang Acik tak pandang dah question paper itu. Tak berani nak ruin mood. 

9. Jaga pemakanan anda. Kesihatan anda amatlah diperlukan masa ini. Elakkan bersukan yang ekstrem. 

10. Study. Kalau tak usaha, tak kemana pon. Okeh?

Ni Acik Laura nak share gambar - gambar waktu sekolah dulu.. Jangan terkejut ....


Bersama Ayahanda = cikgu ekonomiku = warden asramaku


Kanak - kanak riang dalam dewan exam


Sebahagian rakan sekelas. 


Kurus sangat waktu ini!!!! Sila nangis berganda - ganda wahai Acik!


Adik - adik SPM sekalian,
Usaha yang terbaik. Keputusan tu belakang kira.
Man Jadda Wa Jada

Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Nice tips acik...
    Tajam betul ingatan acik... saya dah lupa mcm mana kejadiaannya masa ambil SPM... Tak dapat nak recall pengalaman 19 tahun lepas...
    Saya ni bukan jenis kaki studi... Pukul 10 mlm dah kena masuk tidur... Perangai tidur awal ni terbawa bawa hingga habis uni dan hingga skrang pun.... hahaha... Tu yg kwn2 jeles... tak pernah nampak sy study, tapi mereka pelik mcm mana boleh skor... Doa mak dan ayah kot.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Ingat peristiwa penting shj. Ya doa mak ayah la afdhal. Saya percaya itu juga

      Delete
  2. mana gmbr kurus yg skrg makk ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu. Skrg kembang berganda2. Entah bilalah boleh kurus. Hehehe.

      Delete