Assalamualaikum.
Semoga dalam rahmat Allah hendaknya.
Selamat berpuasa semua. Dah masuk 1/3 yang terakhir sudah.
Acik laura tiada lain, kebizian yang tiada berpenghujung.
Hujung Mei ari tu, sibuk dengan pendaftaran pelajar baru. Kemudian, macam2 la programnya yang kena handle. Projek dtg tiba2 pun ada. Weekends mmg tiada langsung sejak itu. Kerja setiap hari you.
Bila pelajar baru masuk, sebagai ketua unit pendaftaran, acik laura kena handle academic briefing, kena selesaikan proses pendaftaran. Kemudian bidan terjun jap cover tugas yang mana memang memeningkan dan memerlukan acik laura berfikir dgn segera. Segala macam activiti terpaksa ku fikirkan dan kujalankan sementelahan ketua unit hep tiada lalu mem brief daku walau sedikit. Mujurlah dekanku, ketua2 jabatanku amatlah prihatin juga dan membantu Alhamdulillah.
Kemudian, dengan sesetengah program seperti program kerjasama masih belum selesai pendaftaran pelajar barunya, acik laura kesibukan pula dengan pendaftaran pelajar kanan yang beratus2 orang itu. Jadi, mmg kesibukan sedikit.
Sekarang ni dah mula kuliah. Dah masuk minggu ketiga tetapi sungguhlah acik laura punya hal pendaftaran itu belum selesai. This week, kena pantau proses pendaftaran kursus online pelajar kanan pula. This week jugalah macam2 program ada. Esok shj acik laura ada kena attend dua events. Satu tu talk aje. Lg satu tu round table discussion. Huhuhu. Tapi kan, acik laura teruja psl dua2 event esok ni. Cumanya, acik laura terpaksa mengganti kelas. Itu yg x brapa best bila ada program muncul tiba2 begini. Tapi takpelah, nanti bincang semula dgn students kan. Yang penting esok punya event dgn prof dr IOWA Uni ni acik laura ada sedikit teruja.
This week juga, sehabis shj selesai pendaftaran kursus online pelajar kanan, acik laura kena pastikan pendaftaran pelajar baru selesai juga. So that lepas cuti raya, pendaftaran kursus online pelajar baru boleh dibuat pula. Tapi acik laura try buat cepat2. My target adalah hari selasa mesti siap.
Semester ni acik laura mengajar 20 jam seminggu. 3 subjects. Nak tahu ke? Okay ni acik laura share:
1. Principles of management (1 section only)
2. Principles of marketing (2 sections)
3. Organizational behavior (2 sections)
Ketiga2 subject ni adlh untuk program diploma kerjasama UTM.
Dan Jumaat lepas acik laura dan rakan2 sebilik diuji. Tiba2 sahaja Ketua Jabatan masuk. Nervous sebab biasanya kalau ada apa2, we all yg kena ke biliknya di pejabat dekan sana tu. Jadi, apa ujiannya?
We all kena pindah bilik asap. As soon as possible. Tak ke terkejut memasing. Dahlah kena berpisah. Sedih tau. So esok akan mula berkampung dibilik baru. Tempat baru acik laura adalah di dalam bilik ketua jabatan itu. Nervous ai. Hahahaha. Luckily, ada juga students datang bantu kami berpindah. Bayangkanlah bilik lama dulu acik laura duduk sekali dgn ketua unit graduasi dan latihan industri dan ketua unit pemasaran, jadi fail2 unit shj berapa kali kena buat hantaran ke bilik baru. Belum lagi dgn drawers, dgn buku2 maklumlah pensyarah kan. Alhamdulillah sangat ada bantuan students. Untuk rekod, ini pertukaran bilik kali ketiga bg acik laura dan kwn2. Mulanya dulu kat bwh, kemudian naik keatas bln puasa tahun lepas. Puasa tahun ni acik laura kebawah semula yakni sepejabat dgn dekan. Geng bilik yg lg dua org tu plak kena pindah aras sama tp berlainan bilik pula.
Dugaan kan?
Tapi acik laura redha.
Tugas ini acik laura akan jalankan sungguh2. Tak kisahlah kemana jua kami dipisahkan.
Korang,
Selamat mengerjakan ibadah. Ramadhan hampir ke hujung ni. Jom kejar segala peluang yang ada.
Jumpa lagi.
Assalamualaikum.