Ya Allah, lamanya tak 'memblog'. Maklumlah sekarang asyik 'menginsta' sahaja.
Selamat Tahun Baru all.
Anyway, I biasa2 aje. Sibuk sebab kuliah baru mula. Semester ini I masih lagi menjaga hal - hal pendaftaran bagi fakulti I. Semester ini juga I dapat tanggungjawab baru. Semester ini juga, jam mengajar I cecah tahap tertinggi sejak hampir 10 tahun I di sini. 23 jam seminggu. Memang tough.
Kalau lihat jadual mengajar I semester ini boleh tahan pack juga. Monday no class at all. But Tuesday and Thursday I ada 8 hours each. Wednesday, 4 hours and Friday 3 hours class. Fuh! Banyak kan? Tak pe kita try buat yang termampu.
Azam? Biasalah kan kalau tahun baru je ada azam. Entah I bukanlah jenis yang memasang azam sangat pon. Cuma I harap, tahun ini I jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Itu sahaja.
Banjir?
Di Kuantan, belum lagi. Hujan juga tidak kerap dan biasanya sekejap - sekejap sahaja. Tidak lebat. Suhu memang sudah turun sedikit berbanding musim panas hari tu. Doanya, tiada banjir tahun ini di sini.
Anak - anak sekolah I? Sekolah baru buka, I sibuk juga uruskan mereka. Biasalah kan? Tahun ini ada tiga orang sekolah menengah yang I uruskan. Seorang tingkatan dua, seorang tingkatan 3 dan seorang tingkatan 4.
Bahan bacaan terbaru?
Sibuk sangat lately. Membaca agak kurang. Membeli bahan bacaan baru juga tidak. Asyik ulang bacaan yang sudah ada sahaja. In shaa Allah bila dah lega sikit nanti, nak juga pergi bookstore. Memanjakan diri disitu. Tapi I dah siapkan Wishlist untuk gaji bulan ni tau. Hahaha. Sabo jelah. Lepas tu my bonda pon bebel lagi sebab dah tak muat rak nak letak my books.
Laman my bonda?
Meriah.
Nanti I affix pictures.
Macam - macam ada you.
Gambar terbaru?
Tak ada. Sekarang selfie pon jarang. Hahaha. Entahlah sejenis kemalasan atau sejenis penat. Tapi untuk entry ni, I akan letak few pictures to sum up my 2016 journey. So enjoy! Hahahaha.
Your Verdict?
Majlis Konvokesyen Kolej. Bersama my 'kakak sulung'. 'Kak Ngah terpisah dari row
Tu ha 'Kak Ngah'. Tudung sama ngan I. Beratur kat luar dewan sebelah menyebelah tetapi bila masuk dewan, terpisah pulak disebabkan oleh layout dewan.
Hiburan di kampung. Kandang rusa. Bawa Adib dan Nan ke sini. Budak dua orang ni kemain membesar bagai juara cuti kali ni. Tengok tu, kemain lebar muka masing - masing.
Dorang ni memang dihantar ke kampung setiap kali musim cuti sekolah dek mak ayahnya. Masa I nak balik cuti Christmas tu, bonda I mintak belikan seluar track untuk budak dua orang ni. Masa I beli, I macam tak percaya, sebab I rasa besar sangat seluar tu dan labuh. Tapi bila bawa balik, elok aja dengan dorang. Mak ayah nya yang balik cuti christmas tu pun, terkejut tengok pembesaran anak - anaknya hinggakan terpaksa beli baju seluar sekolah baru.
Adib Naqiuddin yang gambar atas tu masuk darjah dua dan Nan yang pakai kemeja hijau ni masuk darjah satu dah. Cepat kan masa berlalu.
Angah I datang ke Kuantan baru - baru ni. Dan my bonda ikut sekali. Jadi dinner haruslah ada nasi. Jadi, kami makan di Super Top Pantai, di Tanjung Lumpur. Disebabkan I alah pada Sotong dan Udang, jadi I paw my brother untuk Ketam ni. Dan I pilih untuk masak Ketam Masak Telur Masin (Salted Egg Crab). Tup2, yang ni paling laris di meja kami. Rugi pula ambil 2 ekor sahaja. Hahaha. Tak pe nanti angah datang lagi, kita paw lagi. Hahaha. Nasiblah ada adik bongsu gini!
See my pembesaran. Hahaha. Hari tu ada kerja di UTM. Kami diberi penginapan di area kampung baru. Sekali luar bilik je ada view KLCC. Apa lagi kasi gambar sekeping.
La ni kan orang duk sibuk keria gula melaka yang viral tu kan. Cuti Christmas ari tu sempena semua adik beradik balik rumah my bonda, kakak I mak nya di Adib dan si Nan tu buatlah projek keria ni dengan assistantnya anak saudara I yang sekarang ni masuk tingkatan 4 tu.
Cumanya sebagai orang Pahang, asal Raub walaupun rumah bonda di Jerantut, kami tetap berpegang pada keenakan gula kabong. Hahaha, Stok sentiasa ada tau. Kuih keria kakak I ni keledek banyak. Tapi sebab first try, Tak menjadi sangat siraan gulanya tu. Tapi kami makan puas hati je.
Family I ni sejenis kuat makan. Kalau semua balik, kami akan discuss siap - siap dah menu untuk dimasak. Time ni biasanya yang paling happy adalah anak - anak saudaralah sebab boleh request nak makan apa. So balik kampung cuti Christmas hari tu, I masak spaghetti bolognese dan buat kek batik dua adunan. My kakak selain buat kuih keria ni dia masak agar - agar. My along chef utama masak ikan patin tempoyak. My kakak ipar pulak masak sup ayam dan buat sambal.
I mula masak kek batik dulu. Dibantu dek anak buah I. Siap Kek batik I, baru mula masak kuah spaghetti. Siap masak kuah, rebus spaghetti. Sekali tak cukup dengan sepaket. Rebus pula another paket. Siap rebus, I tengok my kek batik dah tinggal half. What? Itulah. Seronok tengok orang makan apa yang kita masak kan?
Ini kutipan untuk buat laksam dan masak tempoyak ikan patin. Fresh dari lamanmybonda. Terung telunjuk tu dari 1 pokok sahaja tapi lebat sangat berbuah. Kantan pula dari belakang rumah, Yang kat kebun I tak jenguk pula sebab hujan kan? Kesum pon sangat biak. Ada juga selom.
Satu corner di lamanmybonda. Sayur sawi paling meriah. Bonda kata nak jual dah sebab tak habis makan.
Ini kutipan I mula - mula cuti sekolah hari tu. Lada kampung memang banyak pokoknya. Sekali mengutip boleh dapat sedulang. Jadi, apa yang yg bonda buat adalah, bonda akan keringkan lada - lada ni. Dah kering, blender kering. Buat chili flakes sendiri.
Tomato labu. Sangat meriah. Sekali mengutip, beginilah hasilnya.
Okay, kalau ada insta, leh jenguk my page atau hashtag lamanmybonda untuk tengok hasil - hasil dari laman my bonda.
Okaylah dear. Jumpa lagi. In shaa Allah, jika ada masa dan kelapangan I akan tulis blog lagi.
May Allah bless all of us.
Assalamualaikum.