Sunday, February 4, 2018

5 Hari dan 8 Daerah Bahagian 2

Assalamualaikum semua. Semoga sihat - sihat hendaknya.

I alhamdulillah. Sudah sihat. Cuma sekarang pening nak fikir sebab nak cover tugas - tugas yang tertangguh. Tak mengapalah. I kayuh perlahan - lahan ye.

Okaylah mari sambung sikit kisah 5 hari dan 8 daerah itu.

D: Sempat juga balik kampung Raub.

Asalnya bonda memang nak ikut I ke Raub. Tetapi sebab kesihatan bonda masih lagi tidak berapa okay jadi bonda kerahkan I dan kakak sahaja balik sekejap ke kampung. Bonda risau betul dengan jumlah bayaran Khairat Kematian bagi bahagian arwah abah. Memang dari dulu arwah abah masuk bahagian Khairat Kematian bagi kampungnya. Jadi, selepas arwah dah meninggal, bonda yang sambung bayar. Sudah banyak kali bonda hendak ke kampung tetapi kesihatannya menghadkan dia.

Jadi, alang - alang I ada urusan kerja di Raub, bonda mintak I pergi ke kampung. Jumpa wakilnya. Bukan orang lain, adik seguru arwah abah yang kami panggil Pokde. Memang tidak ada kaitan saudara tetapi, sudah dianggap bagai saudara sendiri.

Rupanya, bayaran bagi bahagian arwah abah masih cukup lagi. Tetapi I dahulukan sahaja dahulu bayaran seterusnya. Iyalah, bukan senang nak dapat peluang balik ke kampung kan.

Alang - alang dah balik kampung ni, I bawalah kawan I tu ke sungai. Hari dah lewat petang. Jadi sekejap sahaja kami di sungai. Dapatlah ambil gambar sekeping dua.


Gambar my dear friend. Sebenarnya banyak tarikan di kampung I ni. Air terjunnya indah. Sungainya berbatu - batu. Airnya sejuk.  Sebut sahaja nama seperti Pulau Chekas, Lata Jarum, Lubuk Semak, atau yang glamour sedikit Tanah Aina, semuanya di kampung I ni. 

Gambar diatas ni kami ambil di Pulau Chekas. Tempat berkelah dan mandi - manda. Sepanjang sungai ni banyak chalet disediakan. Pilih sahaja yang mana - mana korang berkenan. Lokasinya tidak jauh mana. Hanya lebih kurang 30 minit dari Bandar Raub. Ni I ada ambil video. Silalah tengok.




E: Ke Cameron Highland

Okay, ini namanya kerja gila. Pergi Cameron Highland balik hari. Asalnya memang nak balik terus ke Kuantan tetapi terasa juga nak jalan - jalan makan scones. Jadi seawal 7.30 pagi, kami pun gerak ke Cameron Highland dari Raub. Sampai Cameron dalam pukul 10 pagi. Kami terus pergi ke Bharat Tea di Kuala Terla. Oh dah banyak perubahan. Ada tarikan terbaru. Boleh naik ATV dan jip untuk mengelilingi ladang teh. Tapi sebab kami berdua sahaja, sudahnya kami panjat sendiri ladang teh itu. Memang dah plan nak minum teh disini. 

Ladang teh Bharat di Kuala Terla ni best. Park je kereta dan terus sahaja masuk ke ladang teh. Tidak seperti di Hentian minum sebelum tanah rata tu. 



Perasaan bila dah sampai atas ni happy sangat. Ladang teh ni memang sentiasa memanggil - manggil untuk datang lagi. Hehehe.

Selepas dah minum teh di Bharat Tea, kami ke Lavender Garden. Wah sini pun dah lawa. Banyak bunga. Geram. Rasa macam semua tempat nak bergambar. Tapi orang ramai. Mula - mula pelik juga kenapa ramai orang? Sebab hari tu hari Rabu. Bukan weekend. Lepas tu baru teringat orang KL cuti dua hari kan sebab Thaipusam dan Hari Wilayah. 




Lawa kan warna purplenya? I selalu panggil bunga begini bunga kangkung. Sebab bunga kangkung kan bentuknya begini juga. Hahaha.


Bukan snow white dan orang kerdilnya.. ini snow pun tak de, panas gat gat. Lepas tu white pun tak de. Muka terbakar sebab allergic. Teruk lak tu. Huhhuhuhu. 


Bunga daisy. Oh macam - macam warna ada. Tapi I tertarik pada warna oren kekuningan ni. Allah lawanya. Ni tak edit ye. I ambil gambar ni tak guna filter pon. Geram you!


Ni pula yang versi dah kembang. Allah, cantiknya. SubhanAllah.


Selain tu, I tertarik pada daisy warna kuning ni. Kalau bunga, I lebih suka pada yang berwarna kuning. Jadi tentulah daisy ni sangat - sangat membuat I rasa bahagia.



Kasi canlah kan. Hahaha. 

Selepas kami puas di sini, kami pun decide cari strawberry. Waktu tu pun dah tengahari. Jadi kami decide nak makan scones. Jadi, lokasi seterusnya adalah ke Taman Sedia. 

Kalau ke taman sedia, I suka ke KHM. Bagi I lokasinya lebih selesa. Dan scones nya sedap. Hehehe. 

Nak tengok scones yang jadi menu makan tengahari kami?


Sedap dan mengeyangkan. Makan sebiji pon dah rasa kenyang. Serius, I makan satu sahaja. Selebihnya makan masa otw balik dalam kereta. 

Di KHM ini jugalah kami beli strawberry. Beli 10 paket. Total RM 70. Bolehlah.  Kira - kira jam 2.45 petang, kami mulakan perjalanan balik ke Kuantan. Singgah sekejap di Raub dan teruskan perjalanan ke Kuantan. Sampai rumah Kuantan dalam pukul 9.30 malam. Fuh!!! Gigil you! sebab I drive sorang dari Cameron Highland. Dan penangannya, hari Khamis tu I demam. Memang gigil lah. Tengah - tengah hari boleh berselimut bagai. Hari Jumaat tu masuk opis sebenarnya tingtong lagi. Tapi pergi jugalah bengkel dan event petang tu.


F: Melawat pelajar

Okay, inilah sebenarnya lawatan kerja I ke Temerloh, Maran, Raub dan Lipis. Melawat students yang sedang menjalani tempat praktikal


Bahaguan Penguatkuasaan, Majlis Daerah Raub


Jengka Motors Sdn. Bhd. (Perodua Jengka)


Bahagian Pentadbiran, UiTM Jengka


Pejabat Daerah, Tanah Raub


Majlis Perbandaran Temerloh


Lupa nak ambil gambar dengan student haha. Di Pejabat Agama Islam Daerah Lipis. Seronok student tu. Siap ikut ops lagi. Tak apalah, pengalaman kan?


Ini kami, di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub. Masa ni masih awal pagi. Lokasi pejabat ni pulak atas bukit. Ni bergambar kengkonon nak bagi nampak kabus tebal kat hutan sana tu. Hehehe.

Ada seorang lagi student yang I visit. Dia buat praktikal di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Raub. Yang ni memang lupa betul - betul nak ambil gambar. Mungkin sebab lewat dah kot. Entah lah.


Okaylah, itulah sahaja kisah outstation baru - baru ni. Coming week ni tak kemana - mana. Cuma tulah ada dua perjumpaan dengan MD. Hari selasa dan Jumaat. Isnin dan selasa berikutnya pula, outstation ke KL pula. Doakan ye, agar dipermudahkan segala urusan. Doa juga kesihatan baik sepanjang bertugas ni. Doakan juga kesan terbakar akibat allergik di muka ni cepat hilang. Hehehe. Alergik dengan udang. Dua tiga hari sebelum outstation kemain makan sambal belacan, air asam bagai, mee ada udang kering semua. Lepas tu mulalah muka tegang, naik ruam, lepas tu macam pecah. Kena air kemain pedih. Lepas tu menggelupas. Lepas tu lekat kesan hitam. Arghhhhh, geram eh! Tapi salah sendiri. Dah tau sejenis allergik pada benda alah tu, nak juga makan. Padan Muka!!!
Hahahaha. Bertabahlah. Tapi kali ni memang teruklah. Biasa tak macam ni. Kalau menggelupas pon tak de la teruk mana. Tu yang berani jugak makan udang, belacan atau seangkatan dgnnya. Lagi satu, I rasa I alergik jugak dgn Budu lah. Sebab makan juga last week, terus naik gatal - gatal. Lepas tu, memang kena pantang cukup - cukup lah.


Eh, bebel pulak. Hahaha. Sorry guys. 

Okay, ada cerita I tulis lagi blog ni ye. Kalau tak ada entry baru tu, faham - faham jelah. I busy lah tu. 

Happy sokmo guys!!!
Jaga pantang masing2
Think positive!!!
Jangan malas - malas. hahahaha.

Assalamualaikum



2 comments:

  1. Wah!! Banyaknya cerita! Ada juga follow kat ig tapi tak sempat nak tanya khabar.. tak sangka pulak yg ke cameron tu cerita benar.. ha ha! Ingatkan trobek..Bertuahnya zura kali ni.. dimurahkan macam-macam rezeki espc dapat mengeratkan silaturrahim semula bersama mereka yang dah lama tak jumpa kan!.

    Thanks zura gi visit students.. ramai pulak tu kali ni.. lenkali minta tolong lagi ye.. he he

    Tapi jelesnya dapat naik ketapi dan ke CH lagi.. ha ha! Nanti kena naik ketapi juga dengan kids satu hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kakak dimurahkan rezeki dan dipertemukan dgn orang2 yg dah lama sgt tak jumpa. Mmg excited.

      Ala okay je kakak pergi LI Visit. Leh lari dr opis jap. Hahahha. Next semester nak cover area sini lagi tau. Hehehe. Supaya boleh naik keretapi lg. Hahaha.

      Ke CH tu mmg plan terjah. Mmg la ada merancang tapi tak sure nak pergi atau x. In fact mmg memula x jadi pergi tapi entah last minutes decide nak pergi. Tapi skrg jalan sg koyan - CH tu ada tanah runtuh. Teruk gak tgk kat fb.

      Jom2 bawak addin addinies naik keretapi.

      Delete