Apa khabar semuanya? Moga baik - baik sahaja.
Lama kan tak update. Biasalah tiada kisah menarik pun. Hanya rutin. Ay.at cliche nya adalah kesibukan. Hahaha. Macam biasalah. Dah penghujung semester.
Okay, ni I share few things. Kisah - kisah biasa.
TOF aka Sport Week
Setiap tahun kolej akan anjurkan sukan antara fakulti yang mana menggalakkan para pelajar bergiat aktif. Jadi our faculty pon macam biasalah menghantar wakil dalam pelbagai acara. So kami pon support sahaja.
Masa ni hari kedua TOF. Fakulti dapat warna oren sebagai warna rasmi. Jadi ramai - ramailah berbaju oren sepanjang TOF tu. Baju ditempah khas. Sebab nak nampak seragam. Boleh lah kan.
Ini pelajar Diploma Pengurusan Teknologi, Semester 2
Ini pula pelajar Diploma in Marketing. Semester 2 juga. Semuanya ada subjek dengan I semester ini. Oh ya, dorang ni tengah exam sekarang. Harapnya paper 1, Foundation of Marketing Management tu dorang boleh la jawab dengan baik. Aamin.
Ini pula sebahagian pemain untuk fakulti. Kejadian ini pada hari pertama TOF. Dorang ni main macam - macam acara. Futsal lah, Bola sepak lah, Bola Tampar lah, Ping Pong la. Semua dorang balun. Bila ada game serentak, mulalah cuak. Lepas tu, main sesuka hati dorang rotate.
Oh, sorry, I lupa nak ambil gambar pemain perempuan. Sebab first day tu tak ada game untuk perempuan.
Lepas tu, masa hari kedua, team perempuan main, I memang sampai lupa nak ambil gambar. Sorry ye. Hahaha.
Ni sebahagian geng pensyarah yang turun memberi sokongan pada hari pertama. I pakai jersey pemain waktu ni. Hari kedua tu baru I pakai T- shirt fakulti seperti kawan - kawan I tu. Yang kat belakang mengendeng tu students final semester. Hehehe. Pantang betul dorang ni!
Mastura our intern from KUIPSAS tamat praktikal setelah 5 bulan bersama kami. Jadi kami pun buatlah acara makan - makan. Hahaha. Macam - macamlah menu yang keluar. I mula - mula susah juga nak fikir, nak bawa apa sebab masa tu I sedang sangat kebizian siapkan coppa untuk MBA. Allah tak terkejar. Tapi akhirnya I buatkan spaghetti sahaja.
Mastura pula beri hadiah buat fakulti. TQ ye.
Antara menunya. Actually banyak lagi tapi ini sahaja yang sempat diambil gambarnya. Sedap... Musnah diet I hari itu.
Menu Diet I
Okaylah sejak sebulan lalu, I pon mula diet. Ni I nak share je menu - menu masakan I.
Gigih jugalah bangun pagi - pagi memasak. Ari tu balik kampung, I beli ikan talapia Sungai Pahang 10 ekor saiz tapak tangan. Boleh lah. Lepas tu, sampai tak tahu nak masak apa. Hehehe.
Kena gigih. Kurang garam dan gula. I cuba untuk ambil langsung gula putih. Ganti dengan buah. Kalau breakfast, I biasanya akan buat oats shake dan overnight oats. Tapi I bukan expert. I cuba - cuba sahaja dengan bantuan kawan - kawan di pejabat.
Hasil selepas sebulan? Not much. Cuma, lebih segar. Dan bila pakai baju, rasa longgar. Itu sahaja. Doakan ye.
Cerita macam - macam
Tak ada apa pon. Share jelah gambar dalam iphone ni.
Hari tu ada Mock Interview untuk final sem students. I jadi panel. Tapi tidak menemuduga dorang - dorang ni. Ini sebahagian sahaa daripada pelajar Diploma Pengurusan Teknologi yang akan menjalani Latihan Praktikal pada semester depan. Yang lain - lain tu tak dapat dikesan dah. Yelah dah lewat pon waktu ni.
Sekali tengok, kemain smart masing - masing. Kalau bab bergaya bagilah pada mereka ni. Memang pandai sangat. I hari tu menemuduga pelajar Diploma Pengurusan Perladangan. Tak ada la pakai smart sangat. No blazer. Tapi dorang ni, kemainlah dengan blazer bagai lelaki dan perempuan. Biasalahkan, budak business.
Ni mentee I. Bergambar dengan si cantik terasa cantik juga. Hahaha.
Okaylah. Itulah sahaja. Cerita macam - macam ni. Next week in Shaa Allah I update lagi sebab sekarang telah merancang untuk buat dinner dengan students. Ada cerita, nanti I share.
Pasal update dari Laman My Bonda, nanti ye. I tak balik. Dah hampir dua bulan ni. In shaa Allah, kalau I balik kampung dalam masa terdekat ni, I akan update.
Okaylah...
See u again.
May Allah bless