Apa khabar semua.
Maaf jika tiada cerita baru kebelakangan ini. Blog sudah jadi sunyi sepi. Sungguh tidak menyempat. Banyak sangat cerita hendak dikongsi sebenarnya.
Ayuh, dengan bulan Syawal yang masih berbaki beberapa hari ini, kita layankan aje alkisah raya di rumah bonda I kali ini.
Raya indeed was blast. Kami sambut sederhana seperti setiap kali.
Tahun ini I mula cuti beraya pada 27 Ramadhan. Hari Sabtu, 1 Jun 2019. I gerak sesudah subuh dari Kuantan. Singgah di Bandar Jengka ambil anak saudara yang sulung. Kemudian langsung ke Pasar Panas Jengka. Hajatnya nak mencari tudung untuk anak - anak along tetapi macam - macam pula yang didapatkan. Angah ada berniaga juga di Pasar Panas, maka kami tiba - tiba jadi jurujual tambahan.
Sesampai di kampung, tiada apa yang berlaku sangat. Keesokan harinya, 28 Ramadhan, I berhasrat nak buat kuih raya. Mulanya nak buat dua jenis iaitu Biskut Kacang Mazola dan Biskut Chocolate Chips. Semangat sungguh ni. Tetapi hanya Biskut Kacang yang menjadi. Allah bagi I rehat. I tiba - tiba mendapat sakit perut teramat sangat. Sakit di bahagian kanan perut. Nak berdiri pon tidak boleh. Jika duduk, sakit memerit itu akan hadir between 10 - 15 minutes. Sakit perut ini berlarutan hinggalah hari keempat Syawal.
Alhamdulillah tahun ini, ramai sanak - saudara mengunjungi kami. Hari Raya Pertama, keluarga Mokde dari Negeri Sembilan datang. Hari Raya Kedua pula, sepupu I dari Negeri Sembilan juga datang. 2 keluarga. Kemudian lebih kurang sama sampainya sepupu - sepupu I itu, datang pula keluarga angkat I ke rumah. Laman rumah penuh kereta. Dan rumah penuh dengan orang. Memang meriah. I kerjanya didapur. Walaupun sakit, I tak layan sangat. Bonda sampai bukakan dapur duduk untuk I memasak sambil duduk. Sakit usah katalah. I tak boleh berdiri sangat. Ia datang dengan pakej diarrhea. Pedih perut. Sakit mencucuk - cucuk, kemudian ke tandas la I. You all bayangkanlah 7 hari begitu, seksa kan?
Raya ketiga, masih ada saudara mara berkunjung. Ada pula kejutan bila sepupu dari Negeri Sembilan juga datang tanpa sebarang notis. Terkejut berganda - ganda jadinya.
Jadi, bila #teamrayonogori datang ke Pahang, #teamrayapahang masakkan lah gulai tempoyak ikan patin. Seperiuk besar kami masakkan. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dan cerita.
Tahun ini menurut bonda, tahun kita beraya di Pahang sahaja baik raya puasa atau raya haji. InshaAllah tahun hadapan, kita pula membalas kunjungan ke Negeri Sembilan. Ramai sebenarnya saudara - mara di sana. Iyalah, arwah nenek I kan orang sana. Jadi bonda dah kata, InshaAllah tahun hadapan kita reservekan beberapa hari untuk beraya di sana. InshaAllah.
Tahun ini, walau dalam sakit, I dapat juga memasak rendang dan daging dendeng. Cumanya tugas hakiki I iaitu mesin kelapa setiap kali menjelang raya, terpaksa I serahkan kepada along I. Huhuhu. untuk gulai patin tempoyak, I sediakan bahan - bahan asasnya sahaja. Along I mixedkan everthing. Kemudiannya Along serahkan I memasaknya. Masak gulai tempoyak sebenarnya tidaklah rumit mana. Tidak perlu kerap dikacau. Hanya perlu tahu sukatan asam tempoyaknya, ladanya dan awas - awas seperti daun kesum, bunga kantan. Itu sahaja.
Kami juga sediakan kuah lodeh, ketupat, mee kari untuk menu raya. Malam Raya Pertama kami dan jiran anjurkan BBQ. Chef perapan tentulah kak de I. I pula diberi tugas masak spaghetti. I masakkan spaghetti bolognese sahaja. Alhamdulillah, berjaya dan seronok juga berkumpul bersama jiran - jiran. Dengar katanya, aktiviti BBQ bersama jiran ni akan jadi aktiviti wajib untuk menghuni barisan pertama (melibatkan 5 buah rumah) di Jalan Tilan setiap kali raya atau cuti panjang. We'll see. I okay sahaja.
Nak tengok gambar raya?
Scroll bawah ye
Cousin. Kakak dua orang ni, memang favorite adik berdua tu.
Keluarga Kak De. Kisahnya, pagi raya sang ayah tengah bersiap. Nampak songkok ayahnya dah berlilit reben, dorang empat orang pon hendak juga. Mencarilah emaknya bunga - bunga telur yang ada kat rumah tu lalu jumpalah reben putih juga, Tu yang semua ada songkok berlilit reben putih. All boys weh!
Masa ni Angah dah nak balik dah. Gambar ni diambil oleh anak angah yang sulung. Ye korang, terselah wajah makcik dapur tu kan pada gambar I. Tulah uniform sepanjang raya sebenarnya, Sesekali je dapat berbaju raya.
Beraya di rumah jiran sebelah rumah.
Family Along I. Cukup ahli tahun ini. All grown up dah anak - anak along ni.
Keluarga Mokde I. Pak uda I tu rupanya lepas nenek I meninggal hari tu, kesihatannya merosot juga. Pokde sekarang mudah lupa. Jadi, nak gembirakan hatinya, Mokde dan anak - anak bawa berjalan.
4 beradik ni, memang banyak ragam lah.
Ni pada Hari Raya kedua. Sepupu - sepupu datang dari Gemencheh Negeri Sembilan. Lama sangat tak jumpa. InshaAllah tahun depan, kami berbalas kunjungan pula.
Rupa makcik dapur betul I. Hahaha. Masa ni baru siap memasak seperiuk besar tempoyak ikan patin. Baru sempat menjengah tetamu yang hadir. Ni keluarga angkat I. I pernah bagitahu sebelum ni pasal keluarga angkat I ni. Asalnya kak de I yang diangkat menjadi anak angkat keluarga ni. Kemudian, family kami datang melawat keluarga sebelah sini. Ketika itulah jadinya. Semua adik beradik I jadi anak angkat keluarga ni dan semua anak beranak keluarga ni jadi anak angkat family I. Kalau tak silap I, ikatan tu mula ketika I di Tingkatan 2. Alhamdulillah, through ups and down kita bersama.
Kawan office yang kebetulan balik raya di kampungnya yang berdekatan dengan kampung I datang beraya.
Angah I dan abang sepupu I, abang Rizal, Yang ni yang datang mengejut tu. From Gemas, Negeri Sembilan. Dua buah kereta datangnya. Lama dua sepupu ni tak berjumpa.
Ni Kak Nora, anak Mokde yang kedua. Sepet overboard eh kitorang? Sepet tu gen keluargalah. Dah 5 generasi yang sempat I jumpa ni, semua sepet tau!
Okay, ni I share some pictures ketika sambutan Hari Raya di office I. Ianya potluck raya. Fakulti I punya menu adalah Roti Jala. Lain - lain makanan adalah meehoon goreng, rendang ayam dan daging, nasi impit kuah kacang, nasi briyani, laksa pahang, laksa penang, dan mee kari serta lemang dan ketupat serta kuih - kuih raya. Makan memang syok tetapi perut I tak tahan. Esoknya, berulang ke toilet pula. Hehe.
My best buddies. Kakak - kakak cantik saya.
Orang kuat fakulti hari itu. Pakai lawa - lawa tetap jadi makcik dapur dan penggerai. Nasib badan.
Sekeping selfie dengan our Chairman. Wanita hebat ni, Tan Sri Noorul Ainur.
Okaylah semua, Raya was blast. Alhamdulillah.
Semoga disempatkan dengan Ramadhan dan Syawal lagi tahun hadapan. Aamiin.