Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Saja nak share di sini. Biar nanti jadi kenangan. Boleh rujuk nanti.
Berkawan dengan orang yang sukakan kucing, kita sekali ikut suka. Betul kan?
Sebenarnya I suka sahaja kucing sebelum ni. Cuma, sekadar suka. Kalau jumpa beri makan. Belai - belai sikit - sikit sudah. Tak pernah jaga, bawa masuk rumah, tidur sekali, Tidak! Macam betul - betul jaga itu tak pernah. Apatah lagi concern pasal kehidupan kucing.
Sekarang pun I tidaklah jaga kucing macam really jaga. Cuma I dah mula concern tentang kucing. Mudah tersentuh hati bila tengok kucing dimana - mana. Dah mula jatuh sayang pada kucing - kucing yang dahulunya hanya datang makan sahaja. Dan mula rindu akan kucing - kucing di rumah emak mahupun kucing - kucing di rumah sang kawan.
I diperkenalkan dengan Zarra sejak awal Julai tahun 2019. Dikongsikan videonya oleh sang kawan. Berjalan terkedek - kedek. Masih terlalu kecil. Entah mengapa, cepat sahaja hati I jatuh sayang pada Zarra yang semacam Zorro wajahnya bak kata si tuannya itu. Itulah sebabnya dia menamakan kucing itu Zarra. Zarra ini kucing datang. Tiba - tiba datang mengiau mencari ibu. Mulanya I tak berapa berkenan dengan nama Zarra yang dipilih. Sebab I rasa nama tu terlalu feminin. Tetapi tidak pula I menidakkan pilihan sang kawan. Dia berhak sepenuhnya.
Setelah sebulan, sang kawan memberitahu, nama Zarra sekarang sudah jadi Baby. Kerana anak buahnya yang masih kecil tidak pandai menyebut perkataan bermula huruf Z. Lalu Baby pon Baby lah, Kebetulan dalam 9 beradik, Zarralah yang kecil.
I jadi mudah rindu dengan Baby Zarra. Mujurlah sang kawan kerap kali berkongsi gambar atau video keletah Zarra dengan I.
Dan pagi ini, Baby Zarra dikhabarkan oleh tuannya kepada I, sudah melahirkan lima ekor anak. Kasihan sang kawan. Pening dia. Haha. Sekarang dibawah jagaannya ada keseluruhan 16 ekor kucing. Allahu... Banyak rezeki you, dear!
Okaylah layan gambar ye.
2 ekor nampaknya ikut warna si ibu. 2 ekor lagi celoreng - celoreng. Seekor lagi tu seperti mixed hitam dan celoreng.
Ini Video pertama yang dikongsi. Berita pertama kewujudan Zarra untuk I. Comel lahai, dia jalan terkedek - kedek kan?
Suka mengigit. Mujurlah si tuan rajin melayan. Kalau I, I jenis seriau sedikit.
Si Baby Zarra ni dari kecil dapat layanan istimewa. Selalu dikelek, dibelai. Malah tidurnya di dalam rumah.
Masa dapat gambar ni, sang kawan bagi caption.
'Muka gangster tapi dalam hati ada taman. Suka pink juga'
Hahaha.
Anak Zarra lima ekor...
Nama apa ye nak beri?
Ada cadangan?