Assalamualaikum.
Salam Ramadhan semua.
Seperti petikan kata - kata PM kita dalam Perutusan Khas sebentar tadi,
Ramadhan kali ini lebih istimewa...
Benar. Bagi saya sendiri, beberapa tahun Kebelakangan ini:
- Sering kali susah benar dapat pulang kampung berbuka dan bersahur sama keluarga. Kerana ada tugas dan kerja perlu selesaikan walaupun pada hujung minggu. Alhamdulillah sudah hampir 6 minggu bersama keluarga. Masa bersama keluarga lebih panjang. Bekerja juga tetapi hanya dari rumah. Tiada lagi urusan kerja di hari minggu. Syukurlah.
- Terawih buat bila mana teringat. Dan tidak letih. Biasanya sendirian sahaja di rumah. Tahun ini inshaAllah mahu consistent berjemaah bersama keluarga. Malam ini sudah bermula. Seluruh isi rumah berjemaah sekali, aduhai dalam hati, sebaknya berbuku - buku.
- Menu sahur dan berbuka amat mudah. Apa yang ada sahaja. Hanya minum nestum 3 in 1, overnight oats, Susu dan oats atau hanya segelas air masak di waktu sahur. Jika berbuka, biasanya hanya 1 jenis masakan sahaja. Saya nyata tidak memilih makan. Itu kisah dirumah sendiri. Tahun ini tentulah lebih teratur dan penuh zat menunya. Namun sebentar tadi, saya telah siapkan sebekas overnight oats. Bimbang di awal pagi perut tidak mahu makan nasi.
- Dirumah sendiri, ada masanya malas bangun sahur. Moga kali ini bila dirumah bonda, tiadalah sifat malas itu.
- Dirumah sendiri, biasanya masa banyak dihabis kerana urusan sendiri atau menonton movie. Dirumah bonda, banyak kerjaan perlu dibuat.
Benar, Ramadhan kali ini istimewa. Dan seperti kata seseorang yang saya panggil Dear, Ia akan jadi istimewa kerana kita sendiri. Tanggungjawab kita menjadikan Ramadhan ini istimewa. Jadi, marilah kita sama - sama memperbaiki diri. Sama - sama menjadikan Ramadhan ini sungguh istimewa.
Selamat berpuasa semuanya.
Moga Allah ampunkan segala dosa kita.
Moga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar.
Moga Allah angkat segala musibah kita.
May Allah bless.
No comments:
Post a Comment