Apa khabar all? Moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.
Hari ni pertengahan Syawal tapi baru nak up kisah raya. Tak apa kan?
Tahun ini nyata berbeza. Kurang tetamu. Hanya seisi keluarga meraikan. Namun, di rumah Bonda, persiapannya tetap sama seperti tahun - tahun sebelumnya.
Ayat keramat Bonda:
'Masak untuk kita. Kita juga yang nak makan nanti'
Maka menu raya tahun ini adalah seperti berikut:
1. Lemang pulut dapatlah dalam 10 batang
2. Lemang tepung dalam 10 batang juga
3. Ketupat segera dua kampit (total of 72 pieces)
4. Rendang Maman Negeri Sembilan style dengan ayam pencen
5. Daging lembu masak dendeng
6. Kuah Lodeh my family style
7. Kuah kacang
8. Rendang ayam.
Fuh! Tapi tak apalah, berkongsi bersama keluarga kan?
Ada sebenarnya tetamu datang. Kawan anak saudara dalam 7 orang. Dan anak jiran 3 orang.
Kuih raya? Banyak. Seperti tahun - tahun sebelumnya. Almost 20 types. Tak tipu. Memang begini sokmo. Ada buat, dab banyak juga yang dibeli kakak Dan abang serta sedekah majikan along.
Tahun ini alhamdulillah seisi keluarga ada. Tak ramai. Hanya 16 orang. Dan keluarga abang dan kakak hanya datang berziarah raya pertama seperti saranan MKN. Mereka tidak tidur bermalam pon.
Tahun ini rancangnya sejak tahun lepas adalah giliran berhari raya di Negeri Sembilan. Bonda dari awal sudah berpesan,
'Jimat - Jimat belanja. Raya nanti nak balik ke Negeri Sembilan beberapa hari. Melawat keluarga di sana.'
Namun perancangan Allah mengatasi segalanya.
Kami VC sahaja dengan keluarga disana. Dan sama - sama makan Rendang Maman yang dibuat masing - masing.
New Normal. Sediakan siap - siap. Depan pintu ni adalah paip laman. Semua kena basuh tangan sebelum masuk. Dan pakai sanitizer.
Anak saudara No. 4. 18 tahun. Baru dapat tawaran sambung belajar dua hari lepas. Alhamdulillah.
Anak saudara No 3, No 6, No 7 dan No 9. Yang no. 3 masih menunggu tawaran belajar. Belum keluar lagi resultnya. Yang no 6 hingga no 9, sejak cuti sekolah bulan 3 lalu, hada di rumah Bonda. Ini rutin bagi mereka. Kerana jika tidak musim cuti, agak susah mereka boleh balik ke rumah bonda. Namun kali ini, alhamdulillah.
Berbaju biru anak saudara sulung. Tak sampai 3 minggu menyambung pelajaran peringkat ijazah di UiTM Jasin, pulang ke rumah bonda. Pihak Universiti minta kosongkan kampus. Sudahnya belajar online sahaja.
Mereka lagi.
Bersama anak saudara No 2 dan No 5. Yang si kakak, sama kesnya dengan si abang sulung tadi. Cuma mereka berlainan kampus. Jika si sulung di UiTM Jasin, si kakak pula di UiTM Shah Alam. Yang No 5 ini, tahun ini SPM.
Baju kami memang sepesen. Kainnya dibeli tahun lepas di NurArfa, Kuala Terengganu. Seluruh keluarga ada. Cuma tak ada gambar lengkapnya pula. Material dari kain batik premium. Kami beli berpasang - pasang dan bermacam warna. Sesekali mahu sedondon dan dimurahkan rezeki lebih tahun lalu.
Tiada kemana - mana tahun ini. Malah ke rumah jiran pun tidak. Hanya bertegur sapa di tepi pagar.
Moga segeralah hilangnya virus Covid 19 ini. Ayuh, amalkan new normal.
Salam Aidilfitri semua. May Allah bless.