Monday, July 27, 2020

Updates

Assalamualaikum. 
Apa khabar semua? Lama tak menulis di sini. Ketahuilah acik Laura kesibukan. Bukan hanya blog yang tidak dikemaskini, akaun social media juga mendapat tempias yang sama. 

Tak apalah kan, janji jalani sahaja hidup yang serba mencabar ini.

Apa ye yang hendak ditulis kali ini? Keluh kesah boleh? Hahaha

Sejak PKP, pihak institusi bermurah hati memberi sedikit kelonggaran untuk bekerja dari rumah. Hingga hari ini masih lagi dibenarkan begitu. Namun kena sentiasa bersedia. JIka dipanggil, perlu ada di pejabat segera. Bermula 29 June, acik Laura dah mula masuk pejabat. Almost every day. Cuma waktunya lebih flexible. Kadang kala 10 - 6, atau kadangkala 9 - 5, atau ada masanya 10 - 2. Begitulah. Sesekali berjumpa sahabat - sahabat lalu ditanya soalan seperti pelik kerana acap benar di pejabat berbanding di rumah. Lalu acik Laura jawab seadanya sahaja. Banyak faktor. Antaranya memang dipanggil. Ada juga masanya perlu mesyuarat. Ada juga ketikanya internet coverage dirumah tidak stable atau memang sengaja mahu ke pejabat kerana merasa tidak productive berada di rumah.

Institusi kami terkena juga tempias 'angin gelap' dibawa oleh Covid19. Kurang sambutan pada pengambilan pelajar kali ini. Namun tidaklah sehingga tiada. Cuma merosot teruk. Maka, semua pekerja perlu standby. Standby dari segi emosi dan perbelanjaan. Acik Laura faham, dalam keadaan begini, semua juga buntu. Dan mungkin itulah sahaja jalan yang ada. Jujurnya, Acik Laura masih boleh rasional dalam hal ini. Walaupun ada insentif dibekukan/ elaun dipotong, kerjanya makin bertambah - tambah juga. Tetapi untuk apa lah sekadar merungut kan? Baik berasional dan cuba bantu. Mudah - mudahan rezeki lebih besar menanti. Kawan - kawan bagaimana pula?

Next, hahaha.
Jumaat lepas adalah ulangtahun kelahiran Acik Laura. Udah tua ye! Namun syukurlah masih sihat. Masih ada pekerjaan. Masih punya family dan sahabat - sahabat yang sentiasa menyokong. Masih punya pelajar - pelajar dan bekas pelajar yang masih ambil berat. Syukurlah. 

Dan oh ya, masih punya guru - guru yang masih mendoakan. Ucapan pertama diawal pagi itu datangnya dari seorang guru Acik Laura yang Acik gelarkan ayahanda. Beliau guru sejarah acik ketika di tingkatan tiga dan guru ekonomi asas di tingkatan 5 selain berperanan menjadi guru disiplin dan warden asrama sepanjang acik Laura tingkatan satu hingga lima. Jangan terkejut tetapi ayahanda memang bersifat begitu. Kasihnya meluas kepada semua pelajarnya. Beliau yang kini berkhidmat di PPD jika sesekali datang bermesyuarat di Kuantan, kerap juga ajak berjumpa dan melayan Acik seperti anaknya juga. Banyak jasa ayahanda dan ummi buat Acik Laura. Hingga kini setelah berpuluh tahun Acik tinggalkan dunia persekolahan. Alhamdulillah syukur dan Acik sentiasa doa buat ayahanda dan ummi serta guru - guru acik yang lain. Moga Allah kurniakan ganjaran syurga buat mereka. 

Menjelang tengahari, whatsapp, messenger dan instagra dm mula meriah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa - doa buat Acik. Acik Laura doakan Allah lipat gandakan rezeki buat kalian semuanya. 

Lain pula ceritanya di pagi Ahad. Ada satu berita duka Acik dan kawan - kawan terima. Terkedu Acik Laura. AllahuAkhbar.

Kami mendapat perkhabaran sahabat yang pernah bekerja sekali di institusi ini telah pulang kerahmatullah sejak 30 Mac yang lalu. Allahu. Sudah lebih 100 hari, barulah beita ini kami terima. Terkesan sungguh. Apatah lagi, banyak juga kenangan dek bekerja bersama. Kami muda belia lagi ketika itu. Masing - masing baru tamat pengajian dan baru mula bekerja. Baru mula mengajar. Banyak halnya dahulu. Namun perkhidmatannya di organisasi kami tidak lama. sekitar 2 tahun sahaja.. Atau kurang kerana mendapat pekerjaan lain di negeri lain. Sejak itu, jarang - jarang sekali beritanya kami terima disini. Dan akhirnya kami terima berita kepulangannya ke rahmatullah pagi Ahad lalu. Allahu. Mohon doakan arwah sahabat Acik ye. 

Raya Haji akan disambut Jumaat ini. Persediaan kawan - kawan? 
Bagi Acik, raya begini adalah waktu berkumpulnya sanak saudara sambil meteladani sirah perjuangan para rasul. Bekorban walaupun perkara itulah yang paling disayangi. Bekorban untuk mempersiapkan diri masing - masing ke alam yang abadi. 

Sambutan rayanya di rumah Bonda sama sahaja dengan sambutan Aidilfitri. Tahun ini bonda sudah merencana menu masakan untuk hidangan dan santapan anak cucu. InshaAllah, apa jua bonda berhajat, kita cubalah bantu apa adanya. 

Jaga diri kawan - kawan. 
Bak seruan kerajaan, kita masih belum menang. 
Sejak seminggu lalu di Kuantan sudah ada lima kes baharu. Jujurnya muncul sedikit trauma dihati. Mall, Acik pangkah siap - siap. Hanya satu mall yang Acik belum pangkah iaitu TMG Mall berdekatan pejabat. Inilah tempat Acik Laura cari barang keperluan dan barang basah jika tidak mahu ke pasar. Merasa juga hendak ke Mydin tetapi mengenang sesaknya ia, Acik diamkan sahaja hasrat dihati itu. 

Sudahnya, membeli atas talian menjadi - jadi pula. Aduhai...


Okaylah sudah lewat malam. Acik Laura mahu siapkan sedikit nota untuk kuliah esok pagi. 
Jumpa lagi ye. 

Moga sihat - sihat selalu.