Monday, June 20, 2022

MENAIKI KERETA API KE KUALA LIPIS

Assalamualaikum..

Moga baik - baik sahaja khabar kalian. 

Baru - baru ini saya telah berjaya lari dari pejabat selama dua minggu. Allahu, lega betul. Hahaha. Alhamdulillah tidak diganggu berlebihan dalam tempoh dua minggu itu. 

Kemana saya pergi dan mengapakah saya hingga ambil cuti dua minggu lamanya? Jawapannya, banyak tempat saya pergi dan saya bercuti kerana sungguh mahu lari dari segala urusan pejabat. Sungguh!

Ceritera cuti saya, saya akan buat entry dalam beberapa siri. Kali ini kita bercerita tentang perihal menaiki keretapi ke Kuala Lipis dahulu ya. Walaupun kisah ini mahu saya kongsikan dahulu, sebenarnya ini aktiviti terakhir sebelum saya pulang ke realiti alam pekerjaan. Hahaha. Back to reality, aceh!

Excited sungguh saya dapat menaiki keretapi ini! Telah lama hajat saya mahu naik keretapi ini. Malah, saya sendiri sudah lama tidak menaiki keretapi. Tolak monorel, lrt atau komuter, saya kira kali terakhir saya naik keretapi antara bandar (intercity) ini mungkin ketika saya berusia 15 tahun! More than 20 years ago!

I still miss the vibes naik keretapi dahulu. Biasanya naik dari stesen Jerantut, turun Gemas vice versa. Dahulu inilah pengangkutannya bila mana pulang atau mengunjungi saudara - mara di Negeri Sembilan. I masih ingat, bila mana nak ke sana, kami anak - anak Pahang ni terus tukar lidah. Masuk sahaja ke kawasan stesen Jerantut, terus tukar loghat Nogori. Walaupun selalu kena gelak jelah dek sepupu sepapat sebelah sana kan, tapi tetap sebab excited. Yelah, dulu - dulu bukan selalu dapat pulang ke Negeri Sembilan. 

So, cuti kali ini, I teringin betul nak naik keretapi. Kebetulan dah ada keretapi shuttle dari Stesen Gemas ke Kuala Lipis vice versa. Dan kerana ada urusan kerja di Jerantut pada hari pengumuman SPM itu, maka, ayuh!

Iya, cuti saya diganggu. Kena juga outstation ke Jerantut walau tengah bercuti untuk urusan 2 hari 1 malam. Huhu. Tidak mengapalah. Kerja mudah. No stress! Jadi setelah sampai di Jerantut, saya sengaja ke stesen keretapinya. Mahu usha keadaan dahulu. Sebenarnya saya dah beberapa hari juga menjenguk website ktmb. Usha jadual perjalanan keretapi dan tambangnya. My first intention adalah nak naik dari Mentakab. Tetapi sebab sudah diarahkan outstation di Jerantut, maka naik dari Jerantutlah.

Memang sekadar nak naik keretapi. Tak ada nak melawat kemana - mana pun.

Mulanya hendak pergi balik hari sahaja. Iaitu naik pukul 1.30 tengahari dari Jerantut dan pulang nanti pukul 4.10 pm dari Kuala Lipis tetapi tiket dari Kuala Lipis untuk jam 4.10 petang itu sudah habis. Jadi setelah berbincang dengan ahli rombongan, kami beli tiket malam. Dari Jerantut, naik pukul 7.19 malam, tidur di Kuala Lipis 1 malam dan pulang esoknya dengan keretapi pukul 10.20 pagi. 

Just wanted to play tourist!

Okay saya ceritakan dahulu perihal keretapi yang kami naiki:

1. Keretapi model DMU yang baru.

2. Ada surau di coach D

3. Cafe di coach A tetapi belum dibuka.

4. Setiap tempat duduk ada plug untuk cas telefon atau komputer peribadi.

5. Beraircond dan cukup selesa.

Nanti lihat gambar - gambar yang saya attached kan.


Soalan paling banyak saya terima dari sahabat handai dan orang - orang terdekat bila mana saya upload story di social media adalah:

- Berapa tambangnya? -

Sangat murah. Untuk satu hala perjalanan Jerantut ke Kuala Lipis adalah RM2.00 bagi dewasa dan RM1.00 untuk kanak - kanak umur 4 tahun ke atas. 

Memang sangat berbaloi berbanding memandu sendiri kan?

Kami malam itu book bilik di Lipis Plaza Hotel melalui agoda dengan harga RM100 termasuk tax. Ada disediakan breakfast tetapi jangan expect lebih sangat. Pilihan menu hanya basic sahaja. Namun, untuk makan, jangan risau kerana berdekatan hotel, banyak pilihan tempat makan. 

Ke Kuala Lipis ini mengundang kenangan sebenarnya. Maklumlah dahulu bersekolah disini. Tetapi bandar Kuala Lipis sendiri sudah berubah. Sudah pesat membangunlah. Iyalah, jauh bezanya dengan 20 tahun sudah kan?

Malam itu, kami dijemput kawan sekolah yang sudah lama tidak berjumpa. Seingat saya kali terakhir berjumpa kawan yang satu ini adalah pada hari peperiksaan terakhir SPM. Allahu bila tu? Mungkin bulan 12, tahun 2000. Maksudnya sudah hampir 22 tahun tidak bertemu dengannya. Sungguh kebetulan. Saya melihat di facebook tengahari itu, dia mengupload beberapa story. Lalu saya cuba reply pada story itu sambil memberitahu bahawa saya ke Kuala Lipis nanti malam. Dan dia membalas segera sambil menawarkan diri menjemput di stesen keretapi Kuala Lipis. Allahu... 

Dan keesokkan harinya pula, my BFF sejak zaman jenayah di sekolah menengah menawarkan diri untuk menghantar ke stesen. Zaman Jenayah ye? Hahaha. Yelah, kami kakak pengawas + Exco Asrama yang nakal! Oh ya, dapat juga berjumpa ayahanda aka warden asrama aka cikgu disiplin kami dahulu.

  Nampak tak circle tu?

- Pengawas sekolah + Exco Asrama + Warden aka Guru Disiplin -

Hahaha. Yelah, walaupun budak jenayah tetapi bukanlah rude. Dan warden aka guru disiplin itu sungguh persis seorang ayahanda. 

Jika bercakap tentang ayahanda ni saya selalu sebak. Banyak sangat jasanya pada saya. Hingga saya dah besar panjang (atau melebar) ni, ayahanda tetap ambil berat. Dia pernah beritahu, he observes my social media. He knows when I'm down. Selalu dia berpesan, dalam apa keadaan, sesekali update social media I tu. Sebab he wanted to know about me. Dia menasihat, menegur dan layan I sungguh baik. Malah walaupun saya dah besar panjang ni, setiap kali berjumpa, ayahanda akan belanja saya makan. Walaupun saya menolaknya banyak kali, walaupun saya membayar dahulu, ayahanda akan marah dan pulangkan semula. Hingga begitu. 

DAN disebabkan I dah nak balik baru call dia, dia datang bebel - bebel tau! Sama macam zaman dahulu. Hehehe. Ayahanda, ayahanda. Sungguhpun begitu saya rasa syukur benar. 

Okaylah, mari sambung bercerita dengan melihat gambar - gambar.




Okay, ni kejadian petang Khamis. Selepas selesai kerja luar daerah petang itu, langsung melawat Stesen Keretapi Jerantut. Haha. Sebab mulanya nak survey sahaja. Nak beli tiketnya online dan sekadar datang nak tengok dimana nak tinggal kereta dan selamatkah?

Diatas ini juga ada jadual keretapi sampai di stesen Jerantut. Cuma dinasihatkan penumpang untuk bersedia 15 - 30 minit sebelum waktu ketibaan. 

Oh ya, selamatkah tinggal kereta di stesen. InsyaAllah selamat. 


Yang menghantar ke Stesen Keretapi. Thank you Abang Lan dan Kak Tie. 


Kasi bergambar sekejap. Masa ni dah nampak keretapi menghanpiri tapi tetap nak bergambar.



Ahli rombongan Acik Laura. Anak saudara dua orang dan mak angkat mereka. Mereka panggil mummy, dengan saya juga memanggilnya mummy. Dan mummy panggil saya Moksu seperti mana anak - anak saudara memanggil saya. Mummy ni guru mereka sebenarnya. Guru Bahasa Inggeris.


Ni yang mengambil di stesen malam itu. My classmate di sekolah menengah. Rasanya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Jumpa semula selepas hampir 22 tahun. Allahu... My friend ni muka tak berubah sangat dan saiznya kecil begitu sahaja walaupun anak dah lima!


Mummy dan Moksu. Masa ni keretapi dah sampai di Stesen Kuala Lipis. 


Mereka anak beranak


Dua beradik ni. Yang kakak tengah cuti semester. Yang adik sedang menunggu keputusan STAM.


Mural di sekitar Stesen Keretapi Kuala Lipis


Mereka lagi. 


Tempat wajib bergambar di Bandar Kuala Lipis. Haha. Anda tahu sejarahnya? Di sinilah bermulanya perkiraan jarak kilometer bagi negeri Pahang. 

This is my BFF. Yang tak besar - besar langsung. Dari zaman sekolah, saiz macam tu aje. Ibu anak dua ni tau! BFF dari zaman Jenayah. Kami sekelas dari tingkatan satu hingga lima. Mula rapat dari tingkatan tiga bersama empat orang lagi. Membentuk group Kappla yang dianggotai kami berdua, Azuan, Saiful, Wati dan Amelia. Enam orang semuanya. 

Kamilah exco asrama yang selalu buat jenayah. Hahaha. Tapi bukanlah Jenayah berat ye. Tapi I akui kami nakal. Selalu juga nama kena panggil, kena rotan dengan ayahanda. Kami dahulu selalu juga dapat hak ekslusif dari ayahanda, bila mana nak ke rumah geng kami Amelia atau nak ke rumah nenek Azuan. Kedua - dua rumah ini bolehlah saya katakan dekat dengan kawasan asrama. Bukanlah depan sekolah tetapi dalam 2km sahaja. Apa hak esklusifnya? Kami boleh pergi ke rumah mereka walaupun minggu itu bukan minggu boleh keluar bagi pelajar asrama. Boleh keluar tanpa perlu pakai baju outing asrama kerana kami jalan kaki sahaja. Boleh pergi ke rumahnya walau untuk sekadar nak lepak - lepak, layan hindustan atau pergi memanjat pokok buah - buahan. Orang lain, jika tidak diambil keluarga, memang tak dapat hak esklusif ini ye. 

Di sekolah I pengawas dan BFF saya ni pengawas perpustakaan. 



Ater, kitakan orang Kuantan.




Kerana saya hanya datang sekejap, tidaklah saya memberitahu ramai orang akan kedatangan saya ke Kuala Lipis ini. Tetapi sedang berbual dengan BFF, terasa teringat nak menelefon ayahanda. Bimbang ayahanda marah jika saya ke Kuala Lipis tetapi langsung tidak memberitahunya. Dan BFF pun kata, cubalah telefon dahulu.

Bila menelefon, seperti dijangka, ayahanda marah. Kerana katanya sudah nak balik baru bagitahu tetapi ayahanda terus datang. Sesampainya, dengan senyum sempat juga ayahanda bebel. Ayahanda kata saya jahat saya tergelak. Namun tak putus - putus mohon maaf. Ayahanda kata, tak kisah datang berapa lama, sekejap atau tidak, sesampai sahaja di Kuala Lipis, atau sebelum itu lagi beritahu ayahanda. Kita pergi makan. Borak - borak. Kumpul ramai - ramai. Dan ayahanda siap bagi tips untuk BFF macam mana nak cakap dengan encik suami lagi. Hahaha. Ayahanda kata lama tak jumpa. Sungguh, saya sebak terus. 

Kami sambung berbual dan bergambar di luar dan dalam keretapi. Banyak sebenarnya gambar dengan ayahanda tetapi biarlah hanya tiga ini saya kongsikan di sini. 

Ayahanda dah nak pencen. Sekarang ayahanda berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lipis sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Ayahanda tak banyak berubah pun. Masih seperti dahulu. 


Acer sekeping di pintu keretapi





Bergambar sakan itu perlu. Ini disekitar coach A dan B ye. Tak sempat ke coach lainnya. Satu jam perjalanan sungguh mengujakan. 

Harapnya dapat naik keretapi lagi. Mungkin mahu ke Gemas, mengimbau kenangan pulang ke kampung di Negeri Sembilan sewaktu kecil - kecil dahulu. InsyaAllah, jika jadi, akan saya kongsikan di blog ini. 

Okaylah, cukup hingga di sini. Jumpa lagi sahabat - sahabat. Moga kalian baik - baik sahaja walau dimana kalian berada. 





2 comments:

  1. dah baca. wow!! sangat menarik!. pengalaman baru untuk kids , dan yang penting, tambangnya murah sangat. Nanti nak explore perjalanan ktm ni , sebab kena plan nak ke mana, stay mana, nak jalan ke mana, parking kereta kat mana. Anyway, tq sharing zura. gambar pun cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kakak. Saya masih teruja lagi ni sebenarnya. Iya, bawa kids tentu mereka suka.

      Bergambar sakan kami kakak. Sampai bateri habis lah. Mujur dalam keretapi boleh caj. Tq kakak sudi singgah.

      Delete