Lama tak mengarang disini. Moga baik - baik sahaja semuanya.
Ada je few entries dalam draft tapi entahlah tak bersambung - sambung.
Dah tahun baru dah kita ye. Makin bertambah usia. Makin besar dugaan yang mendatang, kan?
Alhamdulillah Acik Laura ni baik - baik sahaja. Lately, mengembang banyak pula. Aduilah. Hahaha.
Apa ye nak masuk dalam entry ni?
Tahu kan, yang acik pindah tempat kerja pada Jun 2023. Yang jauhnya 20 - 30 minit perjalanan naik kereta dari rumah tu. Alhamdulillah kerja baik - baik aje. Lebih tenang. Mungkin juga sebab acik Laura masih freshie disini, kan?
Oh ya, bulan 9 lalu, Acik Laura terpilih menerima satu biasiswa untuk enrol one professional cert based from UK. Dan bermulalah pembelajaran selama 30 jam atas talian. Kemudiannya hujung November lalu, kena exam. Allahu, lama sangat dah tak menjawab exam sebenarnya. Goreng seadanya sahaja. Dan awal Februari lalu mendapatlah result exam itu. Syukur alhamdulillah, lulus. Maka, what's next? Hmm... maybe to proceed with another certification program dalam bidang yang sama. But this one, not yet decided. Tengoklah macam mana nanti.
Sekejap je kan masa berlalu. haish, risaulah. Hahaha.
Itu ajelah update kali ini.
okbye.