Thursday, July 23, 2015

Raya Alidilfitri 1437 Hijrah

Assalamualaikum kawan - kawan. Selamat Hari Raya semua. Mohon maaf banyak - banyak ye.

Hari ini hari mula bekerja semula. Mood memang ke laut. Rasa bukan berada je kat office. Layan la update raya Acik Laura dan Keluarga ye. Oh raya, tahun ini seperti selalunya kami sekeluarga berhari raya di Jerantut, Pahang. Tahun ini bonda tidak berapa sihat jadi kami tak kemana - mana pon. Dan nenek di Kedah. Jadi tidak ke Negeri Sembilan seperti biasanya. 

Menu Raya kali ini:

1. Lemang (dibakar malam raya setelah sah esok raya)
2. Rendang ayam dan Daging dendeng
3. Lontong dan Kuah Lodeh
4. Kuah kacang


Tapi 1 je nak complain, kalaulah ada org PAIP baca blog i ni kan. Tolonglah pastikan bekalan air sentiasa ada time raya. Since hari melemang hingga ke hari raya ketiga tak de air paip. Kalau muncul pon tengah - tengah malam dalam 3 jam je. Huhuhuhu. Nangis!!! Nasib la my bonda tu ada menadah air juga dalam besen dan tong tapi apalah sangat simpanannya. Do you feel me? Raya tak air maksudnya apa? Azab tahu tak!!!

Okay, layan jelah gambar raya tahun ini.


My Along dan anak - anak

My Angah sekeluarga

My kakak sekeluarga kecuali anak no 2 nya yang tak mahu bergambar.




Korang perasan tak kitorang punya genetic similarity? Tak perasan? Tengok mata. Gen sepet memang banyak. Ini baru my family, Belum lagi korang jumpa saudara mara sebelah bonda I. Semua sepet tau. I perasan dr my Arwah Atok dan Nenek. Kemudian, adik beradik dorang. Kemudian anak - anak dorang (sepupu my bonda). then cucu - cucu dorang (my cousins, second cousins) kemudian cicit - cicit dorang (my nephews and nieces and cucu - cucu my uncles and aunties). Memang semuanya ada gen sepet ni. My bonda once said, kesepetan ni dr my great grandfather who is a Chinese mualaf. I pernah pergi raya di Segamat, kampung asal my arwah Datuk. I jumpa sepupu - sepupu bonda dan I dapat sahkan dorang pon sepet jugak. I pernah jumpa adik nenek I dan anak - anaknya di Negeri Sembilan, dan I dapat sahkan dorang dan keluarga dorang sepet juga. So I conclude, this is our genetic similarity and this is our family identity.

Okay, sila layan lagi gambar raya.

Sebahagian tetamu

Newest Sepet in Family. 7 months plus. Ammar Zhafran.

The Tupperware collection. Dalam tu kuih raya. 18 jenis? kuikuikui

Bila Moksu, Maklong and lil Amien Zuhaily berselfie



Kanak - kanak riang datang beraya. With my nieces, my along and my bonda. Oh ya kami hidang air anggur ye bukan sekadar air putih seperti dlm gambar.

Eldest Nephew's friends: Haris, Mustakim and Shafiq


Kemudian buah - buah mulai masak. Rambutan dan manggis terutamanya. Rambutan baru menguning kami belasah sahaja.

Dalam kawasan rumah jiran kerana dahan dalam pagar kami masih hijau. Rambutn anak sekolah.


Aksi my along memetik manggis. Pokok manggis ini rendang. Kebanyakan buahnya boleh dipetik tanpa perlu memanjat.

Salak. Bulan puasa hari itu masak serumpun. Yang ini belum masak lagi.

First batch of rambutan gading yang masak. Yang lain masih hijau lagi

Hasil utk bawa balik Kuantan. Rambutan anak sekolah, rambutan jarum mas, rambutan keembong @ cik kembung dan rambutan gading. Tak kelihatan di bawah baldi adalah manggis.

Lagi aksi selfie dari telefon my eldest nephew. Layankan aje aksi dorang sepupu sepapat dan anak - anak dan cucu jiran kami.


Dirumah jiran kami. Rmah kami nun yang nampak kereta warna putih tu.








Raya is a blast. Alhamdulillah. 

Nanti I update tentang Laman My Bonda pula. Maklumlah laman my bonda meriah juga...

Wednesday, June 24, 2015

Self reminder

Assalamualaikum. How are you readers? May Allah bless you always.

As I posted many times in this blog, reading is one of my hobby. I read many materials, from books to magazines, academic reports to dictionaries, articles to comics, novels to proceedings. To be exact, I read all things. All genre. Except something that is prohibited.

Since I started working in early 2007, I've been really committed in buying materials to be read. I can be at bookstores for hours. I indulge to each disccussion of the topic.  If I read novel, I like to imagine myself as the main character. And yes, paper scents are always sweet and awesome.

Recently, I found good books. Books in which each word or phrase written is meaningful. Definitely reading them are time consuming as I need to recall more of the past, analyse the present, and hope for the best in the future.

These books have some common attributes:
1. They are mostly written by young educated authors
2. They emphasis on how one human would become a better person (a better muslim)
3. They discuss current issues
4. They use simple language with examples related to something relevant nowadays
5. They provoke and highlight self development
6. They simply touch my heart.

As they are published to promote a stable and blessed life, I found myself have been far away from the right  path. They help me to relocate myself, the place or state that I should be directed.

Yes, not many but little, these books I read, have shown me the ways how should I develop myself and how should I acknowledge potentials. They also remind me that we in the world are the khalifah and we surely have responsibilities to be carried away.

Syukur Alhamdulillah. Verily, all of us are the best creations yet we seldom forget the real reason why we are sent to this world.

A change is a change even it is little. So dont be too rushed. Change one at one time. The most important is not the speed but the movement. Yes, we are all have flaws but learned from them.

In shaa Allah, sooner or later, the change may spark. Keep on moving. Keep on doing the best of ourselves. Keep on praying for the best. Keep on improving.

Indeed, may Allah bless the authors

Tuesday, June 23, 2015

Bercuti ke Cameron Highlands (Bahagian 5)

Assalamualaikum.

Fuh, kebizian betul. Sekarang pon masih busy. Dan FYI, ni pon masih di pejabat. Sambil - sambil tungguh sistem loading, mari mengupload cerita yang tertangguh.

BTW, selamat berpuasa kengkawan.

Kisah bercuti di Cameron Highlands kita teruskan. Selepas dah puas jalan - jalan di Time Tunnel, Kami decide jom berehat kat Taman Sedia sambil minum teh dan makan scones. Mula - mula nak g memetik strawberry tapi di KHM tak de buah yang boleh dipetik.

Kami pergi KHM.

Rumah besar

Ini di Opah Strawberry Farm. Boleh lah nak merasa self picking kan.



Dah makan - makan dan petik - petik, kami habiskan masa kat area Taman di Tanah Rata. 


Inilah scones dan aiskrim strawberry yang kami makan di KHM. Sedap!!!


Malam tu kami tak ke pasar malam. Tetapi berjalan - jalan di bandar Tanah Rata. Dekat sangat dengan guest house kami. Ambil angin dan makan di kedai berhampiran sahaja.

Alhamdulillah.

Jumpa lagi. Ada kelapangan lagi, I kasi upload cerita bercuti ni sampai habis.

Enjoy Ramadhan, gangs.

Tuesday, May 26, 2015

Little Updates 18

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan2? Semoga sihat2 selalu.

I, alhamdulillah sihat.

Lama kan tak update. I busy sungguh lately. Dan masih busy lagi untuk beberapa minggu lagi.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Sekarang I berdebar nak mengadap our MD. Harapnya tenang sahaja I menjawab semua yang ditanyanya.

Walaupun begitu, I akan usaha lagi. In shaa Allah boleh juga bantu kawan - kawan I. Doa ye semoga semuanya dipermudahkan.

In shaa Allah, sampai masa I akan ceritakan tentang kesibukan I sekarang ni. Mungkin apabila prosesnya sudah selesai nanti.

Stress tu memang ada. Tak tertanggung kadang - kadang. Cuma I harap I mampu bertabah. Mampu nak harungi masa - masa tertekan sekarang. I doa I sentiasa sihat. I doa I mampu hadapi karenah orang yang macam - macam. I harap I mampu bertabah.


Sekarang boleh la I katakan saat getir bagi I dan rakan - rakan di fakulti. Apa jua, kami akan terus bertabah dan paling pentingnya kami akan usaha.

Oleh itu, I harap, doa2lah kami baik - baik sahaja di sini.
May Allah bless..

Sunday, May 10, 2015

Bercuti di Cameron Highlands (Bahagian 4)

Assalamualaikum kawan - kawan.

Lama tak menyambung menulis tentang percutian dikala sibuk itu kan?
Anyway sekarang masih sibuk juga.

Marilah kita sambung cerita tentang kami ke Cameron Highlands baru - baru ini.

Ini kisah kami ke Cactus Point dan Time Tunnel Museum.

Okay selepas dah berjimba di Lavender Garden, kami meneruskan perjalanan ke Cactus Point. Jalan - jalan tengok cactus. Lagipon bukan selalu boleh tengok cactus ya. Anyway, Cactus Point bukan hanya ada cactus tetapi macam - macam pokok ada semua.

Okay, Cactus point ni berdekatan dengan S Corner. Sebenarnya nak pergi Cactus Valley tapi tak jumpa pulak jalannya.

rumput yang dijual RM 5 seberkas

Bunga raya skala besar. Bunganya sama saiz dgn pokoknya.



Unik. Tapi tak terasa nak beli

sorry housemate. Blur pula muka u.

bunga kekwa. Yang ni terasa nak beli sbnrnya.

lawanya. My fav shade of yellow

warna warni. 


sila nyanyi lagu Hafiz tu. Matahari

The S - Corner


 Kemudian kami ke Time Tunnel. I sekejap je dalam ni sebab I boring. Mungkin barang - barang dalam museum tu kebanyakannya bukan barangan zaman kanak - kanak i kot. Entah. Atapun I memang dah datang sini dulu kot. Hehehe. Anyway, mari tengok apa ada dalam Time Tunnel ni.

aceli I tak berani nak duduk atas kerusi tu. 






sapa ada tabung ayam ni dolu2?



toaster zaman dolu2.


Sebenarnya banyak sangat artifak dalam time tunnel museum nie. Tapi ada beberapa perkara je yang I tak berapa berkenan sikit. Tak banyak perubahan. I datang tahun 2013 dan sekarang, sama je keadaannya. Lagi satu di ruang bawah tanah. Gelap. Kurang pencahayaan. Gelap pula tu. Menambah seram. Hehehe..

Okaylah. Stop dulu.

Nantikan bahagian seterusnya. In shaa Allah akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Tada...
May Allah bless.