Tuesday, August 18, 2009

2 Tahun Sudah Berlalu

Esok, 19 Ogos 2009 genaplah dua tahun arwah meninggalkan kami sekeluarga.

Sudah dua tahun rupanya sedang saya masih lagi merasakan arwah ada. Sungguh, perkara ini memang membuatkan saya rasa kurang dewasa. Masih segar dan hangat pelukannya setiap kali kami bertemu. Masih terdengar akan suaranya memujuk dan mengusik saya. Sungguh, saya masih lagi dapat merasa kasih sayangnya pada saya. Cuma saya rindu benar nak melihat senyumannya. Saya rindu benar nak mendengar ceritanya melalui hidup yang sukar. Apajua, saya doakan semoga rohnya berada dikalangan yang beriman.

Arwah memang tiada gantinya dalam diri saya. Walau waktu kecil dahulu arwah jarang ada tetapi saya sayang benar dengan arwah. Walau arwah telah menekankan dan memaksa saya dalam banyak perkara, kasih sayangnya melebihi segala.

Bagaimanalah hendak saya rawat hati yang rawan ini? Wahai Laura Azura, bertahanlah.....

Wednesday, August 5, 2009

Adib Naqiuddin...


Alhamdulillah, dalam dugaan yang mencabar, lahirlah Adib Naqiuddin dalam keluarga saya. Saya doakan Adib Naqiuddin sehat dan dapat membesar dengan cepat. Sungguh, ianya satu kebahagiaan yang tak dapat saya bayangkan sebelum ini. Iya, setelah enam tahun lebih, barulah ada anak kecil dalam keluarga saya.

Apa jua, saya kira ini adalah hadiah ulangtahun kelahiran yang paling bermakna buat saya bila Adib Naqiuddin lahir pada tarikh yang sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran saya. Thanks akak walaupun hampir 9 jam dirimu bertarung!

Saya temui Adib setelah usianya 8 hari. Adib kecil sangat namun sehat. Saya takut-takut nak memegangnya. Adib baik sangat. Tak banyak kerenah. Tidur sahaja. Menangis pun tak terlalu selalu dan kuat. Adib akan tersenyum atau menggerak-gerakkan matanya bila dipanggil. Agaknya dia suka nama Adib itu. Adib, moga hidupmu barakah dan dilindungi Kasih Sayang Yang Maha Esa. Moga yang baik-baik sahaja hadir dalam hidupmu nak.

Seluruh keluarga berasa excited dengan Adib. Boleh kata setiap hari ingin dekat dengan Adib. Malah Pak Ngah sekeluarga pun asyik mahu balik temui Adib. Maksu? Apatah lagi. Setiap hari Maksu mesti nak tahu perkembangan Adib walaupun Maksu tak boleh balik jenguk Adib. Apa jua, Maksu Laura ini memang sayangkan Adib.

Adib, doa Maksu moga Adib berhidup dengan tenang dan berpengetahuan serta berpegang teguh dengan prinsip kebersihan agama Islam. Moga Adib berhidup cergas dan cerdas. Moga Adib jadi insan berguna dan meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Moga Adib jadi anak yang patuh dan taat pada keluarga dan Moga Adib sentiasa berhidup dengan bahagia.