Sunday, May 30, 2010

sekali lagi hati merinduinya....ayaks!

Assalamualaikum dab salam 1 Malaysia buat semua...

Before kite masuk kepada bab touching2 n swing ni baik cerite dulu psl my recent activities...

As I mention earlier, students are having their semester break but the lecturers as usual have to do some (kenkadang bukan some tp berlambak2) admin works...ngeh ngeh..


I attended the Coppa workshop on 24 & 25 of May and be the emcee for training in service on 26 of May. Ayaks! being an emcee in my own school event was not an easy job. Nervous thp gaban! Apataknyer, the audience are all my friend and I have to be so formal emceeing the event. Tgk muka dorang pun rasa macam nak gelak. Tu belum lagi dorang jerit2(zura jgn gile mic) ayaks! However frens, thanks a lot. Dengan senyuman itu membuatkan saya berasa lebih yakin mempengerusikan majlis. Itu the best part of it. Yang tak bestnyer pulak, bos da siap ckp, this job is yours permanently. Adoilah. tak mau jd emcee lagi... especially utk school punyer events.. tak mau tak mau... Ops! jangan lebey2 ye cik laura! ada pulak si Mek kata aku mcm emcee sukan komanwel! Aduyai...


laura tak jadi pindah umah. Sebabnya satu sahaja. Laura tak mau bonda rasa tertekan. Laura tahu bonda sendiri tak tahu nak bereaksi macam mana. Bonda feels that we need to compromise with this thing. Bonda cakap dengan Laura, she all days feel uneasy thinking of my intention to moving into a new house... Laura tahu bonda faham sangat2 dengan apa yang Laura lalui tapi Bonda always wants me to keep my patience. Bonda pesan lagi, biar orang menyakitkan kita tapi jangan kita mencetuskan kemarahan orang. At first, Laura feel so depressed hearing mum talking like that. But soon,Laura sedar, Bonda juga merasa tertekan dengan keadaan sekarang.. When mum put down her voice and consult me, Laura rasa nak menangis. Bonda tak sepatutnya terlibat dalam my broken relationship with that person. This is so cruel I guess. But then, Laura sayang bonda sangat2. Laura terima keputusan untuk tak pindah rumah. Laura akan cuba bertahan dengan keadaan sekarang. laura will try harder. Laura akan bersabar lagi walau apa jua yang berlaku kelak tapi satu sahaja yang Laura pinta, jangan melampau mengambil kesempatan atas sifat sabar yang Laura miliki ini. Sabar manusia ada batasnya. Begitulah juga dengan seorang Laura Azura Zainal.

Back to the title of this entry.. Laura terkenang kan si dia. Benar tetapi hati rasa pedih sungguh memikirkan dia sudah jauh meninggalkan Laura. Laura kehilangan sahabat karib Laura sendiri... Mau dengar kisah Laura yang sungguh tragis ini?

He was my best friend ever. Bercakap dengannya mulanya payah benar. Dia terkenal dengan sikap pendiamnya dan laura terkenal dengan sikap kecoh. Mana boleh tengok orang especially boy yang duduk mengadap buku sahaja time cekgu tak ada kan? laura dulu2 nakal. Jadi dari tak reti nak bercakap dengan dia, mulalah mengacau dan ajak berbual. It takes few months jugak baru jadi rapat. Dari seorang yang pendiam, dia mula jadi riuh. Itu tak bermakna dia akan meninggalkan bukunya ketika cekgu tiada dalam kelas tapi sifatnya lebih terbuka. Lama kelamaan, we used to be friends and sharing. Dia tetap perahsia. Susah sangat nak korek apa yang dia rasa. tapi Laura tak memaksa. Kalau dia mahu bercerita tak mengapalah. Waktu tu Laura memang senang berkawan dengannya. Yelah teman sama-sama buat jenayah. Teman sama-sama melalak dan most of it adalah teman sama-sama belajar. Kami budak jenayah yang skema!

Berkawan-kawan dan berkongsi rasa tentang segala adalah resepi persahabatan. Senang cerita hidup tak gentar bila tahu dan sedar dia ada untuk memberi nasihat dan dorongan. He is just a normal guy. Boleh dikatakan dari perkara remeh temeh hinggalah kepada hal keluarga kami kongsi bersama.

Dia memang lelaki biasa tetapi entah mengapa, dengan niat ingin bergurau, Laura menyakitkan hatinya. Rajuknya berpanjangan hinggakan dia anggap Laura asing!selama bertahun, Laura rasa sedih. Laura kongsi segala rasa dengannya dan bila dia tiada hidup laura seakan ibu kucing yang kehilangan anak. Buat segala macam tapi tak berhasil. Cuba bertabah namun sering rebah. Hilang tempat bergantung dan rindu pada teman yang satu. Bila Laura dapat surat tawaran melanjutkan pengajian di Shah Alam, Laura ingin sekali berkongsi rasa gembira dengannya. Jika dahulu jarak Kuantan-Shah Alam itu dirasakan jauh benar tetapi bila sudah sama-sama berada di Shah Alam, lain pula jadinya.

Melalui seorang kawannya, Laura dapat jugalah sedikit sebanyak kisah tentangnya. Bukan Laura tak pernah cuba menghubungi namun semua yang laura lakukan tidak menemui hasil. Telefon tak pernah berangkat. Emel tak pernah berbalas. Jadi apa lagi yang boleh laura lakukan?

Ketika sahabatnya mengkhabarkan dia sudah beberapa hari di hospital, laura rasa sedih teramat namun sungguh laura tiada keberanian nak melawat. Laura minta tolong kawannya itu melawat dan menanti apa jua keputusannya selepas itu. Tergiang-giang suaranya menganggap laura insan asing.

Biar payah sekali pun, akhirnya pada semester akhir pengajian, Laura memberanikan diri menghubingi dan bila panggilan itu bersambut dia terus berdiam. Sungguh. terasa pedih betul. Persahabatan kembali terjalin namun laura sendiri masih bimbang apatah lagi nak bereaksi berlebihan. Dia seakan-akan sahabat baru yang laura kenali.

Bertahun-tahun laura cuba untuk menguatkan diri akhirnya, laura mampu bertabah sendiri. Hingga ke hari ini, rindu pada si dia masih meninggi. Laura rindu sahabat karib laura! Laura rindu dia!


Moga dia juga dapat berhidup dengan tenang. Moga dia sentiasa berasa bahagia. Moga yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidupnya....

No comments:

Post a Comment