Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia to all readers..
Laura yang rendukan dia...
Semuanya benar-benar belaka.Malam tadi Laura mimpikan dia. Dia tak bercakap dgn Laura. Even with all the other characters as well. Mimpi tu Laura dalam ketakutan. We were all scared with something yg mengacau kami sekeluarga. Many bad things happened but dia. Dia selamatkan kami. Bila terjaga, Laura masih rasa takut. Biasanya bila macam ni terjadi, Laura selalu call him back the other day and seek for his advise and his comedy.. He always knew how to make me feel better. He always knew how to turn my feeling over something. He always knew that I love him forever and will always back to him to be pampered. Rendu Laura makin tak tertahan bila hati yang sudah berkira-kira nak menunggu pagi dan nak menghubungi dia terganggu dgn kata-kata dari akal. Laura, dia telah meninggalkan kita semua. Laura, dia telah tiada...
Laura akui, Laura memang nampak kuat. Laura tak suka mengalirkan air mata di hadapan orang. Laura suka pendam apa yang Laura rasa. Sebab bagi Laura, kalau Laura sedih, orang lain akan sedih juga. Jadi Laura tahan air mata Laura.
Siapa yang tak sedih bila yang tersayang pergi meninggalkan kita buat selamanya. Tp there no single tears mengalir dr mata waktu itu dan saat itu. Laura nak bagi kekuatan bagi semua orang. Bila bonda mengalirkan air mata, Laura nak bonda kuat macam Laura. Bila kakak datang dan bergantung di bahu Laura, Laura tahan air mata. Beri kakak sedikit kekuatan. Walau hati merintih. Walau diri terasa lemah benar.
Dia pergi dalam keadaan Laura tak bersedia. Sayang padanya tak pernah padam. Inspirasinya membuatkan Laura jadi kuat. Impiannya tak mampu Laura abaikan. Katanya lama dulu: Anak bangsa jangan diabaikan. Teruskan perjuangan. Jangan berhenti...
Laura fikir, laura mewarisi sifat sabar banyak dr gen bonda yang ternyata telah menempuh pelbagai halangan. Rupa-rupanya, kata bonda, sifat penyabar yang dimilikinya mengatasi segala. Bila Laura balik ke kampung baru-baru ini, Laura jumpa seseorang yang rapat sangat dengan dia diwaktu kecilnya. Katanya: dia terlalu baik. Terlalu mudah hulur bantuan. Tak terbalas jasanyanya buat diri ini...
Benarlah, dia lelaki istimewa buat sesiapa yang pernah rapat dengannya...
Benarlah, dia lelaki budiman yang tiada gantinya..
Apa jua, dia abah terbaik buat saya. Yang tiada gantinya. Marilah bersama-sama kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh-roh orang yang beriman.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment