Saturday, May 28, 2011

Pray for Maisarah

Assalamualaikum...

Semoga hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.

Jumaat lalu adalah hari terakhir kawan aka bff saya Saidafazila bekerja di organisasi saya. Jadi sepanjang minggu lalu, kami agak sibuk menghabiskan masa bersama-sama. Saidafazila adalah seorang kawan yang sangat baik, mudah menghulur pertolongan, kawan waktu susah dan senang bagi saya.

Jadi pagi Jumaat itu saya dan kawan-kawan dah plan, pagi2 akan makan breakfast di kedai yang jauh sedikit dari pejabat (tempat biasa kami akan pergi jika pelajar sdg menghadapi exam atau ketika semester break), tengahari, kami plan nak makan-makan di tempat yang menarik such as MONrods atau di ECM.

But then, tengah2 breakfast, kami menerima satu berita yang tak terjangka. Our Fren, Maisarah terlibat dengan satu kemalangan di Maran dan sekarang tengah kritikal di Hospital Temerloh. Waktu itu, aktiviti terus terhenti. Yang saya fikirkan hanyalah Maisarah. Sejujurnya Maisarah dan saya tidaklah begitu rapat, malah kami pernah ada masalah namun, itu semua perkara kecil. Maisarah kawan saya. Maisarah pernah jadi housemate saya. Sekarang, Maisarah teammate saya. Kami sama-sama buat MBA sekarang. Walaupun tak sama jabatan, saya akan jumpa Maisara setiap weekend.

Kami terus ke HQ. Keadaan disana kucar-kacir. hati saya sudah melonjak-lonjak mahu pergi melawat. Saya sanggup memandu sampai ke Hospital Temerloh. Tak kira apa yang berlaku. Tak lama kemudian, berita yang kami terima dari pihak hospital adalah Maisarah akan dipindahkan ke HKL. Hati saya masih lagi ingin pergi tetapi ada sedikit kegusaran. Saya tidak tahu dan tidak berani memandu di KL sendiri. Namun tak lama kemudian, pihak hospital beritahu, Keadaan Maisarah yang kritikal tidak membenarkan dirinya untuk ke HKL. Jadi pihak hospital akan menjalankan pembedahan segera di Hospital Temerloh.

Setelah berbincang lebih kurang dengan kawan-kawan kami segera balik ke pejabat. Ambil barang keperluan dan terus saya pandu kereta ke Temerloh. Namun kami singgah melawat dua orang pelajar yang cedera ringan di Hospital Maran terlebih dahulu.

Sungguh saya sebak kerana mereka itu masih tak mampu untuk berdiri walaupun sedar. Ya Allah. Jadi saya dapat agak keadaan Maisarah sangat-sangat kritikal.

Sampai di hospital, Maisarah tengah dibedah. Lewat jam 6 petang barulah saya dapat melihat keadaan Maisarah. Ya Allah, tiada apa yang saya harapkan cuma, sembuhkanlah Maisarah. Pilu hati saya melihat tubuhnya yang penuh dengan wayar-wayar, telinganya keluar darah, perutnya penuh kapas. Sesungguhnya saya tak sanggup.

Hari ini, Maisarah katanya agak stabil. Sudah ada response positif namun masih belum sedarkan diri.

Jadi kawan-kawan, doakan Maisarah. Mari kita sama-sama berdoa.


P/s: saya tak akan kepilkan gambar Maisarah buat masa ini sebab saya akan menjadi pilu. Tak sanggup saya...

Maaf...

Dan, jangan kita lupa untuk doakan Maisarah....

Ya Allah, selamatkan dan sembuhkanlah kawanku, Sharifah Maisarah Binti Syed Hussain..

No comments:

Post a Comment