Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Hari ini 19 Ogos. Sudah empat tahun, wahai Cik Laura.
Walau sudah empat tahun, tetapi rindu tetap menggunung, suaranya bagai tergiang - giang, pandangan matanya tak mampu saya lupakan.
Yang pergi itu bukan orang lain. Yang pergi itu abah kesayangan saya. Hingga ke hari ini, suaranya acap kali kedengaran dek telinga, wajahnya sering kali melintas di mata, kehadirannya di sisi masih lagi terasa. Bukan bermaksud saya tidak redha dengan pemergiannya. Namun, rasa itu sentiasa ada.
Saya masih merasakan kehadirannya. Masih merasakan dia ada di sekeliling saya. Masih merasakan dia ada melihat apa yang saya lakukan. Masih merasakan dia akan memberi pendapat dan memujuk saya tatkala saya bersedih dan buntu.
Duhai kawan, bagi saya dia abah terbaik. Tiada gantinya dia dalam hati kami sekeluarga. Sejujurnya saya masih merasakan dia ada memerhatikan saya melakukan tugas. Masih tergiang - giang suaranya memujuk saya yang selalu homesicks. Masih tergiang - giang suaranya mengomel tentang kerja saya yang sering bertangguh. Dan dulu, dia yang ajar saya bagaimana menangani period pain. Dia memang abah yang terbaik. Sejujurnya dulu, dengan emak,saya jarang mengadu. Abahlah yang mendengar segalanya.
Itulah, dia tetap ada sampai bila - bila dalam hati saya.
Al - Fatihah buat abah
Saya, Azura Binti Zainal bin Abdul Samat
Thursday, August 18, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Merasa sayu...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
May Allah bless us. Happy fasting frens. Happy Ramadhan. Happy coming Syawal.
Alhamdulillah. Today is Ramadhan 18th.
Merasa sayu is the what i'm feeling right now. Don't know why. Lately, tidurku tak lena. Macam ada sesuatu sahaja. Dan saya mula menulis kembali. Bukan cerpen baru. Bukan novel baru. Bukan sajak baru tetapi saya menulis warkah buat si dia, sahabat kesayangan saya. Saya menulis seolah - olah itu warkah istimewa buat sang teman. Tak tahu apa yang mendorong saya. Sudah lama saya berhenti menulis kepadanya. Iya, agak lama tidak menulis kepada dia. Saya kira hampir enam atau tujuh tahun.
Tetapi, mengapa kepada dia? Itu yang saya tidak faham dengan diri. Apa jua, saya seakan bimbang sukar untuk saya menulis kepada dia pada masa hadapan.
Ah, baik diamkan sahaja kisah ini.
Saya merasa sayu. Sayu yang tak faham dan sukar untuk saya jelaskan.
Moga hanya yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua...
Aku, Zack
18 Ramadhan

Tuesday, August 9, 2011
Selamat Berpuasa
Assalamualaikum...
Dah masuk minggu kedua umat Islam berpuasa, hari ini baru saya mahu menulis tentangnya. Bukannya apa, mungkin kesibukan yang berleluasa sejak beberapa minggu yang lalu.
Sejujurnya saya agak risau untuk memulakan puasa tahun ini kerana saya ada gastrik. Namun mujurlah perut masih mahu bertoleransi. Kadang-kala sahaja sakit itu menyerang.
Saya suka bulan puasa kerana banyak faktor. Selain ini bulan yang penuh keberkatan, di bulan puasa waktu bekerja dipendekkan. Pukul 4.30 minit dah boleh balik. Yeay, I like!
Dan, Alhamdulillah, semester pendek pengajian saya sudah pun berakhir hari Ahad lalu. Sejujurnya, saya telah melakukan yang terbaik walaupun soalan peperiksaan tersebut sangatlah sukar. Dan memang lenguh saya menulis. 4 soalan, saya jawab dalam 12 muka surat. Kiranya seperti masih kurang. Tetapi hanya itu yang mampu saya lakukan.
Hujung minggu ini ada rasa untuk balik ke kampung sebenarnya. Tetapi saya bimbang sampai lewat. Terasa juga hendak berehat sahaja di rumah sambil - sambil mengupdate nota mengajar. Tidak tahu lagi mahu balik atau tidak. dan masih belum berfikir untuk mengambil berapa lama cuti sempena Hari Raya.
oh ye, saya teringin nak makan bubur pisang. Mana mahu cari pisang sematu yer? nak membuatnya, insya Allah saya rasa saya mampu. Hmmm...
Okaylah, gayanya saya sudah kering idea bila menulis. Ada waktu saya sambung.
Dear all,
Selamat menjalani ibadah puasa.
Moga kita semua beroleh keberkatan dan kesejahteraan hendak-Nya.
Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)