Tuesday, August 9, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...

Dah masuk minggu kedua umat Islam berpuasa, hari ini baru saya mahu menulis tentangnya. Bukannya apa, mungkin kesibukan yang berleluasa sejak beberapa minggu yang lalu.

Sejujurnya saya agak risau untuk memulakan puasa tahun ini kerana saya ada gastrik. Namun mujurlah perut masih mahu bertoleransi. Kadang-kala sahaja sakit itu menyerang.

Saya suka bulan puasa kerana banyak faktor. Selain ini bulan yang penuh keberkatan, di bulan puasa waktu bekerja dipendekkan. Pukul 4.30 minit dah boleh balik. Yeay, I like!

Dan, Alhamdulillah, semester pendek pengajian saya sudah pun berakhir hari Ahad lalu. Sejujurnya, saya telah melakukan yang terbaik walaupun soalan peperiksaan tersebut sangatlah sukar. Dan memang lenguh saya menulis. 4 soalan, saya jawab dalam 12 muka surat. Kiranya seperti masih kurang. Tetapi hanya itu yang mampu saya lakukan.

Hujung minggu ini ada rasa untuk balik ke kampung sebenarnya. Tetapi saya bimbang sampai lewat. Terasa juga hendak berehat sahaja di rumah sambil - sambil mengupdate nota mengajar. Tidak tahu lagi mahu balik atau tidak. dan masih belum berfikir untuk mengambil berapa lama cuti sempena Hari Raya.

oh ye, saya teringin nak makan bubur pisang. Mana mahu cari pisang sematu yer? nak membuatnya, insya Allah saya rasa saya mampu. Hmmm...

Okaylah, gayanya saya sudah kering idea bila menulis. Ada waktu saya sambung.

Dear all,
Selamat menjalani ibadah puasa.
Moga kita semua beroleh keberkatan dan kesejahteraan hendak-Nya.
Insya Allah.

1 comment: