Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Moga bertabah wahai sahabat. Memetik dari status fbnya:
Kehilangan 4 orang tersayang dalam tempoh 1 tahun 4 bulan 6 hari adalah dugaan terbesar Allah berikan pada aku.
Moga bertabah!!!. Buat sahabat saya yakni jiran saya, bertabahlah. Buat Haza yang lebih mesra digelar nine, buat abangnya Anuar dan Nizam (Si kembar yang sebaya dengan saya), buat seluruh keluarganya (Keluarga Arwah Pokde dan arwah Mokde). Bertabahlah.
1 tahun 4 bulan 6 hari - waktu singkat kembalinya saudara - saudara kalian ke rahmatullah. Bermula dengan arwah Kak Ta, Arwah Long Azhar, Arwah Kak Teh dan kemarin (30 Julai) Arwah Gale.
Rumah kami memang bersebelahan. Saya pernah cerita dahulu tentang keluarga Arwah Pokde dan Arwah Mokde yang menjaga kami (saya dan kakak) bila masa emak dan Arwah abah bekerja. Saya memang rapat dengan Nine, Anuar dan Nizam. Anuar dan Nizam (si kembar tak seiras) adalah classmate saya dari darjah 1 hingga darjah enam. Kawan buat kerja sekolah. Walaupun, kami bersekolah menengah ditempat berlainan, bila masa waktu cuti sekolah, kami tetap belajar bersama. Nine, dua tahun muda dari kami. Tetapi sebab dia perempuan, jadi, dia lebih rapat dengan saya.
Arwah kak teh baru sahaja meninggal baru-baru ini (16 June). Dan kemarin arwah Gale pula. Gale (disebut ga - le (seperti leceh)adalah abang si kembar. Usianya baru 32 tahun. Ya Allah. Arwah Gale tidak rapat dengan saya disebabkan faktor umur yang berbeza 4 tahun. Arwah telah koma selama sebulan di Hospital Tengku Rahimah, Klang kerana stroke. Moga rohnya ditempatkan dikalagan roh orang - orang yang beriman dan dicucuri rahmat.
Bertabahlah sahabat. Dugaan Allah tak siapa dapat menghalang. Moga kita bertabah.
Al-Fatihah buat Arwah Abah, Arwah Pokde, Arwah Mokde, Arwah Kak Ta, Arwah Long Azhar, Arwah Kak teh dan Arwah Gale..
No comments:
Post a Comment