Assalamualaikum...
Moga yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.
Iya, birthday semakin dekat. Teruja memang teruja namun ada gelisah yang bertandang. Bukan sikit-sikit namun payah benar hendak dikatakan. Harapnya saya tetap mampu berjuang. Harapnya diri tak mudah goyah. Perjalanan hidup seorang diri ini memang memenatkan tetapi insya Allah, moga hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam diri kita semua.
Tahun ini seperti tahun sebelumnya, saya akan ke kedai buku. Cari sebuah buku buat diri sendiri. Dan semalam, hasrat itu telah dilaksanakan. Namun sejujurnya saya belum membacanya lagi. Fikir saya, biarlah saya baca buku itu pada hari ulangtahun kelahiran saya Ahad ini. Poyo ajakan?
Tadi pagi Kak Pam mengejutkan saya dengan sebuah kek istimewa kepada yang menyambut birthday bulan Julai. Sebenarnya bukan untuk saya seorang tetapi untuk Kak Farah (15 Julai), Kak Wan (22 Julai - hari ini!) dan Kak Tini (30 Julai). Terima kasih kak Pam. Saya hargainya. Sungguh2 terharu.
Hari ini juga birthday kawan baik saya Lia dan K-1. Happy Birthday to you.
Apa jua, doakan kesihatan saya lancar dan semoga birthday tahun ini lebih meriah dan bermakna. Amin..
Happy Birthday Laura!
No comments:
Post a Comment