Saturday, July 16, 2011

Rendu Kampung Halaman

Assalamualaikum...

Penyakit homesick cik laura ni datang lagi. Jangan ketawa ye kawan-kawan. Memang dari zaman sekolah lagi cik laura dah rasa homesick. Maklumlah dulu duk asrama. Balik pun sebulan sekali ataupun dua kali sebulan. Bila dah naik tingkatan empat dan lima, boleh kata sebulan sekali sahaja boleh balik umah. Bila buat diploma and degree, again payah sangat nak balik kampung sebulan sekali. Biasanya dalam satu semester, sekali sahaja. Kuat study sangat kot ye? Haruslah, the family already set the target to be achieved every semester and I also have my own target that was a lil bit higher from the target set by the family. So nak dapat VC List tu ko ingat senang? Apapun, for me personally belajar degree memang lagi senang dari belajar diploma. However the targets by the family went accordingly.

Ini kisah lama. Nak cite semalam mood nak balik kampung tu melonjak-lonjak. I called home and manage to talk to my niece as my mum han her mum were perfoming the Solat Isyak. Bercakap dengan budak berumur lapan tahun dan sepuluh tahun rasanya sayu benar.

- Mak su, nanti 22hb mak su balik la. Mak de balik. Semua ada. Kan ada durian sekarang. <---- rasa sedih sangat mendengarnya.
- Banyak ke yang dah gugur?
- Banyak. Tapi ada lagi pokok yang belum gugur. Mak su balik la yer..
- Tak boleh la. Mak su ada kelas master.
- Alaaaaaa....

Sebenarnya sangat sedih tau. Kali ini buah durian banyak kat umah. Kali ini kira menjadi lah. Semua pokok berbuah. Tapi as i said again, I only can be home on the 30th. Itu pun sebab minggu tu tak ada kelas. After that the final exam will be held. Alahai......

Harap-harap buah durian masih ada waktu saya balik. Cuma kakak saya (Mak de among niece and nephews) mungkin tak dapat balik on that week. My abang, memang akan balik every week. Sebab angah (my abang) kerja dekat je dengan umah. Dalam setengah to sejam perjalanan. As compared to me, i have to spend 3 hours driving. Kakak pula around two hours. Luckily, kami semua kerja di bumi Pahang Yang Tercinta.

So, saya memang rendu dengan mak, dengan along, angah, kakak, budak2 bertujuh. Rendu kawasan rumah. Rendu Kampung Halaman. Rendu segala-galanya. Huhuhuhuhuhu.

Bila leh bercuti sesama ni? Huhhuhuhuhu...

Alahai....

No comments:

Post a Comment