Monday, October 31, 2011

Cik Laura nak menulis jam 2 pagi

Assalamualaikum.

Harap semuanya sihat sejahtera dalam lindungan dan kasih sayang Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi.

Sebenarnya Cik Laura rasa tak boleh tidur sekarang. Cik Laura baru siap masukkan markah dalam sistem sost (kami panggil sos tiram). Internet lembab tu yang baru siap. Apapun, alhamdulillah. Lega da.

Sebenarnya siang nanti ada audit ISO. Tu yang bertungkus lumus. Tadi pun kat pejabat CT masing - masing tak beralih dari tempat. Semua diam je. Hinggalah pukul 12 tengahari. Tiba - tiba lapar dan beritahu yang lain and they are also feeling the same. Melegak jap tawa kat CT. lepas balik dari lunch, suasana sepi kembali lagi. Dan Cik Laura pecah rekod sem ni balik finger print pukul 7 malam.

Tapi kan, cik Laura nak bagitahu ni. Tiba - tiba dalam sibuk macam ni, cik Laura rindu dengan enche sumber inspirasilah. Hmm, entah apa-apa kan? Apa pun, harapnya enche sumber inspirasi tak marah sebab Cik Laura kata Cik Laura rendu dia. Hahahahahaha. Sila layan Cik Laura merepek ye.

Okaylah. Cik Laura rasa nak menulis kat cerita - cerita yang terbengkalai lah. Dan semoga, Cik Laura boleh tidur sekejap lagi. Duhai mata, jangan berjaga lama - lama sangat ye.

Tada.............
Che Laura rendu Enche sumber inspirasi...

No comments:

Post a Comment