Wednesday, October 5, 2011

Pagi Isnin yang Luar Biasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, saya masih diberi kesihatan yang baik. Moga kita semua dalam lindungan dan kasih sayang Allah semuanya.

Hari ini hari Isnin. Alhamdulillah, ia bukan seperti Isnin yang biasa. Hari ini saya bersemangat benar. Agak teratur sedikit rutin pagi ini. Tidaklah seperti selalu. Walaupun saya tidur agak lambat semalam, namun pagi ini rasanya tidak seperti selalu. Iya, saya harus kuat kan?

Mungkin sedikit beban kerja sudah terlaksana. Humang ai, nanti saya upload gambar bagaimana saya selesaikan marking sekotak kertas jawapan pelajar. Kelakar pula rasanya dan berjaya menahan diri dari aktiviti menghabiskan duit yang tak seberapa iaitu pergi shopping seperti selalunya pada hari Ahad.

Minggu ini minggu sibuk sebenarnya. Saya ada assignment yang perlu diselesaikan. Assignment Management Accounting. Dah tengok tapi belum ada idea nak selesaikan bagaimana. Kena belajar dengan pakar ni. Hmmm...

Jua, minggu ni minggu pembentangan pelajar. Apalah hasilnya ye. Moga bertabah ye wahai Cik Laura!

Okay, saya mahu mulakan tugas.

See u then.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment