Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Moga hanya yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua. Alhamdulillah, kita sudah berada dalam bulan Zulhijjah. Hari ini sudah 13 Zulhijjah 1432. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Saya berkesempatan balik ke rumah di kampung sempena cuti Aidiladha baru - baru ini setelah berbulan - bulan tidak balik. Seronok sangat balik rumah. Bagai rindu terbalas bila melihat wajah - wajah kesayangan.
Hari ini di pejabat saya diserang rindu pada kampung halaman yang baru saya tinggalkan selama dua hari. Entah, ini memang penyakit yang alami sejak dahulu lagi. Ini penyakit homesick. Saya rindu orang - orang di rumah. Rindu kawasan rumah. Rindu segala - gala yang ada kat kampung. Aduhai...
Emak dan along memang suka bercucuk tanam. Dan, oh ya kami ada kebun di sekeliling rumah. Pantang ada tanah sikit, emak dan along akan manfaat kan. Dulu- dulu Cik Laura ada bagitahu kan, yang kami pernah tanam macam - macam jenis sayur tepi - tepi rumah. So balik baru - baru ni sempena Aidiladha, Cik Laura pun mulalah berjalan - jalan sekitar rumah tengok tanaman yang baru - baru. Tak banyak sangat tapi berbaloi.
Sebelum balik Kuantan hari senin ari tu, Cik Laura ngan angah pun menuai hasil tanaman emak untuk dibawa balik. Sila layan gambar di bawah:
Kacang botol ( ni dr sebatang pokok je)
Kailan (kali ni ambil sikit je sbb pokok lain x besar sgt)
Sawi tembakau (pun ambil sikit walaupun byk yg boleh dituai)
Terung tak berapa nak panjang & cili padi
Hasil tuaian tak seberapa sbb menuai time tgh panas di tengahari buta. Nampak x pegaga tu. Tu nak buat ulam makan tengahari.
Nak lihat kebun tak seberapa kami? Ni antara gambar - gambarnya:
Kailan, Sawi tembakau & pegaga
Kucai
Pegaga (Species 1)
Pegaga (Species 2)
Pegaga ( Species 3 @ pegaga kerinting)
Terung tp x boleh makan buahnya. Makan daunnya. Rasa macam sawi je.
Peria katak dalam petak pegaga species 4
Roselle (baru - baru ni emak proses buat jem dan air). Yang ni yang belum tuai.
Daun kesum dan Pegaga
Sawi tembakau (ala - ala anak jagung kan?)
Perasan tak banyak pokok pegaga? Memang kat umah banyak. Siap macam - macam species. Dan kalau kat sebelah kanan umah, pokok pegaga gajah dah macam rumput semulajadi pulak. Emak memang menanam pokok pegaga dari dulu - dulu lagi. Kalau dulu, pokok pegaga ni dijaga rapi siap ada blok - blok lagi tapi sekarang mungkin dah banyak, mak biarkan sahaja pokok - pokok pegaga tu meliar.
Oh ya, minum air pegaga sangat bagus untuk otak tau! Mak selalu buat time budak - budak dulu tapi sekarang dh jarang. Cik Laura kan pemalas orangnya!
So, inilah antara sebab kenapa Cik Laura mudah homesick dengan kampung halaman. Aduyai...
Nanti Cik Laura upload gambar pokok - pokok lain ye.
Semoga Cik Laura sentiasa bertabah.
Tada....... Assalamualaikum