Monday, December 26, 2011

Moga kau tabah, kawan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dugaan Allah pasti tiada siapa dapat menghalang. Semoga kau tabah, kawan.

Hari Sabtu yang lepas 24 December 2011 saya sempat membaca status seorang kawan sekelas di universiti di dinding facebook miliknya. Statusnya menyampaikan kerisauan buat seorang teman baiknya. Saya kenal teman baiknya itu tetapi tidaklah rapat. Sekadar kenal dan tahu mereka berdua berkawan baik sejak dari UiTM Segamat lagi. Seingat saya, pernahlah sekali dua saya berbual dengan kawan baiknya itu ketika di UiTM dahulu. Dan kami juga berkawan di Friendster.

Berita yang saya terima melalui status kawan sekelas saya itu membuatkan saya turut berasa sedih. Rasa - rasanya baru sahaja saya mengintai gambar perkahwinan teman baiknya itu beberapa bulan yang lalu. Isterinya cantik kecil molek. Sesuai dengan dirinya.

Dan, melalui komen - komen dari status itu saya tahu teman baik kawan sekelas saya itu sedang menghadapi saat paling sukar dalam hidup. Isterinya baru melahirkan anak. Isterinya mengalami kompilasi bersalin yang teruk. Hanya 20% sahaja darah dalam badannya untuk beliau bertarung hidup. Anaknya hampir lemas dan sedang bertarung hidup. Ya Allah, ini memang dugaan terbesar baginya. Saya percaya sesiapa pun akan saling bersedih dengan keadaan ini. Dan tiba - tiba hati saya rasa sedih. Seharian saya memikir, mengenang dan gundah gelana dengan keadaan itu. Doa saya moga isterinya dapat bertahan. Doa saya moga anak yang baru lahir itu segera sembuh. Doa saya juga moga teman itu, Akram bertabah.

Dan malam itu, sebelum tidur, saya dikhabarkan isteri sang teman telah tiada. Ya Allah, besar benar dugaan ini. Semalaman saya dirundum kesedihan. Namun, saya sedar, berat mata memandang, tentulah berat bahu yang memikul..

Buat sang teman itu yang saya kenali sebagai Akram,
Bertabahlah. Moga dilindungi dan diberi kekuatan oleh Allah. Percaya pada janji Allah. Jangan bimbang. Ramai yang akan mendoakan kesejahteraan awak dan keluarga. Bertabahlah. Ingatlah sang isteri pergi dalam keadaan paling sempurna dan syahid. Bertabahlah. Moga anak yang lahir itu, membesar dan sentiasa memberikan kebahagiaan kepada bapanya dan memberi kekuatan tak ternilai untuk awak selamanya.

Akram, kenalan saya,
Bertabahlah. Saya tahu ini sukar. Namun, bertabahlah. Jangan pernah mengalah. Ingat janji Allah. Bertabahlah...

Saya,
Laura Azura Zainal
BBA (H) Marketing (June 2004 - May 2006)
UiTM Shah Alam.

Thursday, December 22, 2011

Rendu Kampung Halaman 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia kepada semua.

Ini entry tak sabar nak balik kampung! Huhuhu.. Saya nak cuti seminggu minggu depan. Esok saya nak balik kampung. Tapi cannot wait sebenarnya. Kalaulah saya ada keberanian untuk balik petang ni, mungkin saya boleh ikut mak saya pergi kenduri kat rumah sepupu emak di Senawang. Tapi apakan daya, saya perlu selesaikan tugas penting di pejabat.

Huhu, rendunya dengan Sungai Retang. Rendu dengan orang - orang di Sungai Retang, Rindu musim hujan di Sungai Retang. Rindu semua yang ada di Sungai Retang termasuklah pokok - pokok sayur emak. Apakah? Its time to harvest!

Nak juga balik Raub sekejap. Pergi rumah kakak dan kalau berkesempatan nak balik kampung di sana. Nak jumpa budak berdua si Adib abang besar dan si Afnan adik besar yang selalu kena buli dek si abang besar.

Nak masak macam - macam. Dah terfikir, kali ini carrot cake project must be started. Also to bake a variety of cakes (orange cakes, fruit cakes, vanilla cupcakes, carrot cake n many more). Together I am thinking to bake choc chip cookies, soft ginger cookies, and butter cookies. Also am thinking to try baking pavlova. Nak try juga buat pudding tauhu. Hehehe. Makin membesarlah gayanyer.

Nak kakak masakkan sambal hitam kering. Nak Along masakkan rendang daging rusa. Nak emak masakkan pajeri terung (terung boleh ambil fresh dari luar rumah). Nak Along masakkan ikan patin masak tempoyak. Nak kak ngah buatkan kuih puteri ayu. Macam - macamlah.

Teringin nak pergi pekan sehari beli gulai ikan genahak masak asam rong, Teringin nak pergi Pasar Malam Benta beli apam pisang gebu, beli dodol gula kabung, beli karipap bersira pedas, beli apam beras yang sedap. Dan lain - lain.

Nak pergi Jeransang makan durian. Kakak kata kat rumah famili angkat ada buah durian... Huhuhu...

Nak jumpa Anis dan Abid, jumpa Aziah dan Izz Zahin, jumpa kak wie, jumpa geng - geng sekolah rendah. Nak jumpa Rose dan Dhiya Irfan, jumpa adik Ina yang tengah sarat. Nak juga jumpa Alul, Shidah dan Adam Hakim. Nak juga jumpa Afif, Izyan dan Aliesya. Huhuhu. Rendu semua kawan - kawan sekolah menengah.

Rendu........
Insya Allah. Doakan perjalanan saya sepanjang cuti ini selamat tanpa sebarang masalah.

Tadaaaaa...

Sunday, December 4, 2011

Little updates 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and Salam 1 Malaysia to all readers.
Alhamdulillah we are now in the first week on December.

Just to share my updates of these few weeks time.

1. I went home last week. Kononnya nak g berurut sebab jatuh ari tu but the plan was called off.

2. My gastric went bad these few weeks till nyaris - nyaris warded. Don't know why? It was really rasa nak pitam when the doc said, i feel something bad inside your stomach. Macam ketulan. Aduhai. Luckily no serious infection had occurred.

3. Cik Laura baru perasan, agak lama dah Cik Laura tak keluar jenjalan mengabiskan duit. Wow that's good. And yesterday my big bro (the one and only) came to Kuantan for her daughter school intake interview and asked me to take his family for dinner and we had the opportunity to round the Kuantan Parade for a while. Ahah, sempat la ku beli tudung 2 helai and one pashmina. Then we went to makan satay at Satay Zul. Hmmm very yummy. And of course its on me. After that, angah said nak singgah Giant before balik and I merayu - rayu nak ikut jugak. Then, havoc shopping at Giant sampai tak sedar Bandar Kuantan dah banjir. Huhuhu. Puas jugaklah cari jalan nk balik rumah sebab kebanyakan jalan raya utama dah ditenggelami air hingga x boleh lalu. Hambik kau kan!

4. I bake Bread Pudding last Saturday. No pic as I forgot to snap.

5. My Mba comes to the end of semester 4. Tinggal major presentation this week and exam on next week.

6. This week student results will be revealed. Another aduhai.

7. Mum having conflict to go the her nephew wedding or to go to her second nephew wedding end of this month. Mujurlah berselang seminggu. Yang her second nephew (anak kepada sepupu emak), memang dh merancang dr dulu lagi nak pergi. Tup - tup her real nephew (anak adik emak) pun nak kahwin on the same day. Kesian emak. Ni pun kira aku punya updates ke? Haruslah coz I am the driver.

8. Kuantan dah nak banjir. Menggagau to think which road will be more safer to the office. Hopefully the situation will be better after this. Mari berdoa.

Somehow, rasa mcm nak end blogging je. Entahlah...

Till we meet again, Insya Allah.

Cik Laura Azura Binti Zainal.