Sunday, May 25, 2014

Kuatkan semangatku

Assalamualaikum semua.

Minggu penuh stress akan bermula esok.
Since last week berderet2 infoblast masuk.
Malam ni pon ada.
Iya, I tahu esok ada meeting.
X payah nak ingatkan I byk kali.

I redha je dgn apa yg akan dimesyuaratkan esok.
I dh agak mesyuarat itu bukan mesyuarat tapi sessi memberi berkilo2 tekanan dan amarah.

I redha je esok.
I redha je bila ada yg kata I failed
I redha aje bila ada yg akan ungkit psl isu kurang ajar
I redha aja bila nanti I tak kenang budi
I redha je nanti dengan perlian, cacian dan hinaan.

Ada orang mahu I menangis esok.
Ada orang mahu malukan I esok.
Ada orang mahu kenakan tindakan esok.

Yelah, you ajelah yg perfect.
U ajelah yang terlebih ajar
U ajelah yang tahu segala
U ajelah yang buat kerja
U ajelah yang kononnya berusaha sungguh - sungguh.

Ingatlah, kita tetap insan yang lemah.
I redha.
Ye, I redha.
Jangan tak tahu I dh siapkan surat. Cuma belum letak tarikh aje.
I'm pretty sure you know what letter I mean above.

Tq.

Monday, May 19, 2014

Mencari Ketabahan

Assalamualaikum..

Entry ni boring. Serius. Jangan teruskan kalau rasa bosan sekarang.

I tengah stress.
I tengah serabut.
I tengah rimas.
Tengah geram.
Tengah marah.
Tengah bosan.

I stress.
Malas nak cakap (tulis) panjang kat sini.

Bila stress, I mengidam handbag baru.
Warna merah.
Warna emerald green.
Please, tolong belikan! Sekian!
Sekejap, bila stress petala kelapan nie,
I mengidam sebijik
(diulangi sebijik)
kek keju perasa lemon!

I tengah serabot.
Pon malas nak cakap (tulis) panjang kat sini sebab apa.
Bila serabot begini, I need  a vacation.

Tak payah jejauh. Bagi duit belanja pergi balik kampung kat Raub.
Oh ya, tempahkan chalet kat Sg Chemerkau tu. Cakap dengan owner dia:

"Aki, cucu sedare aok hok duduk Kuantan, hok rumoh di Jerantet teh, nok bilik spesyel mengadak air sungei. Hok yang bile bukak tingkap je, die boleh terjun ke sungei terus!"

Tak pon, bagi jelah, tiket kapal terbang pergi dan balik dari Kuantan - Langkawi. Yang transit kat KLIA okeh.
Kenapa?
Boleh beli perfume dan coklat banyak2.


Hadoi!!!

I tengah rimas.
Tengah geram.
Tengah marah.
Sebabnya pon malas I nak cakap atau tulis disini.

Bila begini, I rasa macam nak biarkan aja semua perkara.
Biar.
Lantak nak jadi apa.

Dan bila begini, I rasa I nak cuti panjang.
Pergi tempat yang orang tak kenal I.
Menjalani kehidupan kampung.
Tepi gunung.
Tepi lembah.
Kabus tebal.
Tepi sungai.
Sepi.
Sendiri.
(kalau taip lagi, leh jadi lirik lagu plak).

Despite of all mengidam2 diatas, I harap you all doakan I ye.
Doa agar I diberikan ketabahan.
Doa agar I diberikan jalan penyelesaian.
Doa agar I beroleh kekuatan.
Doa yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup I.


May Allah ease everything. Thanks for reading, dear friends. Thanks for your doa.

Monday, May 12, 2014

JJCM: MYNY Cafe

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Asyik blog tentang pokok - pokok je kan lately. Now mari kita tengok gambar makanan plak ye.

I nak introduce cafe baru yang menjadi kegemaran I dan kawan - kawan. Konsep kedai memang seperti Kedai Resepi Rahsia yang I selalu mengidam kek labak merah itu.

Actually I pernah review lemon cheese cake dan Chocolate Chip Cookies by this cafe. Refer sini ye.


Ni packaging kalau pesan air panas. I selalu pesan air honey lemon.

1. Coffee Crepe Cake. 2. Choc Cheese Cake. 3. Lemon Cheese Cake

Chicken Sandwich with sweet and spicy sauce. Priced 6.90.

Sliced mushroom pizza @ RM 6.90


Siap ada kad lagik! Nanti dapat discount. Tadi I dpt 20% discount untuk food and 15 % untuk drinks sbb beli asing2. 

Lemon Cheese Cake kegemaran I..
Credit tu Fb MYNY.

Ada 2 cawangan kat Kuantan. Satu yang I selalu pergi ni di Air Putih berhadapan dengan SMK Air Putih. Budak sekolah memang ramai la kalau waktu lunch. Satu lagi kat Putra Square. Katanya coming soon kat Indera Mahkota.

Korang, pergilah. Kalau nak makan Nasi Kukus Mama pon ada tau kat sini!!!

Food: 5 Bintang
Environment: kalau time bebudak sekolah tu takde, memang 5 Bintang...
hehehehe...

Jenguk FB MYNY ye dan blognya

Tada.... menyelerakan kan?


LAMAN BONDA SAYA 3

Assalamualaikum geng semua.

May Allah bless us always. May everything is in ease.

After being so busy for the last few months, I eventually managed to take 1 week leave! (put big smile here)! hoyeh! Jadi mari balik kampung halaman.

Memula bos ada telefon I untuk gantikan a person yg turut apply cuti untuk attend meeting di KL. I was like, hmmm, punyalah susah I nak bercuti sekali kena attend meeting plak. Lagi haru bila bos kata, nanti I Cancel cuti you. Lagilah I macam nak marah. Kenapa pulak cuti I yang hendak dicancelkan sedangkan sepatutnya cuti that person yang pertama tadilah yang sewajarnya dicancelkan kan?

BTW i tahu bos ada plan B. And kat sini I nak say thanks sekali lagi buat my koordinator yang sudi pergi meeting tersebut. Thanks kakak.

Okay, I balik kampung sahaja. Memang tak ada plan nak kemana - mana. Jadi marilah melawat laman bonda I lagi.






Deretan Pokok Puding di batas kolam. Memang cantik.




Hasil tanaman. Untuk di sambal tempoyakkan kecuali serai dan kacang

Untuk dijual kepada makcik yang berniaga kat pekan sari.



Dikebun kantan depan rumah. Adalah sedikit tanah rizab kami tanam pokok kantan

Mulberry.


Gambir Sarawak datangnya dari pokok ini...Ni kebun my mak angkat.

Seronok tak tengok laman yang bonda nie? Pokok - pokok memang banyak. Baru - baru ni I hangkut 3 polibag kacang panjang renek yang mana setiap polibag ada dua anak pokok kacang, I hangkut dua pasu mak tanam anak cili padi ungu dan cili padi kampung, I hangkut juga 2 pasu anak tomato ceri. Lepas tu mak housemate I pesan anak kantan dan anak mahkota dewa. Memang penuh kereta I dengan pokok - pokok aje.

Dijadikan cerita tuan rumah I datang melawat dan mengutip duit sewa plak terbekenankan pokok kacang panjang renek I tu. Siap mintak I simpankan benihnya sebab katanya first time jumpa kacang panjang yang tak memanjat.  Nanti ye I simpankan benihnya. Jiran I pon kemain da usha pokok kat rumah kuantan tu. Oh ya, pakcik tuan rumah kata tanamlah timun, biar menjalar kat pagar. Wahhhh dah dapat green light la. hehehe.

Lepas tu, nanti balik mak I nak g umrah, I nak hangkut lak baja t*** ayam yang ari tu lupa nak hangkut sama. Tiga guni kot kat rumah sebab abang I dapat percuma dari kawannya yang mengusahakan ternakan ayam daging. Alhamdulillah kan.

Okaylah... tutup dulu pasal laman rumah bonda I ni ye.

Live well people!