Tuesday, July 22, 2014

Dah nak raya....

Assalamualaikum semua.
Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat hendak-Nya. Harapnya juga dipenghujung ramadhan ini kita gigih dan usaha melakukan ibadah diperhebat.


Hari ini 23 Julai. Maksudnya sudah 25 kita berpuasa. Alhamdulillah. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini penuh makna.

Sana sini dah sibuk dengan Hari Raya. Di pejabat, sering juga kedengaran lagu - lagu raya berkumandang terutamanya dari bilik sebelah. Macam - macam lagu. Sebab ia dipasang agak kuat, kami dalam bilik enjoy jugalah.

Kemudian, bila kawan - kawan dah mula agihkan kueh raya yang ditempah. Kali ini I tempah 1 jenis sahaja sebab konon - kononnya kan semangat nak buat kueh raya bebanyak seperti dalam list kan. Hadoi! I beli almond slice aje. Jadilah. In shaa Allah, balik bercuti nanti I pulun pagi petang buat kueh raya. Kalau mampu la. Hehehe. Sebab, tentu banyak hal lain bila dah balik rumah. 

In shaa Allah, pagi - pagi Jumaat I akan memandu dengan berhemah ke kampung halaman. Doakan ye?

Hari ini dah 23 Julai. Maknanya apa? Huhuhuhu... 24 Julai itu esok. Dan 24 Julai itu birthday I! Sebenarnyakan, I lagi teruja nak menyambut birthday dari nak menyambut raya. Hmmm...

Last night, Whatsaap dengan siblings. Kemain la abang I nak bagi I cemburu. Hahaha. Memang Ngah, I jealous tau! Mula - mula Abang I si Angah, hantar gambar buah - buahan. N siap cakap tu buah - buahan dari rumah kat kampung. Huhuhu. Jealous sebab I balik ari tu, buah - buahan masih hijau lagik. Yang kedua, Angah I tayang pulak gambar karipap sayur sira pedas yang amatlah susah nak dapat kat Kuantan nie. Hahaha. Terus I mengidam nak karipap tersebut as my birthday meal.

Manggis di rumah dan rambutan jenis keembong/ Cek kembung. Entah I lupa nama sbnrnya.

Inilah rupa Karipap sayur bersira. Okay, dia sama sahaja seperti popia bersira isi sayur tu tapi sebab kulit karipap tu yang buat ia rare.


Kemudian, kakak I kata dia ada mesyuarat kat Kuantan on the 24th. So, I request la nak karipap tersebut. Tapi kakak kata, not sure leh dapatkan atau tak coz dia bertolak sebelum subuh. N maybe by the time karipap sampai ke tangan I, ia sudah tidak elok. Nak nangis you all. Hadoi! hehehe.

This birthday, as usual, In Shaa Allah I nak ke kedai buku. Beli buku untuk menandakan pertambahan umur. Untuk hadiah kepada diri sendiri. Hopefully, kesihatan memberansangkan esok dan I mampu ke bookstore.

Birthday kali ini, adalah kali ketiga I menyambutnya dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Tak ada beza pun. Dan tak adalah I mengidam nak makan kek ke hapa. Maybe sebab puasa. Mungkin akan buat small celebration kat rumah during raya sebab esok birthday I dengan anak buah I. We all berkongsi birthday yang sama. Kemudian, pada 29 Julai, ada lagi birthday anak saudara I. So In Shaa Allah, disebabkan semua adik beradik akan beraya di rumah, jadi marilah kita buat makan - makan. Kalau I rajin, nanti I bake birthday cake untuk semua. 

Hari raya is a blast. Tetapi janganlah kita lupa saudara kita di Ghazzah (Biasakan guna ejaan ini untuk Gaza sebab huruf arab tiada G). Jangan kita terlalu seronok. Bersyukurlah. Ini yang paling afdal kita lakukan. 
Tetapi ada juga beberapa keadaan I kurang selesa bila menjelang Hari Raya iaitu:

1. 
Jalan raya jammed. Tetapi perlu juga ditempuh kerana mahu membeli keperluan khususnya barangan basah. Dan jika mengunjungi sanak saudara, sangkut di jalan raya untuk tempoh yang panjang.

2. 
Bunyi mercun, meriam buluh dan bunga api tak kira siang atau malam. Seperti ada pertandingan di kampung. Bertanding, mercun siapa paling kuat. Bertanding meriam buluh siapa boleh menggegarkan. Aduhai. Sakit telinga. Lebih menyakitkan hati ia berpanjangan selama beberapa jam hinggalah ke waktu tengah malam. Lagi menyakitkan, bila dengan rumah kami bergegar dibuatnya. Kadang kala ia menganggu hendak sembahyang dan buat semua anak - anak kecil terjaga. Jiran - jiran bagaikan tidak sensitif. Lebih teruk lagi, meriam/ mercun itu sengaja di bakar dekat dengan pagar rumah kami. Naik marah, kadang - kadang terasa ingin nak sound tetapi biasanya bonda akan cool kan kami. 

Well we are not jealous as you have money to buy those mercuns but please respect people. Oh yeah, maybe they want us to feel how people at Ghazzah face rite now? Heh!

3.  Tak de da. Itu sahaja.

Dikesempatan ini, I nak memohon maaf jika I ada buat salah, menyakitkan hati, memberi tekanan dan apa - apa sahaja hal yang tidak disukai oleh korang semua. I harap kita semua beroleh kejayaan dan sentiasa bersyukur. 

To those driving home this Raya, drive carefully. Biar lambat asal selamat. Ingat pesanan I jangan main mercun.

To my students, please do not forget, rite after you come back to college, we have tests to be done. So, please study hard as my questions are always known to be very hard to answer. 

Again, 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. 

seronok sangat I dapat Kad Raya. 

Kita akhiri entry ini dengan gambar stok tempoyak yang di Whatsapp kan Angah I yang mana katanya, ini lebihan yang tak muat dimasukkan dalam peti ais my Bonda. Huhuhu, banyak benor kalau terpaksa my bonda terpaksa pinjam peti ais umah abang I pulak. Stok setahun kot. Apapun, I ucap Alhamdulillah.

Ni tempoyak ye tuan puan!

Okay, see u all. Happy fasting!



2 comments:

  1. Nak wish terus kat sini..kut lupa esok hehee
    Happy birthday dear azura zainal.. moga hidup makin diberkati dan dirahmatiNya selalu..
    Sama-samalah kita bertabah atas ujian yang hadir dalam hidup kita..
    Juga moga sentiasa dimurahkan rezeki dan disayangi oleh sekeliling kita.. inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq very much kakak. hehehe... ucapan yang sama untuk kakak.

      Jealous, esok kakak dah start cuti.... huhuhu...
      counting for your birthday too kakak...

      hehehe

      Delete