Assalamualaikum kengkawan.
Apa khabar? Harap - harapna sihat sejahtera.
Acik Laura tengah down. Tak surut - surut dari tadi. Entah kenapa macam terasa hati tiba - tiba. Jadi, marilah kita memblog sekejap ye walaupun sebenarnya tak tahu nak share pasal apa.
Okay,
Kita dah masuk tahun baru kan. Kita cerita pasal tahun baru jelah ye. Huhuhu.
Kisah 1: Anak sekolah I ramai
Budak - budak kembali sekolah. Acik Laura hantar Angah balik asrama pada hari Sabtu 3 Januari. Angah tahun ni dah tingkatan 2. Sampai - sampai dewan sekolah, Angah check kelas. Dah jangka, Angah dapat naik kelas no 2. Tahun lepas no 3. Kelas pertama tu Angah tak dapat masuk sebab kelas tu kelas Tahfiz yang dah dipilih dari Tingkatan 1 lagi melalui ujian saringan. Tak mengapalah Angah. Lepas bayar yuran, Kami pergi beli buku. Kali ini I suruh Angah buat sendiri. Dialah pergi beratur panjang, buat pembayaran dan lain2. I tunggu kat tepi koperasi sahaja. Dah selesai barulah kami ke asrama.
Kali ini Angah dapat asrama blok A. Tahun lepas blok B. Setiap blok ada dua bangunan. Angah dapat Blok A tapi bangunan belakang, Bilik di tingkat atas. Dah selesai, kami kerumah my abang pula untuk lunch dan dalam jam 4 petang, kami hantar Angah ke asrama semula.
Kemudian, keesokkan harinya I nak balik semula ke Kuantan, Tetapi singgah ke dua asrama. Anak abang I yang yang bongsu dapat masuk asrama juga. Baru mendaftar. So, I singgah asramanya yang kebetulan 1 jalan dengan asrama Angah. Mereka berlainan sekolah tetapi dekat - dekat je. I singgah beri cookies I buat. Kemudian, ke asrama Angah pula. Hantar cookies sikit kepada Angah. Dan begitulah.
Oh ya, anak abang I tu dapat pula tawaran ke MRSM. So hari Rabu nanti (4 Feb) I akan hantar pula dia ke MRSM dekat dengan rumah I di Kuantan. Memang sepelaung aje. Kot nak jalan kaki pon boleh sebenarnya. Naik kereta, tak sampai 10 minit pon. Maybe around 7 minutes or less. Alhamdulillah dapat dekat, Ingat lagi kisah Along si Angah yang dpt SBP di Kuala Terengganu, Jauh sesangat rasanya nak pergi balik. 9 jam naik bas you!
Tapi, si adik ni kemain suka hati. Siap dh booking moksu dia ni utk outing. Hamboi! hehehe.
Kisah 2: Azam Tahun I.
Okaylah. I tak de la berazam beria - ia.
Tapi baru - baru ni I berazam utk kurangkan berat I ni sebab I sakit hati banyak baju dah tak muat. So I baru je mula berdiet. I baru start atkins. Okaylah. Not that bad pon. I boleh survive setakat ni. Disebabkan ini, ianya berjaya membuatkan I bangun lebih awal dari kebiasaan. Sebab nak memasak kan pagi2. So I kira ini juga perubahan besar I yang mana sejak setahun kebelakangan ini selalu sangat subuh gajah. Now Alhamdulillah. Doa ye semoga I diberi kekuatan.
Tahun baru. Pengurusan baru. We got new Managing Director. And our parent company got new General Manager. So, semalam jumpa MD. We all kenal MD ni sebab he's one of our parent Senior Manager. And yesterday, we met in a meeting. Banyak positive vibes been transferred from him and Alhamdulillah, In shaa Allah ada 'cahaya' sikit utk our company. Dalam meeting semalam, beliau nak mengajak kami untuk kembali balik ke basis. Bermula dengan Al - Quran. So akan ada Halaqah Al - Quran yang dibuat serentak pada setiap pagi Jumaat. Semua terlibat. Pengurusan, Kakitangan, Pensyarah dan pelajar. In shaa Allah dengan permulaan baru ini, kita dapat manfaatnya bersama. Dan esok pula ada meeting dengan the new GM. Hoping to absorb positive vibes too.
I sebenarnya berazam juga nak menabung. As for now, bukan I tak menabung langsung tetapi I macam tak boleh kawal diri I kalau tahu dlm akaun masih berbaki ongkosnya. Cepat je nak click kat online store. Beli macam - macam. Huhuhuhu. So kali ni I berazam nak menabung dengan nilai yang lebih lagi. Every month I akan masukkan certain amount to my abang/kakak account. Biar dorang pegang. So that dalam account I, bakinya biar cukup - cukup untuk bayar bil yang kena bayar before dapat gaji iaitu my portable wifi bill.
Selain itu, buat masa ni, I aktiviti berkebun i stopkan dulu. Sebab kesibukan kerja yang tak tertampung lately. Biasanya semester baru buka kan? Banyak sgt hal pendaftaran tak habis2 lagi. And yes, project dari langit juga!
Okaylah wanna stop for now.
May Allah bless us always.
akak , goodluck .. saya pon atkiners =)
ReplyDeleteMeting hari ni lg best zura.. anywy wish u luck dgn jadual masak yg baru & wish us luck jg dgn program halaqah & new mngmt!
ReplyDelete