Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera. Semoga sihat selalu hendaknya.
Dah 26 hari kita
di tahun baru. Alhamdulillah. Untuk tahun 2015 ini, I harap I dapat perbaiki
diri ke jalan Allah. I doa I sentiasa kuat dan berazam untuk:
·
Bangun subuh lebih awal. Tidak lagi subuh gajah
atau terbabas.
·
Baca Al – Quran antara Maghrib dan Isyak.
·
Puasa sunat Isnin dan Khamis.
·
Jaga kesihatan. Mula bersenam selang sehari.
·
Tidak tidur berlebihan on weekends.
Oh ya I nak
respon tentang satu isu berkenaan rotan. Umum mengetahuikan pihak kerajaan akan
melaksanakan undang – undang baru iaitu boleh dikenakan hukuman jika merotan
anak/ pelajar. Sejujurnya, I sama sekali tidak bersetuju dengan hal ini. Bukan
sebab dulu – dulu I selalu kena rotan jadi I nak balas dendam tetapi I percaya
dengan rotan itulah I membesar menjadi orang yang lebih berguna.
Jadi, I nak
kongsi pengalaman I dengan rotan.
Pertama sekali
adalah waktu belajar mengaji Al – Quran kecil – kecil dulu. My bonda yang
mengajar I dan jiran – jiran I. Salah sikit kena piat. Lepas tu kalau salah
lagi kena rotan. Nangis – nangis I dibuatnya. Tapi lepas tu Alhamdulillah boleh
juga mengaji. Dan Alhamdulillah juga I boleh ajar jiran – jiran I jika my bonda
tidak sihat. Tetapi sekarang my bonda dah tak segarang itu mengajar mengaji.
Keduanya, I
kalau nakal – nakal kat rumah, selalu kena rotan. Biasanya dengan my bonda lah.
Sebab arwah abah, jenis yang jarang nak marah anak – anak. Cuma bila sekali
abah I menjeling, automatik I kecut perut. My bonda memang garang. Pernah satu
ketika I dan kakak buat salah, my bonda bukan sekadar angkat rotan tapi parang
panjang. Ye. Parang panjang okay! Kau berani lagi nak buat nakal?
Ketiganya, bila
masuk sekolah, arwah abah dan pesan siap – siap dengan cikgu – cikgu I. Kalau I
degil, malas belajar, rotankan aje. Dan pernahlah I mengadu sebab kena rotan
kat sekolah, tanpa banyak soal, arwah abah I rotan I semula. Berbirat jugaklah.
Tapi lepas tu, memalam dia datanglah sapu ubat.
Keempatnya,
paling jerih masa duduk asrama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dipaksa
pulak oleh arwah abah dan bonda masuk sekolah abang I dulu. Dan nak dijadikan
cerita, abang I tu kira antara kesayangan cikgu – cikgulah. Bila sekali arwah
abah datang ke asrama dan mintak cikgu updates tentang I, I sangat – sangat berdoa
janganlah cikgu – cikgu I kata I ni lain dari abang I. Sebabnya, abang I tu
benchmark. So, bila balik rumah, I akan mengadap la bonda dan arwah abah I.
Kalau tak berbirat kena rotan, rasa ‘bernanah’ telinga.
Kemudian, kat
asrama ada Public Caning. Ini memang kira malam penentuan. I berjaya elak kena
public caning sepanjang tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tapi naik tingkatan
empat, I terpaksa merasa juga kena rotak kat depan perhimpunan. Biasanya public
caning dibuat malam selepas markah ujian diketahui. Dan markah lulus di asrama
adalah 50% iaitu 10 % lebih tinggi dari markah lulus di sekolah. Aspura dan
Aspuri akan dikumpulkan di satu dewan/ kawasan perhimpunan. Dipanggil seorang
demi seorang. Yang merotan adalah warden asrama dan guru – guru penolong kanan.
Jumlah bilangan hayunan rotan adalah:
·
I kali bagi 1 subjek gagal
·
3 kali bagi 2 subjek gagal (1 + 2)
·
5 kali bagi 3 subek gagal (2 + 3)
·
7 kali bagi 4 subjek gagal (3 + 4)
·
9 kali bagi 5 subjek gagal (4 + 5)
·
Maksimum 10 kali bagi 6 subjek gagal atau lebih)
Dan boleh pilih
nak kena rotan dimana:
·
Bagi pelajar aspuri samada di tapak tangan atau
di betis
·
Bagi pelajar aspura samada di tapak tangan atau
di punggung
Sungguhpun
menakutkan dan manyakitkan tetapi malam tu kitorang happy aje sebab kadangkala
tergelak tengok gelagat yang kena rotan. Kadang – kala macam taktik diorang tu
buat seperti letakkan kain tebal kat punggung atau letakkan buku. Tetapi
semuanya warden dapat detect. Paling best, kongsi minyak gamat ramai – ramai.
Dan subjek yang
buat I selalu kena public caning itu tak lain tak bukan ialah:
·
Additional Mathematics
Lagi kisah rotan
ini, diasrama juga undang – undang sangat ketat. Siapa langgar undang – undang biasanya
akan diberi amaran dan jika berulang akan dirotan. Antara kesalahan di asrama:
·
Tidur time prep. Cuma jarang pelajar kena rotan
sebab perkara ini jika ditangkap oleh exco asrama. Biasanya akan di beri
amaran. Tetapi kalau warden yang tangkap, kat situ jugalah kau kena rotan.
·
Masbuk time sembahyang. Yang ini biasanya sesi
merotan dibuat antara Maghrib dan Isyak. Yang ini tak lain tak bukan ustaz yang
akan rotan.
·
Apatah lagi kalau kantoi surat cinta atau
berdating. Berbirat – birat oi! (eh, macam pernah je kena rotan pasal ni?)
Hahahaha. Pernahlah kena tapi I kan cemerlang dalam hal lain. Jadi tak jadi isu
sangat.
·
Tandatangan bagi pihak keluarga dalam kad balik
kampung. Oh ya, yang ni kantoi masa I tingkatan 5. Seyes. Malu giler kat
warden. Warden pula macam ayahanda. Kena berbirat – birat2. Yang ni satu geng
kena. Biasanya nak balik kampung ada satu kad. Nanti parents kena tandatangan
dan bila nak balik lagi, kad itu akan dihantar ke warden. Warden akan
tandatangan bahagian kebenaran. Jadi disitulah kantoinya. Slow aje, ayahanda
kitorang tu sound kat perhimpunan lepas tu rasa bersalah. Dengan sendirinya
mengaku yang kad tu sejak dari tingkatan 4, kitorang sign sendiri dan dengan
perlahannya ayahanda kami itu mengambil rotan dan dengan lajunya merotan tangan
kitorang. Hmmm.
·
Kantoi ada adik angkat atau kakak angkat atau
abang angkat. Pon kena rotan tapi Alhamdulillah I tak pernah kena rotan pasal
ni sebab ini. Mungin sebab I cemerlang dalam hal lain kan? Ceh perasan!
Tapi I rasa sebab warden bukannya tak
menghidu hubungan itu tapi sebab mereka faham hubungan tu tak lebih dari
seorang kakak dan adik – adiknya. Sebab I kan anak bongsu dalam keluarga. Adik –
adik angkat I tu memang I buat macam adik sendiri. Kalau dorang buat salah I
tegur dan I selalu jadi cikgu tusyen tak bergaji kat dorang. Terutamanya bagi
subjek matematik dan sains. Kalau orang lain bagi surat ala cintan kat abang
angkat atau adik angkat, I bagi latihan matematik dan sains okay! Hahaha. Untuk
rekod, sepanjang tingkatan 2 hingga 5 I ada 4 orang adik angkat yang rasmi.
Yang tak rasmi pon ramai. I kan kakak kesayangan semua orang. Hahahaha. Perah
santan lagik!
·
Kemudian naik Tingkatan 4, I diberi kepercayaan
jadi antara orang penting kat asrama. Di aspuri I jadi orang kedua tertinggi.
Jawatannya adalah Deputy Captain. Fuh! Jadi jadi orang penting, anak buah buat
salah, berbirat lah kena. Kalau anak buah buat salah 1 dorang kena rotan sekali
tapi I kena 2 kali. Naik tingkatan lima I jadi Captain. Jawatan exco asrama
paling tinggi. Begitulah juga keadaannya. Pernah ada sekali I misunderstanding
pasal arahan warden jadi lambat berkumpul waktu subuh. Nak dijadikan cerita my
partner kat aspura tu pon boleh sama pandangan dengan I, jadinya, satu asrama
lambat dan petang tu ada perjumpaan. Mengadap la both Captains kena tiga das
kat betis. Memang berbirat. Nasib lepas tu, our ayahanda tu slow talk balik
dengan kitorang.
Di sekolah,
rotan memang digunakan untuk menghukum pelajar yang melanggar peraturan. I
jarang kena rotan kat sekolah. Kecuali semasa subjek Ekonomi Asas yang mana
diajar dek my ayahanda tu. Tetapi I tak selalu kena. Dan sebab garangnya
Ayahanda I nilah, I berjaya dapatkan result A1 untuk Ekonomi Asas SPM.
Jangan salah
anggap. Ayahanda I memang garang tapi garang dia garang mendidik. Lepas dia
marah dia akan terangkan semula pelajaran atau kesilapan yang kami buat.
Jadi, bagi I
rotan itu penting. Rotan dengan tujuan mendidik. Jadi kalau ia jadi satu
kesalahan jenayah, I kira Malaysia akan jadi seperti Sweden. Dan pastilah ramai
ibu bapa yang akan masuk penjara seperti pasangan Malaysia di Sweden itu. Ingat
lagi kisahnya?
I tetap dengan
pendirian I. I tak setuju merotan boleh disabitkan kesalahan jenayah. Walau
bagaimanapon, I percaya those kementerians dah siasat hal ini. Apa jua,
pendapat peribadi I, I tak setuju. Itu sahaja. Sekian.
What say you
people?
betol tu kak .. saye dulu pon selalu kene rotan ...makin lame , makin menjadi2 masalah disiplin budak2 zaman skrg if peraturan xleh rotan ni diwujudkan ..
ReplyDeleteAliana, bukankah kita satu sekolah? tentulah merotan tu kira tradisi sekolah kita. hehehehe. Tp awak x sempatlah dengan akak kan?
Deletewalau saya tak pernah kena rotan (budak baik katakan - eh, terjangkit pula perangai perah santan... ekekke), tapi tgk kawan2 kena rotan dgn cikgu pun boleh rasa serik...
ReplyDeleteKat rumah sy pun ada rotan, tapi guna utk rotan manja2 jer kat tapak tangan...
Tapi kan, kalau mak bapak kena penjara... siapa nak jaga anak2 nanti? hurm...
hehehe kakak.
DeleteYe. bagi saya ibu bapa mana yang tak sayangkan anak kan. Rotan sebab sayang.