Monday, September 21, 2015

Mood Cuti is ON

Assalamualaikum.

Hahaha. Tadi kemain up status kat wechat. 

"New week. New hope. New Aspiration. Mood cuti sila ke tepi yek"

Kemain - kemain. Mood cuti tu tak nak ke tepi lah. Hadoi. Pagi tadi memang sikit bersemangat. Tapi bila pergi kelas yang hadir kuliah separuh je dah mula rasa down. Pergi pulak kelas tengahari, yang munculkan diri hanyalah empat orang. Bertambah rasa geram. Padahal student yang sama cuma berlainan subjek. Pagi boleh datang, tengahari hilang. Sakitnya hati. 

Lepas tu dapat tahu Jumaat ni dapat cuti free. Terus, mood cuti yang ku tolak tepi tadi, ku raih kembali. Apakah? Hahahaha.

Actually dah apply cuti untuk Aidiladha ni dari awal tahun. I mmg akan plan dan apply terus cuti sehingga hujung tahun. Even untuk tahun depan pon I dah plan tau. Hahaha.

Okay, Ni I senaraikan tempat - tempat yang I nak pergi sangat untuk bercuti. I senaraikan aje. I tak tahu bila boleh direalisasikan.

1. Melaka Bandar Bersejarah


I pernah pergi Melaka. Zaman belajar dulu pernah buat field trip lagi. Kemudian pernah pergi family wedding dan sempat merayap jap ke bandar Melaka. Kemudian, pernah juga drive dari Nismilan ke Melaka malam raya. Even dah tengah malam, Melaka tak pernah mati. Seronok juga, Tapi itu kisah 4 - 5 tahun lalu. Hahaha. Lama sangat tak pergi bercuti ke sana. Banyak kali merancang tak pernah jadi, In shaa Allah I plan nak pergi before cuti Awal Muharram nanti. Doakan lah ia jadi kenyataan. 

Kenapa Melaka? Sebab ada orang tu! Eh taklah. Sebab banyak attractions. Teringin nak explore culture disana. Itinerary I belum siapkan. Masih survey tempat dan attractions.


2. Jalan - Jalan Utara naik kereta api ETS


Baru - baru ni my master prof dapat layanan VVIP naik ETS. Ia membuatkan I lagi la membuak - buak nak naik ETS ni. Nak jalan - jalan utara. Kat sana makanan murah. Last three years, I drove there for my convocation. Penat seh! Tapi enjoy jugak sebab banyak tepat jugak kitorang jenjalan. This time around I nak try pergi ke utara naik ETS. Balik dari utara naik kereta api biasa, Lepas tu nak pilih pulak beberapa location to be explored. 

Dulu - dulu zaman bebeudak, zaman belum ada kereta, pergi rumah Mokde kat Nismilan naik kereta api weh. Kira ni macam mengimbau kenangan zaman budak - budak lah.


3. Cameron Highlands
Even tahun ni dah pergi CH, I tetap nak pergi lagi. I nak paksa my sis pergi CH cuti Aidiladha ni. Balik hari pon boleh janji boleh pergi. Rumah kakak I di Raub. Dari Raub nak ke CH tak jauh sangat dah. We all pernah buat kerja macam ni. Pergi pagi - pagi after subuh, then, balik petang karang before maghrib. I teringin nak makan jagung CH la. Nak juga makan scone kat KHM. Pergh...




4. Balik Raub.
Ni pon masuk list bercuti ke Cik Laura? Hahaha. I mean kampung kelahiran I. Yang digelar orang mini Genting Highlands sebab sejuk. I memang dah lama tak balik kampung kelahiran I ni. Sejak arwah abah meninggal, memang jarang sangat balik. Nak balik sebenarnya tiada rumah hendak dituju walaupun ada je saudara mara yang mengajak tidur di rumah mereka. Kalau kami balik pun ziarah sekejap sahaja dan tidur rumah my kakak di bandar Raub.

I rindu kampung kelahiran I ni. Banyak kenangan. I rindu suasana yang sejuk. Air dari bukit. I rindu sungai - sungai cetek penuh berbatu. I rindu air terjunnya. Korang pernah mandi Air Lata Jarum dan Pulau Chekas? Seronokkan tapi bagi kami yang asal kampung berdekatan, kami sendiri ada port yang hanya kami sahaja yang tahu. 

Disebabkan air terjun Lata Jarum dan Pulau Chekas menjadi nadi perlancongan di kampung kelahiran saya, banyak chalet - chalet dibina. Jadi I kira kalau I balik nak menginap di chalet menarik juga dengan syarat tak terserempak dengan saudara mara sebab bimbang ada yang berkecil hati nanti. Huhuhu. 

Dari kampung kelahiran, kita memandu lah ke Fraser Hills dan ke kawasan sekitar di Bandar Kuala Lipis dan Pekan Benta. Pasar Malam Pekan Benta adalah lakasi yang mesti kita tuju untuk beli makanan tempatan yang rare. 

Kemudian, kita melawatlah sekolah menengah I. Kalau boleh jumpa juniors pon bagus. Boleh beri sedikit kata - kata semangat dan berkongsi kehidupan setelah sekolah pada mereka.


5. Teringin juga explore resort - resort yang dikongsi orang di facebook seperti Tadim Resort Banting dan 3D museum di N9. Later I decide.

Ada kan korang tengok kat FB? Menarik dan lawa kan?

Oleh itu Acik Laura, 
Sila mula menabung!!!

1 comment:

  1. Amboi... kemain tau Zura... smpi dah plan utk thn dpn skali... hehehe tapi betul la... kalau kita tak plan cuti dan kewangan susah juga... bila dah plan siap2 mcm ni baru la lebih enjoy ye dak?!

    ReplyDelete