Thursday, September 10, 2015

Penyakit Biblioholisme

Assalamualaikum.

Sihat semuanya? I? Alhamdulillah sihat.

Updates? Nothing much. Masih kebizian. Many things to focus. All require huge commitments and efforts. But then, janganlah risau ye. I ni gagah orangnya.

Okaylah, kita stop cerita tentang kerja kan. Marilah berkisah tentang perkara yang menceriakan hati.

I hobinya dua sahaja. Satu, membaca. Kedua, menulis. Kali ni I nak tulis tentang hobi membaca I. And I nak share few books I read previously.

I, kalau dapat membaca, kadang - kadang tak hirau sekeliling. I akan membaca sampai habis. Atau sampai bosan. Kalau I suka, I akan ulang baca banyak kali. Dan I suka membaca dengan suara yang kuat. Tak la memetir. Tapi jelas dipendengaran I. Sebab I rasa I jenis Auditory walaupun dah banyak kali I buat test learning style tu, tetaplah score paling tinggi dengan nilai mata yang sama adalah Visual dan Auditory. Eh jap, korang pernah x jawab soalan learning style test ni?

I suka membaca bahan pelbagai genre. Tak kiralah ilmiah, fiction atau non fiction. Even cerita dongeng mahupun bahan sastera tulisan Hamka atau Pak Sako. Tak kiralah bahasanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab. I tahu sikit2 je arabics. Walaupun buku teks, I akan baca juga. Termasuklah kamus - kamus pelbagai topik.

Hari tu I ada bagitahu yang lately my kind of book dah sedikit berubah. I kira ia sebab faktor umur. Mengaku jelah kan kita bukan muda remaja lagik. Keinginan I untuk baca novel cintan tu dah makin kurang. Lately I suka buku - buku/ novel - novel sedikit ilmiah yang ditulis dengan bahasa orang zaman sekarang. Maybe genre ini sesuai buat I sekarang.

I kalau dapat ke bookstore, boleh duduk dalam tu berjam2. Kalau dapat pergi Book Expo pon boleh round the expo banyak kali. Memang berjam2 jadinya. Lepas tu balik je rumah teruslah mengadap satu - satu sampai tak sedar waktu. Asyik bebenor.

Saya merasakan saya sudah terkena penyakit Biblioholisme. 

Ini I ambil ciri yang menyebabkan I rasa I memang sudah terkena penyakit ini. Sebelum tu Biblioholisme adalah satu keadaan kecanduan terhadap buku. Kecanduan memiliki, menyimpan, mengumpul atau apa - apa sahaja berkaitan buku.

Kita rujuk article dr blog Kembara Jiwa. Click sini untuk membaca article penuh.

Antaranya:

1. Pernah membeli buku yang diminati sebanyak dua kali
True. I boleh tak ingat I dah beli novel tu dua kali. Pernah abang I tegur, eh bukankah last PBAKL dah beli buku ni?

2. Mengutamakan toko-toko buku dari kedai-kedai lain ketika pergi ke pusat membeli belah
True. I kalau dapat peluang, I pasti cari bookstore. 

3. Dalam beberapa situasi pernah seseorang itu tidak mengingati jumlah buku yang dimiliki dan berapa wang yang dibelanjakan untuk membeli buku.
True. Jangan tanya I berapa koleksi I. Yang I ingat adalah ianya tak pernah cukup.

4. Sanggup menukar hajat membeli dari membeli barang keperluan lain dengan membeli buku sehingga terjejas bajet bulanan.
True. Sampai I sanggup puasa.

5. Pernah berjaya mendapatkan buku yang dihajati ketika pekerja toko buku gagal mencari atau  mendapatkannya.
Yes. Another true story.

6. Memegang buku serta membacanya apabila ada iklan semasa menonton televisyen.
Ya. I selalu buat. Zaman belajar dulu pon sama. Bila time iklan, time tu I pulun baca.

7. Tidak menyedari bahawa dia telah membeli terlalu banyak buku dan disimpan di perpustakaan peribadi tetapi tidak sempat membacanya.
Yes. I rasa ada buku yang I tak sempat baca pon. Dan ada yang I belum habis baca sepenuhnya.

8. Mengembara dan bertugas di luar daerah tanpa pernah melupakan buku di dalam beg.
Serius. I memang bawak buku dalam beg bila pergi mana - mana. Kenkadang shopping pon I bawa small dictionary in my bag.

9. Mendapat teguran dari orang terdekat kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada benda lain yang lebih penting melainkan buku.
Iya. Sampai my mon tahan I. Tu belum lagi my bonda kata, rak buku kat rumah tu dah tak muat. Kumpul duit dulu beli rak baru dari beli buku. Huhuhuhu.

 Biblioholic?  Am I? Huhuhu. Korang ada tak macam I?
Okaylah, ni I nak share few books/novels I read recently.

Ini pembelian terbaru. Baru - baru ni I outstation ke KL. Dan Alhamdulillah ada kawan nak ke Kinokuniya. I ikutlah. Bukan apa I tak berapa fasih nak naik train sensorang ke klcc sbb dh lama tak pergi. Ada geng, dapatlah membeli kan. 

Reinkarnasi - lama dah I nak beli. Jumpa di IG. Baca sinopsis terus jatuh hati. Tapi sejak beli ni, I belum sempat baca lagi. In shaa Allah, weekend ni I pulun.

Lullabies - Ni pengaruh kawan kat IG jugak. Sampai I pernah nak beli online dr Kinokuniya. Dh baca half. Not bad at all. Jiwang!

Longman Phrasal Verbs - Ni koleksi terbaru I. Oh ya kawan - kawan I gila baca kamus jugak.


Ini sebahagian koleksi kamus - kamus I. My longman collection la. Oxford punya dictionary pon ada macam - macam jenis. Dari basic dictionary kepada very specific dictionary like Oxford Dictionary of Marketing, Verbs and Tenses, Common Errors, Grammars mahupun Thesaurus. Semua I ada.

Idioms - kulit pon dah berubah warna. Ni I beli zaman belajar dulu. Antara kesukaan I. 
Pocket Activator - Pon kegemaran I. Orang sibuk attend convo, I boleh hadap this dictionary sampaikan my fren siap masukkan dlm blog dia pulak.



Ini hasil PBAKL tahun ini. Sangat inspiring. May Allah bless the authors. Banyak kisahnya buat I berfikir jauh.


Ini hadiah birthday I. Oh ya, I memang akan ke bookstore on my birthday. beli buku sebagai hadiah buat diri sendiri. 

#Henshin = Hijrah. Alhamdulillah. I suka baca. Nasihatnya I suka. In shaa Allah, marilah kita Henshin. May Allah bless the author.

Hidup Penuh Erti - inilah buku yang I sisipkan dalam beg masa outstation ke KL baru - baru ni. Inspiring sangat. May Allah bless the authors.

Big Fat Women Tell Themselves - Belum sempat dikhatam. In progress. Tetapi menarik kupasannya.


The Year I Met You - another inspiring story. Kengkonon tak nak mengaku dah kena fired. Kengkonon dok cakap kat diri sendiri dan org sekeliling Im just having gardening leave. Huhuhu. Menarik novel ni. Inspiring.

I need a helicopter, my patient is dying - ini kisah realiti. Bah besar dulu kita dengar banyak cerita kan? I beli buku ni just nak tahu kisah sebenar. Ya Allah, dasyat betul rupanya. 

 Ini pon hasil PBAKL tahun ini. Whatever You Say I Am is non fiction whereas I'm Ok is fiction. Cikgu ni memang pandai menulis. Kisahnya lain dari yang lain. Bahasanya agak tinggi juga. Tetapi tak mengapa, I kan banyak kamus.


 Buku ni comel. Bahasanya indah. Ilustrasinya juga menarik. Elok ada bagi semua perempuan.

Ini sebahagian sahaja. Batu - baru ni I beli novel Love you mr arrogant. Hahaha. Memang dah outdated tapi belum ada dalam koleksi I. I siap download dramanya lagi. Astagfirullah...

Okaylah, korang pula? Meh share dengan I buku - buku yang korang baca lately.

See you then.

3 comments:

  1. Nampaknya ia sejenis penyakit ya?! huhuhuhu nampaknya akak pun kategori penyakit yang sama... akak pun sangat2 addicted kepada buku... buku berlambak2... library tak de.. huhuhu tragis... dulu2baca juga novel cinta, sekarang tak lagi la... lebih suka buku2 yg buat akak berfikir.. maklum la dah tua... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kita serupa. Citarasa dah sedikit berubah. Novel banyak giler kakak kat rumah. Skrg da slow down beli novel. Hopefully ditemukan dgn buku2 yg lebih bermanfaat dan lebih berilmiah nanti.

      Delete
    2. Hari tu akak pindah dari Melaka ke Gombak... Disebabkan tak cukup ruang, banyak novel2 cintan dulu yang akak jual ke paper lama... perasaan tak tau la nak cakap macam mana... sedih tak tentu pasal... sebab rasa sayang... tapi sebab mmg tak cukup ruang dalam bilik terpaksalah... yang tinggal sekarang ni, kebanyakkannya buku2 motivasi, buku agama, novel2 islamik, dan beberapa buku teks masa mengajar dulu... huhuhu

      Delete