Thursday, January 28, 2016

Updates

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Sihat?

Updates acik Laura ye? Nothing much sebenarnya.

Kita layan cerita bergambar ye:

Seperti negeri - negeri lain di Pantai Timur, awal Januari hari tu, bumi Kuantan juga dilanda el nino. Cuaca panas gila. Kering. Tak seperti selalunya kerana awal Januari, biasanya masih lagi dalam musim hujan. Tetapi Alhamdulilah, tak mengapa, rezeki Allah tahun ini di awal Januari, kita dapat cuaca panas.



Dua keping gambar ini tanpa filter dan edit. Diambil dari tingkat tiga kampus I. Ini pemandangan bandar Kuantan. Kelihatan juga Jambatan Tanjung Lumpur. Oh ya ini gambaran dari arah belakang kampus. Gambaran hadapan pula, tentulah pantai kerana kampus kami lokasi hadapan pantai. 


Dan ini pula, gambar di lokasi sama dua hari lepas. Sejak hampir 9 tahun I tinggal di Kuantan, I seperti sudah boleh meneka fenomena yang selalu berlaku. Biasanya, selepas musim banjir, kawasan pesisir pantai seperti Kuantan akan dilanda musim angin. Musim angin ini juga digelar musim sejuk. Pada ketika ini hujan sudah jarang - jarang turun tetapi angin bertiup kencang. Dan laut akan bergelora. Alhamdulillah, bermula minggu ini musim angin sudah tiba di Kuantan. Harapnya ia sedikit panjang kerana biasanya selepas ini, musim panas lagi kering akan tiba. In shaa Allah, kita doalah bersama.








Ini pula kisah I pergi kelas masak. Dekat sahaja dengan rumah. Di anjurkan oleh rakan I. Kami belajar masak nasi arab (tanpa perlu guna rempah nasi arab) dan ayamnya serta sos salsanya. Kemudian belajar pula buat kek cheese leleh. Tapi pengajar dan penganjur lupa bawa spatula, jadi, kejadian rupa kek idokla lawa sangat . Tak mengapa asalkan we get the techniques tu yang paling penting. Kemudian, kita belajar buat roti guna doh roti manis. Alhamdulillah rezeki. Lepas ni bolehlah bawak berniaga roti.
HUHUHUHU




Ini pula my reading wishlist untuk gaji bulan ini. I terasa I seperti tiada buku baru untuk dibaca jadi mulalah mengodek segala blog/ig yang buat review dan tetiba naklah membeli dua buah buku ini.

Yang atas tu, I dah start godek few bookstore catalogues tapi semua out of stock. Termasuklah Kinokuniya. Kena preorder la pulak tunggu 3 - 4 minggu. 

Yang bawah tu, Alhamdulillah in stock.


 




Ini saja je nak share, buku/ novel yang baru siap dikhatamkan.

The fault in our stars - awesome. Kisah pesakit cancer. Yang pada dasarnya dah tak berharap apa2, kemudian, kena paksa pergi kaunselling. Tapi bila jumpa a boy ni yang juga pesakit cancer, hidup dia berubah 100 %. She then survived but the boy meninggal dunia.

Critical Eleven - buku ini datangnya dari Indonesia. I beli online. Kisah suami isteri. Urban. Tapi gaya penceritaan tu I suka. Cuma benarlah, kita selalu pendam apa yang kita rasa sampai makan bulan, dan tahun. Biarkan orang salah anggap dan susah nak move on. 

Rindu - juga I beli online. Buku dari Indonesia juga. Tere Liye penulisnya. Kisah dengan setting tahun 1938. Dalam perjalanan naik haji dengan kapal wap. Kita dibawa menjelajar dari Makassar hingga ke Mekah. Ada 5 kisah di dalamnya. Kisah keluarga Anna dan Elsa (yes, watak frozen sgt, kan), kisah Ambo Uleng, Kisah guru mengaji perempuan bangsa cina, kisah pasangan warga emas yang romantis dirungkai oleh Gurutta Ahmad Karaeng. Superb!

Bits of heaven - ini sebenarnya entah ulang kali ke berapa dah. Karya Aishah Madadiy. 

99 Mutiara Hijabers - ia sama dengan 88Lovelife. Kupasannya menarik. Oh ya, dari penulis Indonesia juga. 

Ada 1 lagi, Ni ha kat bawah ni:




Ini ulang entah kali ke berapa jugak. Perempuan ini unik. Mak ayah kat Malaysia tak bagi pergi Afrika, dia nak pergi jugak. Sampai sana, terus dihantar ke kawasan Community Kristian pulak. Tapi jiwanya kental. Niatnya ikhlas nak jadi sukarelawan. Dia sangat berani. I, nak jenjalan Bandar seorang pon tak berani. Hohoi! 

okaylah, terpanjang pulak update kali ni. Ni sesambil tunggu bebudak buat test ni. Hopefully dapatlah capai target I. 

Okay, jumpa lagi. Tadaaaaaa



Wednesday, January 27, 2016

My coloring progress

Assalamualaikum

Apa khabar semua. Sihat - sihat la hendaknya.

I, Alhamdulillah sihat. Batuk - batuk sikit. Beransur pulih dari sebelum ini.

Okay, kan hari tu ada cerita tentang Adult Coloring Book. Alhamdulillah dah hampir dua bulan I dah dapatkannya.

Sekarang I dah ada buku mewarna Secret Garden. In shaa Allah, jika jadi, kunjungan I ke KL dua minggu lagi, I akan cuba dapatkan beberapa jenis yang lain di Kinokuniya. Itupun kalau plan nak ke Kinokuniya jadilah. Not sure lagi.

By the way, I dah mulakan mewarna dua tiga mukasurat. Walawei, banyak yang hendak diwarnakan. Dan don't expect la I nak fikir tentang lighting ke apa ke, shade what so ever. Memang tak la. Kalau rajin, lawalah jadinya. Kalau tak lawa, stop. Lepas tu minggu depannya sambung lagi. Tapi kalau dapat gila nak mewarna, kemain mengadap pagi ke petang.

Nak tengok ke I punya coloring progress? Layannn




Tengok, Ni bukan I punya tapi kemain lawa dia mewarna. Dan sangat creative. 




Lawakan? I punya idokla macam ni. Tapi pedulik hapa kan. Ikut I la kan? hehehe. Tapi ni I share beberapa yang dah I warnakan.


Dalam banyak - banyak pencil color Luna, I paling suka warna kuning. Warnanya terang. Boleh la kan daun warna kuning.


Ni bila dah mood merundum. Warna pun dah mula tak cantik. Kuikuikui



Tengok masih lagi banyak pengaruh warna kuning. Tulisan korea tu. Sebab ni katanya original secret garden coloring book from korea. 





Ini antara hasil terbaru. Tetapi nak habiskan ni ada dalam dua minggu lebih. Sebab banyak sangat nak diwarnakan. Dah tak tahu nak bubuh warna apa. 


Yang ni belum habis warna lagi. Acik da kering idea. Tengokla esok lusa kita sambung.


Ni masa memula dulu. Selain warna kuning, I nampaknya suka kearah warna ungu. 

Huhuhuh.


Ni pulak hasil guna magic pen. I ada dua set. Satu tu brand faber castell, lagi 1 brand apa ntah.


Tu ha bukunya. Ada kot dalam 80 muka surat. Beli buku ni dapat sekali free gift warna 36 batang. Tu yang I ikat dengan getah tu. Tapi warnanya very soft. Tak pekat. Kemudian I beli Luna pencil color 24 batang, kemudian beli fabes castell 12 batang kemudian beli pulak magic pen faber castlell, kemudian jenjalan mydin, beli pulak Luna watercolor pencil 24 batang, kemudian beli pulak faber castell tri-color pencils 24 batang kemudian beli pulak magicpen lagi. Hadoi! Nafsu semata!!!

TAPI pakainya kenkadang 1 jenis aja!


Hehehe. Nway, enjoy life people.


Tuesday, January 5, 2016

Yay Dah Dapat Kalendar Baru

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru geng. Selamat kembali ke sekolah. Nanti kita cerita tentang anak - anak sekolah ye. Ni nak cerita tentang kalendar opis yang baru dapat hari ini.

Setiap tahun, I mesti tunggu kalendar yang mana ehsan dari parent company. Benda free siapa yang tak suka kan?

Setiap tahun dapat kalendar dengan tema yang berbeza - beza. Secara tak langsung banyak info berguna diperolehi. Tema tahun 2014 ialah Perahu (lebih buat saya suka, ia menggunakan kertas yang telah dikitar semula). Pelbagai jenis perabu dipamerkan dan info berkenaan dinyatakan disetiap muka surat belakang helaian kalendar. Tahun 2015 temanya pula tanaman herba. Pun menarik sangat. Dannnn tahun 2016 ini pula temanya.......

Kita tengok gambar ye:


Inilah temanya. Mengimbau kenangan kan?  Mai kita tengok jenis - jenis permainan yang dipilih.



Menyorok belakang rumah, dalam reban ayam, dalam ladang sawit, dalam semak, bawah rumah semua pernah. lepas tu alter sikit. instead of seorang mencari, ramai menyorok kami tukar jadi, seorang menyorok ramai mencari. oh ya, menyorok dalam rumah kat dapur sambil makan - makan pun pernah. hahaha



Fuh, letih nak melompat 'rumah' orang.




Ni I mengaku I terror. Lawan lak ngan bebudak lelaki. Aduhai...



Tuju guli. lepas tu kalau menang puas nak menjawab dengan bonda n abah sebab dorang nak tahu punca bawa balik guli banyak. Lepas tu kena pulangkan balik kat tuan guli.



Ini permainan budak lelaki. I tak pandai sangat main. Tapi jiran I dulu siap ada mesin buat gasing lagi. Lepas tu boleh tengok pakcik2 main. 



Apa eh lagu game ni. Jan jan jala itik, sapa ... ala tak ingat.



Baling tin dengan selipar.



Ini pun sebenarnya game yang dipelopori oleh budak lelaki tetapi I pandai jugak main ni.



Ini memang game yang keperempuanan. I panggil Nenek - nenek si bongkok tiga



Ini paling best. Dapat yang jenis ganas, kot berbirat badan dek selipar.



Tuju Getah atas para. lepas tu boleh menang semua getah kalau kita tuju semua jatuh. Fuhhhh boleh la jadi taukeh getah gelang jap.

Amacam? Game mana paling korang ingat?

Itulah aja. Thanks to YP yang setiap tahun ingat kat staff anak syarikat YP ni. 
Jumpa lagi geng
Assalamualaikum. Enjoy life, people.