Thursday, January 28, 2016

Updates

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Sihat?

Updates acik Laura ye? Nothing much sebenarnya.

Kita layan cerita bergambar ye:

Seperti negeri - negeri lain di Pantai Timur, awal Januari hari tu, bumi Kuantan juga dilanda el nino. Cuaca panas gila. Kering. Tak seperti selalunya kerana awal Januari, biasanya masih lagi dalam musim hujan. Tetapi Alhamdulilah, tak mengapa, rezeki Allah tahun ini di awal Januari, kita dapat cuaca panas.



Dua keping gambar ini tanpa filter dan edit. Diambil dari tingkat tiga kampus I. Ini pemandangan bandar Kuantan. Kelihatan juga Jambatan Tanjung Lumpur. Oh ya ini gambaran dari arah belakang kampus. Gambaran hadapan pula, tentulah pantai kerana kampus kami lokasi hadapan pantai. 


Dan ini pula, gambar di lokasi sama dua hari lepas. Sejak hampir 9 tahun I tinggal di Kuantan, I seperti sudah boleh meneka fenomena yang selalu berlaku. Biasanya, selepas musim banjir, kawasan pesisir pantai seperti Kuantan akan dilanda musim angin. Musim angin ini juga digelar musim sejuk. Pada ketika ini hujan sudah jarang - jarang turun tetapi angin bertiup kencang. Dan laut akan bergelora. Alhamdulillah, bermula minggu ini musim angin sudah tiba di Kuantan. Harapnya ia sedikit panjang kerana biasanya selepas ini, musim panas lagi kering akan tiba. In shaa Allah, kita doalah bersama.








Ini pula kisah I pergi kelas masak. Dekat sahaja dengan rumah. Di anjurkan oleh rakan I. Kami belajar masak nasi arab (tanpa perlu guna rempah nasi arab) dan ayamnya serta sos salsanya. Kemudian belajar pula buat kek cheese leleh. Tapi pengajar dan penganjur lupa bawa spatula, jadi, kejadian rupa kek idokla lawa sangat . Tak mengapa asalkan we get the techniques tu yang paling penting. Kemudian, kita belajar buat roti guna doh roti manis. Alhamdulillah rezeki. Lepas ni bolehlah bawak berniaga roti.
HUHUHUHU




Ini pula my reading wishlist untuk gaji bulan ini. I terasa I seperti tiada buku baru untuk dibaca jadi mulalah mengodek segala blog/ig yang buat review dan tetiba naklah membeli dua buah buku ini.

Yang atas tu, I dah start godek few bookstore catalogues tapi semua out of stock. Termasuklah Kinokuniya. Kena preorder la pulak tunggu 3 - 4 minggu. 

Yang bawah tu, Alhamdulillah in stock.


 




Ini saja je nak share, buku/ novel yang baru siap dikhatamkan.

The fault in our stars - awesome. Kisah pesakit cancer. Yang pada dasarnya dah tak berharap apa2, kemudian, kena paksa pergi kaunselling. Tapi bila jumpa a boy ni yang juga pesakit cancer, hidup dia berubah 100 %. She then survived but the boy meninggal dunia.

Critical Eleven - buku ini datangnya dari Indonesia. I beli online. Kisah suami isteri. Urban. Tapi gaya penceritaan tu I suka. Cuma benarlah, kita selalu pendam apa yang kita rasa sampai makan bulan, dan tahun. Biarkan orang salah anggap dan susah nak move on. 

Rindu - juga I beli online. Buku dari Indonesia juga. Tere Liye penulisnya. Kisah dengan setting tahun 1938. Dalam perjalanan naik haji dengan kapal wap. Kita dibawa menjelajar dari Makassar hingga ke Mekah. Ada 5 kisah di dalamnya. Kisah keluarga Anna dan Elsa (yes, watak frozen sgt, kan), kisah Ambo Uleng, Kisah guru mengaji perempuan bangsa cina, kisah pasangan warga emas yang romantis dirungkai oleh Gurutta Ahmad Karaeng. Superb!

Bits of heaven - ini sebenarnya entah ulang kali ke berapa dah. Karya Aishah Madadiy. 

99 Mutiara Hijabers - ia sama dengan 88Lovelife. Kupasannya menarik. Oh ya, dari penulis Indonesia juga. 

Ada 1 lagi, Ni ha kat bawah ni:




Ini ulang entah kali ke berapa jugak. Perempuan ini unik. Mak ayah kat Malaysia tak bagi pergi Afrika, dia nak pergi jugak. Sampai sana, terus dihantar ke kawasan Community Kristian pulak. Tapi jiwanya kental. Niatnya ikhlas nak jadi sukarelawan. Dia sangat berani. I, nak jenjalan Bandar seorang pon tak berani. Hohoi! 

okaylah, terpanjang pulak update kali ni. Ni sesambil tunggu bebudak buat test ni. Hopefully dapatlah capai target I. 

Okay, jumpa lagi. Tadaaaaaa



4 comments:

  1. Hehehe. Betul tu. Saya sgt suka membaca. Dh tahap bibliophile da. Salam kenal sisi

    ReplyDelete
  2. dulu2 akak memang suka sgt membaca.. sampai kena marah2 sebab terlalu asyik.. umur 12 thn dah baca buku hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Vidjk. now, nak habis satu buku makan taun you. heeeee

    ReplyDelete